Tuesday, August 25, 2009

Pegawai masjid di Selangor diberi kuasa banteras jenayah Syariah

Laporan Berita Harian menyebut,
"Pegawai masjid iaitu nazir, imam, bilal dan siak boleh menangkap orang Islam yang melakukan kesalahan jenayah syariah mengikut Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995."

Laporan Utusan Malaysia menyebut,
"Dr. Hasan berkata, pegawai masjid yang mempunyai surat kuasa itu bagaimanapun tidak boleh menangkap pesalah tetapi hanya mengambil butiran diri dan jenis kesalahan serta barang kes untuk diserah kepada Pegawai Penguatkuasa Agama untuk tindakan lanjut."

Satu kata boleh tangkap, satu lagi kata tak boleh tangkap. Yang mana satu yang betul ? Khabarnya, ia juga mempunyai kuasa untuk membuat serbuan kes maksiat seperti khalwat dan zina. Mereka yang diberi kad kuasa akan diberi kursus terlebih dahulu. Mereka bukanlah skuad skodeng. Mereka akan bertindak selepas menerima aduan. Kalau dah terima aduan, maknanya maksiat tu dah berleluasa, secara terang-terangan tanpa selindung atau rasa bersalah lagi. Kaedah pencegahan ini akan diperbaiki dan dipertingkatkan dari semasa ke semasa.

Pencegahan melalui tangkapan dan hukuman memang bukan merupakan jalan terbaik. Yang terbaik ialah melalui pendidikan dan pentarbiyahan. Tetapi, bila tiada pencegahan melalui penguatkuasaan, ia mula menjadi "alah bisa tegal biasa". Akhirnya ia menjadi berleluasa.

Masyarakat setempat perlu bertanggung jawab dengan maksiat di persekitaran mereka. Mereka perlu peka, "menjaga tepi kain orang" atau lebih tepat lagi menjadi mata dan telinga kepada pihak yang diberi kuasa dalam hal mencegah maksiat dan jenayah.

Harapannya selepas ini, kes-kes maksiat semakin berkurangan di Selangor. Teringat dulu, bila skuad Badar ditubuhkan di Selangor, hingga berlaku pergaduhan antara penguatkuasa dengan pelaku maksiat. Anehnya, pihak keluarga pelaku maksiat tampil membela keluarga mereka yang kononnya dikasari dan dipukul. Dah sah dah dia melawan, sebab tu jadi macam tu. Kalau dia akur dengan pegawai pencegah maksiat ketika ditahan, tak kan pegawai tu saja-saja nak belasah dia. Berhari-hari masuk suratkhabar dan tv. Tak pasal-pasal pegawai tu pula disiasat untuk diambil tindakan.

2 comments:

Bila Diary Bercerita said...

Bab menjaga tepi kain orang ni, ada satu cerita.

Si A selalu nampak anak dara si B duduk bersidai berdua dengan teman lelaki ditempat gelap.
Dengan niat ikhlas si A memberitahu si B akan perihal anak daranya. Kut-kut nanti boleh dinasihati.

Alih-alih anak dara si B dengan beraninya menyerang rumah si A dan memaki hamun seisi keluarga.

Terkedu si A. Lantas berfikiran malas nak masuk campur lagi tetapi habis dicanang pada jiran-jiran akan perihal anak dara itu.

Sekarang siapa yang malu?

Yanaam said...

Masalahnya, orang yang buat maksiat ni dah dicabut rasa malu dalam dirinya. Malah ada yang berlagak macam bangga pula.