Monday, March 02, 2015
Kesabaran itu tiada batasnya
Kesabaran itu tiada batasnya. Dalam Al Quran, Allah memerintahkan kepada umat manusia supaya bersabar. Sabar itu sebahagian daripada iman. Sabar itu cantik. Sabarlah dengan secantik-cantiknya. Allah bersama2 dengan orang yang sabar. dan banyak lagi, berulang-ulang, berkali-kali.
Bagaimanapun, Islam mengizinkan perang setelah kita dizalimi, kehidupan dan agama diancam hingga kita sudah tidak ada pilihan lagi kecuali melawan. Adakah ini bermakna kita perlu ketepikan sifat sabar ? Tidak.
Kita dilarang melawan dengan amarah. Kita melawan kerana Allah. Bila kita melawan kerana marah, maka kita bertindak mengikut emosi. Maka buruklah kesudahannya. Selalunya ia akan disusuli dengan rasa menyesal walaupun kita enggan mengaku menyesal. Namun kita dapat lihat betapa impak keburukan tindakan kita lebih banyak daripada impak kebaikan. Kalau menyesal di dunia, tak apa lagi. Kalau menyesal di akhirat ? Dah tak boleh undur lagi. Mengharap syafaat dan keampunan Allah semata lah jawabnya.
Terlalu terburu2 juga selalu mengakibatkan kesan yang serupa. Terburu2 berkata, terburu2 bertindak.
Lebih buruk lagi bila yang hilang sabar itu ialah ustaz. Ustaz dikira sebagai orang yang ada ilmu dan dianggap sebagai orang yang beramal dengan ilmunya (walaupun bukan semestinya begitu). Bila ini terjadi, orang ramai akan mula berkata, ustaz pun sama jugak. Ustaz pun tak boleh dipercayai jugak. Ustaz pun tak boleh kawal nafsu jugak. Nama je ustaz tapi ... Macam2. Ada ustaz yang dijatuhi hukuman bunuh kerana membunuh pelajarnya. Astaghfirullah...
Melihat kepada bagaimana krisis kepimpinan dan hala tuju Pas sekarang, saya rasa betapa program tarbiyah Pas selama ini masih banyak kelemahannya.
Terlalu banyak buruk sangka sesama sendiri. Memang selama ini pun Pas kadang2 terlalu banyak menyebarkan buruk sangka kepada musuh kerana mahukan keuntungan politik.
Terlalu banyak maki hamun sesama sendiri. Memang selama ini pun Pas membiarkan dan kadang kala membela ahli dan pemimpinnya menghamburkan kata2 kesat, keji dan melabelkan musuh dengan gelaran yang dibenci orang.
Orang yang menggelarkan pihak lain dengan gelaran dan panggilan yang hina sebenarnya memiliki sifat sombong. Dan nabi s.a.w berkata, tidak akan masuk syurga orang yang dalam dirinya ada sifat sombong walau sebesar biji sawi.
Kita tak boleh samakan gelaran menghina daripada lidah kita dengan gelaran menghina daripada Allah dalam Al Quran. Allah bersifat mutakabbir. Kita ni siapa ? Mati husnul khatimah pun belum tentu.
Saya harap kita sempat perbetulkan cara kita yang salah sebelum ini, dan akhiri dengan husnul khatimah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Ohh... rupanya Suhaizan Kayat sudah cakap kelemahan tarbiyah Pas antara punca keretanan dalam Pas.
Sama pulak dengan pandangan saya. Syabas Suhaizan kerana berani mengakui kelemahan diri.
Post a Comment