Tuesday, March 31, 2015

Pastikan parti PAS ada nilai di mata rakyat.

PAS ditendang di Sabah dan Sarawak kerana PAS Sabah dan PAS Sarawak ibarat melukut di tepi gantang.

PAS Sabah dan PAS Sarawak masih dilihat lemah.

Di Semenanjung pun, DAP bukan mahu sangat bekerja sama dengan PAS.

Sejarah menunjukkan PAS hanya dikehendaki bila parti itu ada nilai.

Kerja sama Pakatan Rakyat hanya wujud selepas PRU 2008.

Selepas keputusan PRU 2008, PAS Perak dan PAS Selangor ada nilai.

Tanpa PAS, kerajaan bukan BN tidak boleh dibentuk di kedua2 negeri itu.

Lalu DAP "terpaksa" menjalinkan kerja sama dengan PAS.

Di Kedah ketika itu, kerja sama PAS dan PKR sudah memadai, tanpa DAP.

Di P.Pinang, DAP sahaja pun sudah memadai untuk membentuk kerajaan.

Hari ini, hanya kerajaan Selangor yang mengikat DAP untuk teruskan kerja sama dengan PAS.

Sebab itu DAP tidak berani memutuskan kerja sama PR di Semenanjung.

Lalu DAP berhelah, hanya tak mahu Hadi, bukan tak mahu PAS.

Hakikatnya, jika PAS tiada nilai di Selangor, DAP pastinya tidak ragu2 untuk menamatkan terus kerja sama dengan PAS.

Penyokong PAS jangan terlalu angkuh, sombong dan merasa besar diri.

Teruskan bekerja dan berusaha dengan gigih dan istiqamah menaikkan "nilai" Parti PAS.

Satu hari nanti, mereka akan mahu menghulurkan tangan semula bila "nilai" itu kembali berada pada PAS.

Nilai itu mungkin timbul di Perak, Pahang, Johor, Negeri Sembilan, Kedah atau mungkin juga di peringkat Persekutuan. Tidak mustahil di Sabah dan Sarawak juga.

Ketika itu, mereka buat2 tak malu mahu bertaut semula dengan PAS dengan alasan2 baru.

Pastikan parti PAS ada nilai di mata rakyat kerana PAS adalah sebuah parti politik.

Ya, nilai di sisi Allah itu lebih utama tetapi kita mahu melihat kejayaan di raih juga di dunia supaya Islam tidak terus diinjak, kembali didaulatkan dan disegani semua.

No comments: