Jika dibandingkan ilmu kita dengan ilmu Tok Guru, kita jauh dibelakang.
Jika dibandingkan akhlak kita dengan akhlak Tok Guru, pun kita jauh dibelakang.
Jika dibandingkan amal ibadat kita dengan Tok Guru, pun kita jauh dibelakang.
Jika dibandingkan jasa kita kepada jemaah, rakyat, negeri, negara dengan Tok Guru, juga kita jauh dibelakang.
Jadi di mana hebatnya kita untuk mengata itu ini kepadanya ?
Ya dia hanya manusia yang kadang kala membuat kesilapan hingga kita yang jahil pun nampak, tapi sedarlah bahawa Allah sengaja mengatur begitu supaya kita berfikir. Dan bagaimana kita bertindak untuk saling menguatkan jemaah dan perjuangan.
No comments:
Post a Comment