1. Saya tidak setuju, hanya ulama yang wajar dipilih sebagai Presiden Pas. Kepimpinan ulama bukan bermakna Presiden mesti daripada kalangan ulama.
2. Apa salahnya kalau presiden dicabar ? Anda tidak yakin presiden mampu pertahankan jawatan kalau dicabar ?
3. Kalau kata2 ulama perlu dipatuhi dalam semua perkara termasuk dalam pemilihan ketua, lebih baik dibuat pindaan perlembagaan supaya hanya ulama yang dibenarkan untuk memilih ketua parti. Bila pemilihan terbuka kepada semua ahli tanpa mengira latar belakang pendidikan, mereka hanya mengacau dan terdedah kepada dosa memilih pemimpin yang salah. Jangan biarkan mereka berbuat dosa memandangkan nasihat ulama tidak lagi diendahkan.
4. Saya lebih suka Hadi Awang berundur secara suka rela dalam pemilihan kali ini dan digantikan dengan pemimpin lain tetapi bukan Mat Sabu, Husam Musa atau Nik Amar. Kalau boleh biarlah masih dari kalangan ulama tetapi bukanlah semestinya ulama.
5. Saya tak mahu sebut kenapa saya mahu Hadi Awang berundur kerana saya masih dan tetap sayangkan beliau dan amat menghormati beliau.
6. Semoga Allah memelihara jemaah ini dan memberi petunjuk kepada semua ahli dalam memilih pemimpin dan hala tuju yang betul.
No comments:
Post a Comment