Tuesday, July 24, 2007

Alat ganti tiruan

Timbalan Menteri Dalam Negeri mahu semak kontrak bekal alat ganti. Itu tajuk kecil dalam akhbar Berita Harian semalam. Elok sangat lah tu. Alat ganti tiruan ni sudah pernah saya dengar sebelum ini. Tapi setakat khabar-khabar angin saja. Malah alat ganti di kementerian lain pun wajar disiasat terutama Kementerian Pertahanan. Saya khuatir, alat ganti helikopter Nuri pun mungkin menggunakan alat ganti tiruan kerana helikopter tersebut sudah dipertingkatkan sebelum ini tetapi masih kerap bermasalah. Jadi wajarlah perkara ini tidak dipandang mudah. Saya pernah dengar bekalan payung terjun pun ada penipuan di mana sampel yang diberi adalah buatan luar negara tetapi bila dapat kontrak, bahan yang dibekalkan adalah buatan tempatan yang ditiru.

Wallahua'lam.


Johari mahu semak kontrak bekal alat ganti

KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Mohd Johari Baharum mengarahkan semakan menyeluruh terhadap kontrak syarikat yang didakwa membekalkan alat ganti tiruan bagi kegunaan kenderaan polis, termasuk kereta peronda dengan nilai kerugian mencecah RM5 juta.

Sehubungan itu, beliau akan memanggil pegawai kementeriannya yang terbabit dalam pemberian kontrak berkenaan, hari ini bagi memberi penjelasan mengenai kemungkinan penyelewengan.

“Esok (hari ini) saya sendiri akan dapatkan maklumat lanjut mengenai perkara ini, termasuk mengarahkan pegawai saya memeriksa semula syarat perjanjian dalam kontrak itu.

“Kita boleh ambil tindakan undang-undang terhadap syarikat itu jika benar wujud penyelewengan (membekalkan alat ganti tiruan),” katanya ketika dihubungi Berita Harian, di sini, semalam.

Beliau diminta mengulas laporan sebuah akhbar tempatan semalam mengenai wujudnya penipuan pembekalan alat ganti oleh syarikat yang diberi kontrak kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk kenderaan jenis Proton, termasuk kereta peronda.

Penipuan itu dikesan selepas Proton mengesahkan sekurang-kurangnya 70 daripada lebih 90 alat ganti yang dihantar ke ibu pejabatnya untuk pengesahan didapati tiruan.

---------------------------------------
©The New Straits Times Press (M) Berhad

No comments: