Dua berita hangat yang memenuhi dada akhbar sepanjang minggu ini tak lain tak bukan ialah tentang helikopter Nuri TUDM yang jatuh pada Jumaat, 13 Julai lalu di hutan dekat Gneting Sempah dan pasukan bola sepak kebangsaaan yang menjadi belasahan di tempat sendiri. Berita itu menenggelamkan kisah pertemuan semula ibu dan anak-anak sebuah keluarga anak Johor yang terpisah sejak perang dunia kedua dan diburukkan lagi dengan perang Korea. Pertemuan berlangsung di Korea.
Semuanya menyayat hati aku. Helikopter Nuri yang dibeli dan digunakan sejak 1968 (tahun kelahiran aku) telah mengorbankan 6 nyawa perwira dan serikandi negara. Jumlah helikopter jenis itu yang sudah jatuh setakat ini sudah mencecah 18 buah dengan jumlah korbannya 98 orang. Kalau tak silap aku, helikopter tu daripada jenis Sikorsky S-61. Desakan politik dan kritikan orang ramai akhirnya mendorong kerajaan membuat keputusan untuk menukar helikopter tersebut kepada jenis baru yang dijangka mengambil masa antara 2 hingga 3 tahun. Kalau dulu, kritikan orang ramai tak begitu jelas dan menonjol, setakat bising dalam kedai kopi je lah. Demonstrasi dan bantahan terbuka boleh didiamkan dengan undang-undang, akta dan ugutan tak langsung (ugutan berlapik) dan rakyat mudah ditundukkan. Tetapi kini, dengan munculnya berbagai blog dan media internet, kerajaan terpaksa lebih peka dengan suara rakyat.
Pasukan bola sepak negara turuk menerima kritikan sehingga Timbalan Presiden FAM, Tengku Abdullah meletakkan jawatan lebih awal daripada yang dijangka, disusuli pula oleh Setiausaha FAM, Ibrahim Saad. Kekalahan 5-1 dengan China, 5-0 dengan Uzbekistan dan 2-0 dengan Iran tidak dapat lagi diterima oleh rakyat. Dibelasah ditempat sendiri, prestasi pasukan negara memang jelas semakin menurun.
Bagi aku, memang itu aje pasukan terbaik yang kita ada pada hari ini. Ketika pasukan negara berada pada era kegemilangan pada tahun 70-an, nama pemain-pemain terus mendapat pujian sehingga kini. Anehnya ketika zaman kemerosotan kini, pengurusan dan jurulatih yang menjadi mangsa belasahan. Bukan aku tak salahkan pengurusan dan jurulatih, tapi biarlah adil. Pujian untuk pasukan 70-an harus juga diberikan kepada pengurusan dan jurulatih pada masa itu disamping pemain yang sememangnya hebat. Tak dinafikan, bukan FAM tak berusaha tapi bila hasilnya tak menjadi, berilah peluang kepada yang lain kera Tuanku dah diberi masa yang agak lama. Bagi aku, Presiden FAM juga patut digantikan dan jika beliau tak meletakkan jawatan, ada ke yang berani cabar untuk bertanding ?
Pertemuan ibu dan anak di Korea sungguh menyentuh hati aku. Tak dapat aku bayangkan bagaimana perasaan mereka semasa kecil bila kehilangan ibu. Aku berdoa semoga si ibu dapat pulang semula ke Malaysia dan akidahnya dapat diselamatkan. Ketika terpisah, si ibu hanya berusia belasan tahun (16 tahun kalau tak silap). Apalah yang dapat dipertahankan oleh ibu muda seawal usia begitu hinggakan bahasa melayu pun dia sudah lupa. Semoga Malaysia akan terus aman bahkan dunia seluruhnya kerana sudah jelas, peperangan memberikan kesan yang amat kejam kepada kita.
No comments:
Post a Comment