Saya sayangkan presiden Pas tetapi saya sokong supaya Presiden memberi laluan kepada tokoh lain pula.
Bagi saya, Presiden Pas hari ini agak lemah dalam menangani krisis dalam parti menyebabkan keadan menjadi semakin teruk dan seolah-olah tidak ditangani. Krisis seolah-olah dibiarkan berlarutan. Berbagai spekulasi dibiarkan malah membuka ruang kepada musuh memanipulasi. Terlihat seolah2 presiden terikut2 cakap penasihat disekeliling. Penasihat2 yang berpuak2 ini menjadikan keadaan semakin teruk.
Berundur secara terhormat akan menguatkan parti berbanding meneruskan ketidak tentuan dalam parti hingga pilihan raya akan datang.
Harapan saya, pengganti presiden bukan Mohammad Sabu. Dia bukan tokoh yang mendapat sokongan yang padu dari kalangan akar umbi. Cuma dia dipilih dengan harapan dapat mengimbangi pengaruh pihak lagi satu.
Tuan Ibrahim mungkin sesuai. Saya suka caranya yang lebih berhati2, cermat dan wasatiyyah. (Bukan wasatiyyah mengikut kamus UMNO). Namun tidak dapat dipastikan sejauh mana ketegasan dan keberanian beliau bila berdepan tokoh politik kawan dan lawan. Insyaa Allah beliau cukup berwibawa.
Selain beliau, tokoh yang saya kira boleh diketengahkan ialah Salahuddin Ayub. Beliau juga seorang yang agak sederhana dan cermat, tidak terlalu celupar dan terkawal tindakannya.
Mungkin gandingan TITM dan SA akan menjadikan Pas parti yang lebih dihormati dan disegani.
Bagaimanapun, saya menentang sebarang usaha yang menghina, mengejek dan merendah2kan presiden seperti yang dilakukan oleh sebilangan yang nampak seperti sudah hilang sabar.
Satu penyakit yang ketara dalam Pas hari ini ialah penyakit sombong, ujub, suka menganjing dan cenderung untuk memaksa. Islam tidak mengajar kita berdakwah dan berjuang dengan cara begini. Pas kadang2 tidak berlapang dada meraikan pelbagai pendapat yang berbeza dan membiarkan jemaah terus mencerca pihak yang tidak sependapat, hingga akhirnya mencerca sesama sendiri.
No comments:
Post a Comment