Friday, July 13, 2007

Generasi kini tidak minat berkahwin

Tajuk di atas dipetik daripada mStar Online.

--- Informasi Artikel ---
Artikel ini dicetakan dari http://mstar.com.my.
URL Artikel: http://mstar.com.my/cms/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_b39acd93-c0a85062-e6246600-fd3574ce
---------------------------


Sebagai seorang Islam, isi rencana tersebut agak membimbangkan. Namun perlu diakui, golongan muslimat yang mempunyai latar belakang agama yang agak baik pun tidak terkecuali, malah ramai juga yang terlibat. Persoalannya kenapa mereka seakan-akan menolak untuk berkahwin. Saya gunakan perkataan seolah-olah kerana saya percaya mereka sebenarnya bukanlah menolak sepenuhnya. Menolak bukan juga bermaksud enggan tetapi mungkin ragu-ragu atau was-was atau teragak-agak.

Saya sendiri mempunyai ramai kenalan (terutamanya wanita) yang belum berkahwin sedang umurnya sudah melebihi 30an malah ada yang hampir mencecah 40an. Saya percaya, seandainya mereka dilamar ketika usia masih muda, tentu mereka lebih bersedia untuk menerima lamaran. Bila usia semakin meningkat, perasaan ragu-ragu semakin meningkat. Mereka semakin hilang keyakinan diri untuk membentuk sebuah keluarga yang sihat dan bahagia.

Saya amat bersetuju bahawa perkahwinan adalah satu perkongsian hidup. Memanglah setiap pasangan mahu berkongsi kehidupan yang indah-indah, yang baik-baik, yang seronok dan hidup bahagia hingga akhir hayat. Namun hakikatnya tidak semudah penamat cerita dongeng (and they live happily ever after). Berkongsi hidup juga bermakna perlu berkongsi kesusahan, sakit pening, salah faham, campur tangan keluarga dan pihak luar, masalah kewangan, masalah anak-anak dan sebagainya. Ini yang menakutkan. Ada yang memberi alasan mereka ada penyakit ketika menolak. Kalau setakat sakit sehari dua, mungkin pasangannya boleh sabar tapi kalau asyik sakit saja, boleh sabar ke ? Masa tengah bercinta, memang semuanya sanggup.

Paling penting ialah pasangan tersebut perlu ada keyakinan diri. Islam tidak akan menggalakkan kita berbuat sesuatu untuk menyusahkan kita. Hikmahnya pasti meliputi kesan jangka panjang, untuk dunia dan akhirat, untuk agama dan diri sendiri, untuk hubungan dengan Allah dan hubungan dengan manusia.

Perlu dibayangkan, betapa sunyinya hidup tanpa teman sekiranya umur kita panjang mencecah 80 tahun. Bagi saya, ikatan perkahwinan telah memberikan kepada saya teman yang sangat bernilai kepada saya. Tidak dapat saya bayangkan bagaimana sunyinya saya jika tiada teman yang setia, sabar dan sentiasa mencuba untuk memahami. Ujian berumahtangga pasti sentiasa menimpa tetapi ia membawa bersama banyak pengalaman yang sangat bermakna.

No comments: