Alhamdulillah, Mat Sabu dah menang. Moga Pas bertambah kuat dan mengatur strategi dengan betul dan berkesan selepas ini.
Dakwaan Mat Sabu syiah bukan baru. Seingat saya, kali pertama saya dengar dari mulut orang Pas sendiri ketika tahun 1989. Waktu tu belum ada fatwa rasmi kata syiah sesat lagi. Cuma Arqam saja yang kata syiah sesat.
Beriya-iya kawan saya tu bela syiah bukan sesat ketika dia bersembang dengan seorang kawan yang pro Arqam.
Kenapa hari ini baru dibesar2kan isu Mat Sabu syiah ? Kenapa kini baru macam ada kata sepakat bahawa syiah itu sesat ? Kenapa kini baru Mat Sabu nak nafikan dia syiah ?
Saya harap dia bukan syiah. Ada juga yang kata Adun Meru (Dr.Rani) pun syiah. Tapi ni daripada mulut orang UMNO Meru.
Sepanjang Mat Sabu jadi Tim Presiden penggal lepas, dia belum tunjukkan keupayaan meningkatkan sokongan rakyat kepada PAS.
Ketika Mat Sabu mula jadi Tim Presiden, saya agak teruja juga sebab ustaz Nasha tak lah perform sangat walau pun dia mahir banyak bahasa, walaupun dia seorang yang berlatar belakangkan akademik yang bagus, walaupun dia seorang ulama. Maksud saya, ustaz Nasha tak menonjol sangat. Biasa2 saja. Bukan seperti yang ramai penyokong harapkan. Malah kadang2 nampak macam lebih percayakan UMNO.
Kalau saya, memang saya dah tak percaya lagi dengan UMNO. Bahaya UMNO ialah sekularis, yang mengaku dia Islam. Islam sekular sama je bahayanya dengan Islam liberal. Dia masuk ke dalam otak, tak nampak dengan mata kasar. Kalau kafir DAP tu, dia jelas terang kafirnya. Kalau kafir kristian atau hindu, nampak jelas kafirnya. Tapi Islam sekular, payah. Ramai orang terpedaya dengan puak2 macam ni. Tapi jika diperhalusi, sebenarnya jelas akidah sekularnya tu.
Saya lihat Mat Sabu tak mudah tunduk kepada pihak lain dan saya harap dia akan dapat tangani masalah perbezaan dalam Pakatan. Mat Sabu bukan mudah tunduk kepada Anwar mahupun tokoh dalam DAP. Tapi bila dia jadi Tim Presiden, bila timbul isu2 yang agak tegang antara Pakatan, dia nampak tak bersuara pun. Mungkin dia terlalu berhati2 dan tak mahu gopoh. Kalau tak mahu campur tu tak bolehlah sebab dia Timbalan Presiden. Isu kerusi bertindih ketika PRU13 pun dia diam.
Bila seolah2 dia tak mahu ulas langsung, saya jadi agak kecewa dengan dia.
Memang tak mudah jadi ketua ni. TGHH pun kena sindir dan perli dengan ahli sendiri, inikan pula Mat Sabu. Ahli pun dah macam terlalu teruja sangat dengan pendapat sendiri sampai sanggup perlekehkan ketua sendiri. Mana perginya tarbiyah selama ini ? Mana perginya akhlak dan adab ? Kalau tegurpun, janganlah dengan cara menghina, apatah lagi dengan prasangka semata2. Benarlah, kita berpecah bukan sebab berbeza parti politik, tapi sebab kita tak dapat terima perbezaan pendapat. Kita mahu memaksa orang terima pendapat kita hingga kita sanggup hina pendapat orang lain. Ini namanya ujub. Ingatlah, tak akan masuk syurga orang yang dalam dirinya ada kesombongan walaupun sebesar biji sawi.
Saya harap ustaz Tuan Ibrahim dan sdr Salahuddin akan muncul sebagai pemimpin masa depan dalam Pas. Itupun kalau dia tak jadi macam Hasan Ali dan utsaz Nasha. Hasan Ali memang saya tak menaruh harapan sangat sejak dulu. Tapi ustaz Nasha memang mengecewakan. Mungkin Allah sengaja nak tunjukkan kepada kita bahawa pandangan hati kita sebenarnya tersasar. Kita sangkakan orang tu betul2 bagus. Rupanya tidak. Baru diuji sikit, dia mula tersasar.
Jadi usahlah terlalu memuji dan memuja Mat Sabu, Tuan Ibrahim atau Salahuddin berlebihan. Berilah sokongan sawajarnya kepada mereka dan berdoalah supaya semua yang berada dalam barisan kepimpinan hari ini akan istaqamah hingga akhir hayat, hingga perjuangan ini berjaya.
No comments:
Post a Comment