Monday, December 05, 2011

UFO

Semalam, tengok dokumentari tentang UFO di History Channel.

Dulu, saya suka baca rencana2 tentang UFO. Buku2 tulisan Allahyarham Amaluddin Darus juga saya baca. Beliau banyak menulis tentang misteri UFO. Ketika itu, saya terbayangkan UFO adalah makhluk asing seperti dalam filem2 hollywood bersama piring terbangnya.

Macam2 teori ada mengenai UFO. Ada yang kata, ia hanya fiksyen ciptaan Yahudi atau Amerika. Hakikatnya, kerajaan Amerika tak pernah mahu berterus terang tentang UFO. Saya kira, mereka tiada info jelas mengenainya. Ia masih misteri tetapi mereka mahu sembunyikan kejahilan mereka dengan menafikan kewujudan makhluk Allah itu.

Mungkin boleh diterima kalau laporan UFO itu hanya wujud di barat. Tetapi bagaimana dengan laporan oleh orang2 kampung ? Di Kelantan, pernah dikhabarkan UFO muncul seketika. Di Terengganu, UFO pernah dikesan oleh orang kampung di Kuala Brang, berhampiran tasik Kenyir. Di Sarawak, juga pernah dilaporkan kemunculan UFO.

UFO adalah Unidentified Flying Object. Apa2 saja objek terbang yang tak dikenal pasti secara jelas, itulah UFO. Mungkin ia hanya burung. Mungkin juga Malaikat. Mungkin jin. Kalau dari jenis jin atau Malaikat, sudah tentu manusia tak dapat membuktikannya secara saintifik. Mana ada kajian saintifik yang menyokong kewujudan jin dan malaikat. Hanya Quran yang menjadi petunjuk kepada orang Islam yang ada menceritakan tentangnya.

Saya kini lebih cenderung percaya bahawa UFO adalah malaikat atau jin atau syaitan yang sesekali menjelma. UFO selalu dikesan dalam bentuk cahaya. Tiada rekod yang menunjukkan kehadiran UFO disertai dengan kerosakan atau kekacauan kepada manusia. Mereka hanya hadir seketika dan pergi. Hanya Allah yang mengetahui apa tujuan mereka sebenarnya. Kisah Syeikh Abdul Kadir Jailani dengan cahaya yang mengaku Allah adalah contoh bagaimana syaitan juga boleh menjelma ke mata manusia untuk memperdaya atau merosakkan iman.

Dengan teknologi masa kini, gambar dan video mengenai UFO sukar dibuktikan kesahihannya kerana sesiapa pun boleh ada kamera dan boleh touch up photo atau edit video untuk mencipta "UFO" palsu, sekadar suka2 atau mungkin mahu mencari populariti.

Kalau saya benar2 dapat merakam UFO, saya tak fikir akan ada orang yang mahu percaya. Perlukah kita bersumpah di masjid Wilayah hanya sekadar untuk menguatkan dakwaan kita atau kita hanya akan diejek dan ditertawakan.

No comments: