Pilihan raya yang akan menjelang beberapa minggu lagi memberi kita peluang untuk memilih hanya satu parti atau calon untuk satu-satu kawasan. Sudah pasti, setiap insan yang dicalonkan ada kebaikan dan kelemahannya yang tersendiri. Begitu juga parti yang diwakili serta kepimpinan parti itu sendiri.
Sebagai umat Islam, kita boleh memohon kepada Allah untuk diberi petunjuk memilih calon. Selain petunjuk daripada Al-Quran, Al Hadith dan para alim ulama', eloklah juga kita memohon petunjuk secara langsung daripada Allah dengan mengadakan solat sunat istikharah. Ini kerana memilih pemimpin adalah satu tanggung jawab yang berat yang mesti dijawab pada hari mahsyar nanti. Bayangkan jika kerajaan yang dipilih bersekongkol menganjurkan program maksiat, tidakkah kita juga akan dipertanggung jawabkan ? Begitu juga dengan rasuah, salah guna kuasa, ketidak adilan dan kezaliman, pemborosan dan sebagainya lagi.
Solat sunat istikharah, sama seperti solat sunat dua rakaat yang lain. Berikut disertakan doa (biasalah, copy and paste) sebagai panduan.
"Ya Allah, sesungguhnya aku mohon pilihan-Mu dengan ilmu-Mu, dan aku mohon kepastian kepada-Mu dengan kekuasaan-Mu, sesungguhnya Engkau Maha Kuasa, Engkau Maha Tahu dan Maha Mengetahui segala yang ghaib.
Ya Allah, jika Engkau mengetahui urusan ini baik bagiku, untuk agamaku, untuk penghidupanku dan akhir kesudahannya kelak, maka takdirkanlah dia bagiku dan mudahkanlah dia bagiku, kemudian berilah dia berkah bagiku.
Dan apabila Engkau mengetahui pekerjaan itu buruk bagiku, untuk agamaku, untuk penghidupanku dan akhir kesudahannya kelak, maka singkirkanlah dia daripadaku dan hindarkanlah aku daripadanya. Takdirkanlah hal-hal yang baik bagiku dimana kebajikan itu berada, kemudian berilah aku menyenanginya"
1 comment:
Selamat balik mengundi... Wakaf Mempelam ke? hehehhehe...
Post a Comment