Friday, October 31, 2008

MCA tuntut Hassan, Khir minta maaf

Laporan Malaysiakini menyebut Biro Perundangan MCA hari ini mengecam PAS kerana menolak pelantikan Low Siew Moi sebagai pemangku pengurus besar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) atas alasan beliau bukan Melayu.

Setakat yang saya sudah baca, tiada bantahan secara rasmi daripada PAS. Yang ada cuma PAS mencadangkan nama lain yang mana kedua-duanya adalah bumiputera Islam. Saya kira, tindakan PAS adalah betul dan dibuat secara berhati-hati. Bantahan daripada PAS hanya dapat dilihat melalui laporan media atau ulasan daripada pihak lain seperti DAP.

Laporan Malaysia kini umpamanya menyebut,
"Selangor Pas commissioner Datuk Dr Hasan Mohamad Ali, who is also a state executive councillor, said today that the party would help the state government find a more suitable candidate."
walaupun tajuknya "PAS UNHAPPY WITH LOW'S APPOINTMENT AS PKNS BOSS".

Saya rasa, MCA patut bantah kenyataan Pemuda UMNO Selangor yang menganggap kaum Cina di Malaysia sebagai bangsa asing (lihat di sini).

Dalam laporan Utusan Malaysia bertarikh 30/10/2008 itu, pada perenggan ke-6, menyebut:
Beliau (Abdul Shukur Idrus) berkata, perkara pertama ialah mendesak Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim supaya tidak ingkar terhadap perintah baginda yang tidak memberi perkenan terhadap beberapa keputusan menyerahkan jawatan tinggi dan penting kepada bangsa asing yang sepatutnya hak orang Melayu.

Kita tunggu apa reaksi MCA terhadap Pemuda UMNO Selangor ini.

2 comments:

abdrahim kassim said...

Memang betul apa lu tulis.Melayu jenis tu lah yang musnahkan Melayu.

Tapi gua cuak sikitlah.

MCA tentang Melay
MIC tentang Melayu
DAP tentang Melayu
Gerakan tentang Melayu
Majlis Peguam tentang Islam
Parti-parti di Sabah persoal Islam

Mereka ini senadalah bila bersuara tapi orang Melayu/Islam berpecah belah.

Yanaam said...

Kita tidak bersatu walaupun kita ada satu kitab yang sewajibnya menjadi rujukan bersama. Sebab kita ada kepentingan peribadi yang berbeza.

Mereka boleh bersatu suara walaupun tiada kitab yang jadi sandaran mereka. Hanya berpedomankan perlembagaan Malaysia, mereka tafsirkan secara senada. Sebab mereka ada kepentingan bersama yang sama.