Tuesday, April 20, 2010

Panjat gunung Kinabalu 111 kali

Abang Mat Noor bakal cipta rekod hari ini dengan memanjat puncak tertinggi di Malaysia, gunung Kinabalu sebanyak 111 kali dalam tempoh 111 hari. Hebat sungguh ye.

Kata seorang ustaz, lebih baik panjat tangga masjid 5 kali sehari daripada panjat gunung tiap2 hari. Betul juga tu. Jiwa jadi tenang, badan tak sakit, kos tak tinggi, wajah jadi berseri, hidup jadi berkat. Tak ada gunanya cipta rekod panjat gunung kalau tangga masjid ditinggalkan. Sanggup tinggal solat Jumaat sebab nak cipta rekod, "Muslim Terhebat".

Cuba wawancara brader tu, bagaimana mahu menjadi "Muslim Terhebat" ? Apkah ciri2 "Muslim Terhebat" ? Dan apa hukumnya orang yang menyokong kerja "amal" dia tu ?

Kita panjat gunung ke, kita panjat tangga masjid ke, semua ditulis oleh malaikat di kiri kanan kita. Rekod dalam buku "Guinness" tu tak penting langsung kalau nak banding dengan rekod dalam "buku" raqib dan atid.

Fikir2kan lah dan selamat beramal.

1 comment:

Anonymous said...

Masyaallah budak-budak sekarang!

http://www.formspring.me/marisasoraya