Monday, May 04, 2009

Saya cuba P1 Wimax

Rabu lepas, ada panahan petir berhampiran rumah saya. Suis utama tertutup secara otomatik. Streamyx terus down sampai sekarang. DSL light langsung tak menyala. (hari ini saya cuba di pejabat, DSL light menyala dengan elok).

Sebelum ini, saya sudah 2 kali tukar network card sebab petir. Telefon TM, seperti biasa, mesin akan melayan anda. Anda akan "dihiburkan" dengan iklan yang berulang-ulang. Sudahnya, semua pegawai TM sentiasa sedang sibuk. Ini adalah standard perkhidmatan daripada pembekal internet terbaik di Malaysia.

Hari Jumaat, saya sambar P1 Wimax. Saya ambil pakej Lite. Bayaran RM49 sebulan. Kelajuan 400 kb/s berbanding Stremayx saya, 512 kb/s dengan bayaran RM66 sebulan

Tak sampai sejam (jurujual tu janji sejam), saya sudah boleh melayari internet dengan mudahnya. Kelajuan, saya rasa agak perlahan. Saya tak cuba speedtest.net. Tapi youtube nampak tersangkut-sangkut. Bila download daripada Rapidshare, saya dapati ia sekali ganda lebih laju daripada Streamyx saya.

Saya ada masa sehingga seminggu untuk membuat keputusan sama ada mahu terus gunakan P1 Wimax atau memulangkan modem dan mendapatkan semula deposit RM100.

Kalau anda belum ada streamyx, tiada line telefon dan berada dalam coverage wimax, anda elok mencuba. Syaratnya, anda bukan downloader tegar kerana pakej RM49 hanya hadkan 5GB download sebulan. Setakat melayari internet news, blog, email, internet banking, youtube dan sesekali download musik; saya rasa tak ada masalah. Tapi kalau dok tenet daripada pagi sampai malam setiap hari, cuba pakej mahal sikit lah. Kalau anda kaki download movie dan game, pastikan anda tidak download lebih had setiap bulan.

Setakat hari ini, saya rasa ia berbaloi. Tapi saya sudah ada streamyx dan saya rasa itu sudah memadai. Mungkin saya akan pulangkan P1 modem minggu ini.

No comments: