Kalau anda melalui lebuh raya KL-Karak, anda pasti akan nampak MRSM yang indah tersergam indah di tepi lebuh raya ini. Malangnya ia kini sepi dan telah dikosongkan.
Ini adalah satu contoh bagaimana wang rakyat telah dibazirkan. MRSM Bentong yang siap sekitar tahun 2008-2009 hanya sempat digunakan selama tak sampai 2 tahun.
Ia terpaksa dikosongkan atas alasan keselamatan. Berapa juta wang rakyat digunakan untuk membina MRSM ini ? Siapa untung besar dalam pembinaan MRSM ini ? Siapa yang silap membina MRSM di sini ? Arkitek kah ? Jurutera kah ? Perunding kah ? Pelobi kah ?
Apa tindakan kepada pihak yang bertanggungjawab menyebabkan berjuta wang rakyat dibazirkan ? Apa kesudahan dengan MRSM Bentong ini ?
No comments:
Post a Comment