Apa ertinya "Islamlah" ? Jadi muslim ?
Apa pula ertinya jadi muslim ? Kena lah baca buku "Apa ertinya saya menganut Islam" karangan Fathi Yakan. Kena muhasabah, apa buktinya kita Islam. Apa pandangan kita tentang Al-Quran. Bagaimana penerimaan kita dengan isi kandungan al-Quran ?
Di permulaan surah Al-Baqarah, ayat 1 - 20 menceritakan 3 golongan manusia dalam menghadapi Al-Quran. Bukalah kitab tafsir atau terjemahan anda dan bacalah.
Golongan mukmin, golongan kafir dan golongan munafiq. Dalam golongan manakah kita berada ? Golongan mukmin ? Benarkah ? Alhamdulillah. Kalau kita mengucap dua kalimah syahadah dengan penuh kesedaran dan kesungguhan hati, tentu kita tidak berada dalam golongan kafir.
Paling ditakuti, golongan ketiga iaitu golongan munafiq. Tertipu dengan diri sendiri. Menyangka diri sudah beriman, tapi berdolak dalik memilih ayat tertentu sahaja atau mentafsirkan ayat Allah mengikut nafsu sendiri.
Semoga kita benar-benar Islam. Semoga Islam kita Islam yang tulin. Buktikanlah Islam kita adalah Islam yang sebenar. Islam sepenuhnya. Islam sepanjang masa. Al-Quran itu rujukan utama kita. Semoga kita tidak akan mati kecuali dalam Islam.
No comments:
Post a Comment