Monday, April 26, 2010

Kaji semula pilihanraya kecil

Saya tertarik dengan ulasan pihak BN mengenai kemenangan mereka di Hulu Selangor. Ulasan mereka tidak berlebih-lebihan seperti yang lepas2. Nampak sedikit merendah diri.

Seperti jangkaan saya, BN akan menang. Cuma saya menjangka majoriti kemenangan adalah sekitar 3000 undi yang membawa makna, peluang BN merampas semula Selangor masih malap. Kalau majoriti 3000 undi pun malap, kurang drp itu tentulah lebih kelam lagi.

Namun trend pengundi boleh berubah2 mengikut isu dan suasana semasa. Rekod menunjukkan pilihanraya kecil di kawasan majoriti Melayu dan India selalu berpihak kepada BN. Benar, kerajaan Selangor kini dikuasai oleh PR tetapi apa yang lebih utama ialah penguasaan BN terhadap media2 utama serta jentera kerajaan pusat. Kuasa kerajaan negeri sangat terhad.

Dulu, kita tak tahu yang mana bidang kerajaan negeri, yang mana hak kerajaan pusat. Dulu bila ada projek, yang kita tahu ialah projek kerajaan yg diterajui BN. Ada projek kerajaan pusat, dirasmikan oleh pemimpin negeri dan seolah-olah menggunakan duit kerajaan negeri. Syukur, hari ini kita lebih memahami.

Tahniah kepada BN atas kemenangan ini. Tahniah juga kepada PR kerana berjaya mengekalkan momentum sokongan rakyat kepada PR. Kemenangan PR di Hulu Selangor dlm PRU2008 banyak bergantung kpd faktor calon, calon BN dan calon PKR.

Kerjasama erat dalam PRK kali ini diharap dpt memahat ingatan kepada semua pihak dlm PR bahawa rakyat pelbagai kaum menerima konsep PR, bahawa PAS, DAP dan PKR perlu meneruskan kerjasama tanpa rasa ujub "aku yang lebih, dia bukan kuat sangat", kerana pakatan ini diterima sebagai gabungan ketiga2 parti yang saling menguatkan antara satu sama lain.

Saya setuju benar dengan cadangan supaya sistem pilihanraya kecil dihapuskan. Ia tidak praktikal, menyusahkan, membazir masa dan wang rakyat, mewujudkan terlalu banyak politiking, membosankan rakyat yang mahu melihat kerajaan bekerja, mewujudkan agihan penyelesaian masalah yg tak seimbang (hanya tertumpu di kawasan terlibat sedangkan ada tempat lain yg menghadapi masalah sama atau lebih teruk diabaikan) dan berbagai kesan negatif lain.

No comments: