Utusan Malaysia hari ini (4/11/2013) melaporkan ,"Masalah buta huruf al-Quran di negara ini agak membimbangkan ..."
Sebelum tu, cuba semak pemimpin2 anda yang anda pilih untuk menggubal dasar dan hala tuju negara serta membuat keputusan termasuk dasar pendidikan dan penerangan. Adakah mereka celik Al Quran ?
Apa pula perancangan untuk mengatasi masalah ini ?
Semalam, saya terbaca berkenaan rancangan melahirkan generasi ulul albab oleh Menteri Pelajaran 2. Saya kurang jelas apa itu program ulul albab yang mahu dilaksanakan. MRSM ulul albab dah ada di Terengganu tetapi saya kurang pengetahuan mengenai kelebihan mereka dari sudut agama berbanding pelajar2 di sekolah lain.
Sejauh mana kejayaan program ini juga tidak jelas kepada saya tetapi saya percaya usaha sebegini bukan boleh dilihat kejayaannya dalam masa yang singkat kerana ia perlu melalui proses pemantapan daripada generasi ke generasi.
Saya harap usaha ini dapat diteruskan dan diperkemaskan selalu dan bukan digantikan seiring dengan bergantinya menteri.
Kalau saya diminta pandangan, saya suka mencadangkan supaya kerajaan mewajibkan setiap pelajar beragama Islam supaya menjadi celik Al Quran sebelum usia 16 tahun. Ini bukan soal khatam Quran, tapi celik Al Quran. Sekurang2nya bacaannya lancar dengan tajwid yang betul. Soal memahami makna mungkin agak jauh untuk disasarkan.
Kejayaan Terengganu dalam bidang akademik dan sukan sepuluh tahun kebelakangan ini, saya lihat bukan bermula hanya beberapa tahun sebelumnya tetapi sudah dimulakan sejak tahun 80an lagi. Kerajaan negeri Terengganu sudah mengatur rancangan dengan baik ke arah itu waaupun kosnya agak tinggi tetapi berbaloi.
Hari ini, generasi yang dilahirkan itu mungkin baru berusia 20an tetapi mereka lahir daripada satu lapis generasi yang kini berusia 40an ke atas yang mempunyai pemikiran yang positif dan betul. Jika kecemerlangan itu dapat diteruskan dan generasi ini mula menjadi ibu dan bapa, akan lahir pula satu lagi generasi yang pastinya lebih cemerlang lagi.
Dan jika kecemerlangan akademik itu disertai dengan ulul albab dan celik Al Quran, alangkah bertuahnya negara memiliki umat Islam yang berkualiti. Apa gunanya umat yang ramai jika tidak disertai dengan kualiti ?
Namun, masjid2 dan surau2 di Terengganu masih belum cukup meriah berbanding masjid2 dan surau2 di Selangor. Kerajaan perlu meletakkan sasaran apa yang hendak dicapai serta tempoh masa yang hendak dicapai seperti rancangan kerajaan untuk mencapai status negara maju, status bandaraya, setinggan sifar, celik IT dan kini celik Al Quran.
No comments:
Post a Comment