Monday, November 11, 2013

50 anggota JPAM kena rasuk ketika mengadakan persembahan ulik mayang dan kuda kepang



Setahu saya fatwa telah dikeluarkan oleh mufti Johor bahawa "Permainan kuda kepang sama ada tarian biasa atau dramatari atau tarian gelanggang adalah haram kerana ianya bercanggah dengan aqidah, syariah dan akhlak Islamiah."

Saya lihat, mufti Johor berani menyatakan kebenaran dan tanpa ragu2 mewartakan fatwa dengan tegas. Sama ada mufti sekarang atau mufti dahulu (mufti2 lama), soal akidah perlu tegas tanpa perlu berdolak dalik berselindung di sebalik persembahan kesenian, sekadar tarian, tiada lagi unsur2 seru dan sebagainya.

Sehingga kini, mufti Terengganu belum ada lagi yang tegas memfatwakan ulik mayang dan main puteri sebagai haram dan bercanggah dengan akidah.

Ia berbeza dengan hukum bermain gitar atau alat muzik bertali dan berlubang kerana walaupun ada dalil jelas, tetapi ia bukan ada kaitan dengan akidah. Dalil jelas itu masih boleh berpandu kepada situasi semasa, keadaan tempat, sahabat yang berada bersama baginda dan sebagainya. Pendek kata masih boleh dibahas.

Dalam hal akidah, bila ada saja keraguan, lebih baik tinggalkan terus kerana kita hanya nampak dan dengar benda2 yang zahir sedangkan pihak yang mahu pertahankan "seni" itu bijak menyembunyikan hal2 yang batin.

Patuhilah nasihat mufti terutama dalam isu akidah yang sudah disepakati.



No comments: