Monday, November 11, 2013

Pemilihan dalam PAS

Bagi jawatan no 2 dalam PAS, saya lebih suka Tuan Ibrahim. Sehingga hari ini, beliau telah menunjukkan sikap yang lebih kena dengan perjuangan Islam beliau. Pendekatannya sangat sesuai dan saya kira mampu memikat lebih ramai pengundi2 Melayu atas pagar. Beliau juga lebih berhati2 bila bercakap berbanding pemmpin2 lebih tinggi dalam hiraki PAS yang pernah terlepas cakap hingga menjadi sindiran kalangan penyokong PR sendiri.

Piihan kedua saya ialah Husam. Beliau menunjukkan hasil kerja yang lain daripada biasa dalam PAS.

Takdirnya, kedua2nya menolak pencalonan jawatan Timbalan Presiden.

PAS mempunyai ramai tokoh dalam bidang agama, yang boleh berbahas, berdebat, berhujjah, mengkritik dan mancadang. Cuma dalam bidang fardhu kifayah, tokoh2 dalam PAS masih agak ketinggalan.

Mat Sabu sudah 2 kali berturut2 ditolak pengundi, di K.Trg pada 2008 dan di Pendang 2013. Ini menunjukkan beliau kurang diterima oleh orang ramai sedangkan PAS memerlukan tokoh yang boleh diterima orang ramai untuk meraih kemenangan.

Yang menolak beliau bukan semestinya penyokong PAS tetapi mungkin lebih kepada pengundi atas pagar. Bagi saya, ia satu kerugian kerana walaupun saya kurang gemar dengan stailnya terutama pada tahun2 90an dan 2000an, tetapi beliau adalah seorang pemimpin yang berkualiti di Parlimen. Beliau banyak bersuara, berani dan bukan sekadar menghabiskan beras je.

Mohd Amar pula setakat ini, saya rasa ada potensi untuk dipilih menjadi MB Kelantan. Dulu, saya jangkakan dia akan menggantikan tempat Nik Aziz tetapi barangkali Nik Aziz lihat, Amar belum cukup bersedia menggalas jawatan itu.

Sedikit mencalarkan, Husam dengan Amar seolah2 tidak ngam.

Bagi jawatan Naib Presiden, kesemua calon dikira sesuai, tetapi saya lebih cenderung kepada Tuan Ibrahim, Husam dan Salahuddin. Mahfuz berada dalam ranking ke 4 walaupun saya sedar, beliau seorang yang berani dan bekerja keras. Mungkin Mahfuz boleh buktikan beliau lebih layak jika berjaya membawa Kedah kembali kepada PR, satu tugas yang berat. Tumpukan usaha merampas semula Kedah.

Bagi jawatan Ketua Pemuda, saya kurang mengikuti kegigihan ketiga2 calon dalam berpolitik. Nama Suhaizat lebih popular kepada saya. Manakala bagi jawatan Timbalan ketua Pemuda, saya lebih suka Raja Iskandar berbanding anak TGHH. Nama Khalil Abdul Hadi belum cukup mesra dalam aktiviti Pakatan Rakyat berbanding Raja Iskandar. Mungkin Khalil sudah popular dalam PAS tetapi beliau perlu menonjolkan diri dalam kerja sama bersama rakan Pakatan.

Oleh kerana saya kurang mengikuti tulisan dan ceramah Khalil, sukar saya nak menilai sifat kesederhanaan dan karisma beliau. Saya harap beliau akan muncul sebagai seorang yang lebih hebat berbanding ayahanda beliau, sesuai dengan perkembangan semasa dan akan datang.

Siapapun yang akan terpiih, semoga perjuangan PAS akan mencapai kemajuan demi kemajuan dan dapat memerintah negara satu hari nanti sebelum saya menutup mata selamanya. Itulah doa saya.

No comments: