Thursday, December 15, 2011

Apakah PAS Mampu Tegakkan Islam dalam PR ?

Itulah soalan yang cuba dijawab oleh Ketua Dewan Pemuda PAS, Sdr. Nasrudin bin Hassan dalam blognya di sini

Saya teringat Ustaz Ahmad Awang ketika cuba mempertahankan pembentukan kerajaan PR di Perak pada awal peristiwa PRU12 membawa hujjah, "Berapa banyak kelompok yang sedikit mengalahkan kelompok yang banyak dengan izin Allah. Allah beserta orang-orang yang sabar." (Al Baqarah : 249)"

Secara peribadi, saya lebih menyetujui PAS dalam PR berbanding dalam BN. Saya tak berapa ingat, apakah legasi kesan2 positif yang berjaya ditinggalkan oleh PAS sepanjang menyertai BN pada tahun 1972-1977.

Tetapi saya dapati, kesombongan dan keangkuhan UMNO mendorong PAS dilayan sebegitu rupa dalam BN. UMNO bukan sekadar BOSSY malah merasa dirinya TUAN, berlagak TUAN dan mahu dilayan sebagai TUAN. Ketuanan UMNO disembunyikan disebalik slogan ketuanan Melayu.

PAS dipaksa mengikut skrip dan peraturan ciptaan UMNO, syarat2 ciptaan UMNO dan menjadi pak turut sahaja dalam BN walhal UMNO yang asalnya begitu perlukan sokongan PAS selepas peristiwa 13 Mei. Keangkuhan UMNO mula subur semula selepas BN mencapai kemenangan besar dalam PRU 74.

Begitulah UMNO bila kuat. Bila lemah, presidennya sanggup berlutut turun memujuk, merayu PAS. Bila sudah kuat, PAS diserang dalam media, difitnah, dilaga-lagakan, dicerai beraikan dan akhirnya dipecat.

Dalam PR, belum tentu nasib PAS menjadi lebih baik tetapi kepimpinan hari ini jelas lebih bijak dan berhati2.

Ketika PAS menyertai BN, ramai juga orang lama dalam PAS yang tidak setuju dan mengambil sikap menyepi dan enggan menyokong. Ini berbeza dengan kerjasama dalam PR, pertikaian(tentangan) lebih banyak datang daripada beberapa penyokong atas pagar yang tidak aktif pun dalam PAS.

Penyertaan PAS dalam kerajaan campuran pada tahun 1972 dan kerajaan BN pada tahun 1974 menyebabkan perbalahan besar dalam PAS. Dalam muktamar 1974, seramai 354 orang yang hadir, 143 menyokong, 19 berkecuali dan 190 menentang. Tetapi Dato Asri memilih untuk kekal bersama dalam kerajaan BN. Ramai pimpinan utama PAS seperti Ustaz Abu Bakar Hamzah dan Amaludin Darus keluar parti dan ada juga yang bertawaquf daripada PAS.

Sokongan PAS kepada PR pula jelas daripada 3 Muktamar PAS yang sudah dibuat di Ipoh, Shah Alam dan Kota Bharu.

Menyertai gabungan yang sedang berkuasa, kita diuji dengan kuasa dan keselesaan, gaya hidup pemimpin yang gah dan mewah; berbeza dengan menyertai gabungan yang sama2 berada di kerusi pembangkang, dipijak2, dengan kemudahan yang serba daif dengan pelbagai sekatan dan kekangan pula.

Nak tahu berjaya atau tidak, kena tunggu bila mereka diuji dengan kuasa satu hari nanti. Keadaannya mungkin berbeza.

No comments: