Monday, May 04, 2009

Kali pertama dalam majlis rasmi PAS

Saya jarang hadir ke ceramah PAS. Kali terakhir mungkin lebih 5 tahun lepas.

Malam Jumaat lepas, ketika ke masjid untuk solat Isyak, ada ceramah di masjid. Selalunya, malam Jumaat tiada ceramah, sebaliknya diisi dengan majlis bacaan Yaasin. Rupanya, Hassan Ali hadir untuk satu majlis "conversion" ahli UMNO kepada PAS. Jadi kesempatan itu diambil olehnya untuk beri tazkirah di masjid. Turut hadir ialah Adun Lembah Jaya, YB Khasim.

Antara idea menariknya ialah, dia cadangkan majlis riadhah di kawasan berhampiran masjid. Saya sudah lama terfikir program seumama ini termasuk gymnasium, wifi dan sebagainya. Ini kerana ada masjid yang dilengkapi dewan serbaguna untuk majlis seminar, kenduri kahwin dan sebagainya. Fungsi masjid memang perlu diperluaskan lagi untuk mendekatkan masyarakat dengan masjid. Perpustakaan masjid juga tidak sepatutnya dihadkan kepada buku-buku agama semata-mata.

Selepas solat, saya mengikutinya ke majlis yang dinamakan hijrah itu. Tak rami yang hadir. Ad lebih kurang 100 orang. Lebih kurang 50 borang sahaja dikembalikan. Saya tak pernah kenal Ketua cawangan UMNO yang terbabit. Cuma tahu namanya. Saya cuma kenal seorang sahaja ahli UMNO yang kebetulannya adalah saudara isteri saya.

Saya juga tak pernah kenal aktivis PAS di situ termasuk Ketua cawangannya. Menggigil-gigil tangannya bila dia pegang mikrofon ketika berucap. Kali pertama berucap dikhalayak, depan Adun dan Exco pulak tu.

Bekas ketua UMNO tu pun tak nampak sangat ketokohannya ketika berucap. Bapa mertua saya lagi hebat. Menantu bekas ketua tu khabarnya masih orang kuat UMNO. Kaya pulak tu. Beberapa orang bekas wanita UMNO juga hadir.

Ini kali pertama saya hadir majlis rasmi PAS, berada dalam dewan. Saya sengaja nak kenal aktivis PAS setempat. Selama ini, hanya kenal gitu-gitu di masjid atau di tempat penamaan calon dekat dewan Datuk Ahmad Razali, Ampang.

2 comments:

Anonymous said...

Org bukan islam percaya dgn PAS, Insyallah kita rebut peluang untuk bersatu dalam jemaah dan agama ALLAH.

Yanaam said...

InsyaAllah.