Semalam, ada majlis pidato perdana bersama Tun M di ruang legar Mara. Mara sekarang tak ada dewan besar. Dewan yang ada tak cukup besar. Bangunan baru masih dalam pembinaan.
Oleh kerana menghantar isteri di Mara, saya ambil kesempatan untuk turut mendengar pidato Tun. Hadirin agak ramai. Tak cukup kerusi. Semua nampak ceria dan gembira untuk mendengar ucapan Tun. Ada juga pelajar2 dari GiatMara, IKM dan Kolej Profesional Mara. Mungkin juga ada dari UniKL. Anggota Mara sendiri memang ramai. Penyewa dan usahawan Mara juga ramai. Anak saudara saya di IKM turut hadir.
Isteri saya duk depan2 dengan kawan2 dia. Saya duk belakang. Idris Jusoh selaku Pengerusi Mara menyambut kehadiran Tun. Bekas wartawan Utusan, Rosnah Majid (Datuk) menjadi moderator.
Saya sempat merakam 30 minit terakhir ucapan Tun. Sessi soal jawab, saya dah chow ke pejabat.
Ucapan Tun kali ini biasa2 saja. Tun sekadar mahu berkongsi pengalaman dan pandangan beliau. Mungkin sebab Tun pun dah tua, ucapan beliau tak sebagus dulu. Nampak kadang2 agak sukar mencari perkataan yg sesuai. Mungkin juga sebab Tun tidak lagi berada di atas (sebagai PM). Tun pun tahu keadaan hari ini sudah berbeza dengan dulu, ketika dia jadi PM.
Apapun, Tun M masih seorang negarawan yang hebat. Ucapan beliau masih seronok didengar dan bernas untuk difikir2kan. Saya memang tak mengantuk atau bosan kalau mendengar ucapan Tun M, walaupun ada juga anak muda yang saya perhatikan terlentok di kerusi.
No comments:
Post a Comment