Tuesday, September 08, 2009

UMNO sedia bekerjasama dengan PAS demi Islam - Najib

Begitulah bunyi tajuk berita radio RTM pagi tadi. Kata Najib, "Jika nak buat baik, buat cara baik. Jangan persoalkan akidah (keislaman) kita (Umno). Jangan kata kita (Umno) ini (Islam) luaran saja, dalaman bukan (Islam), ini boleh timbulkan kekalutan dan kekeliruan dalam masyarakat."

Orang memang suka mengata berdasarkan kepada imej luaran kita. Sebabnya, manusia tidak mungkin dapat melihat isi hati orang lain. Sebab itu, adalah salah untuk mengatakan "imej luaran itu tak penting, yang penting ialah hati yang ikhlas".

Apa yang orang kata kepada kita, itu tak lah penting sangat. Islam luaran, Islam separuh-separuh atau Islam sepenuhnya. Yang lebih penting ialah apakah kita benar-benar sudah menghayati Islam ?

Kalau kehidupan kita tak menampakkan ciri-ciri Islam, macam mana orang nak kata kita Islam sebenar ? Kalau tindak-tanduk kita menunjukkan lagi kejahilan kita kepada Islam (macam penunjuk perasaan di Seksyen 23), macam mana nak kata "Lihatlah indahnya Islam seperti yang kami amalkan."

.............................................................

Malam tadi, exco agama Selangor, Dato Hassan Ali datang menunaikan solat terawikh di masjid Jami'ul Huda, Kg Melayu Ampang. Saya rasa, kedatangan beliau tak dimaklumkan terlebih awal. Sebelum ini, bila pegawai daerah nak datang, ada dibuat pengumuman di masjid. Hassan diberi penghormatan mengimamkan solat Isyak hingga witir selain menyampaikan tazkirah.

Kira-kira hampir seminggu lepas, YB Azmin Ali (PKR - Dun Bkt. Antarabangsa) juga hadir menunaikan solat terawikh di masjid yang sama. Kedatangan beliau juga secara senyap-senyap. Mungkin hanya dimaklumkan kepada AJK masjid beberapa jam sebelum datang. Jadi tiadalah persiapan apa-apa untuk menyambut di pintu masjid. YB Zuraidah (PKR - Parlimen Ampang) memang selalu solat jemaah di sini kerana rumahnya kira-kira 500 meter sahaja daripada masjid. Kadang-kadang, solat asar pun dia datang.

Ia mungkin isu kecil sahaja, tetapi semoga Allah beri rahmat dan keberkatan kepada kerajaan Selangor dan seluruh rakyat dan negeri Selangor.

Kalau dulu, memang tak pernah nampak muka YB datang ke masjid ini. Mungkin masjid lain kot. Jangan kata YB, Pengerusi JKKK pun hanya kelihatan di masjid sekali dua di bulan ramadhan. Hari-hari biasa, AJK masjid pun tak nampak muka. Kalau YB datang senyap-senyap lagu tu, memang tak jumpa muka lah dia orang. Dulu, kalau exco atau YB nak datang masjid, pasti diwar-war lebih awal, parking direserve, jamuan lebih istimewa, AJK masjid berbaris, segak bersampin, mungkin ada banner "Selamat datang", ucapan alu-aluan pengerusi atau nazir masjid dan entah apa-apa lagi.

..............................................................

Berbalik kepada penghayatan Islam, adakah dengan memakai jubah dan serban, kita dikira menghayati Islam ? Adakah dengan bertudung labuh, kita dikira menghayati Islam ? Adakah dengan mendedahkan aurat, kita yakin kita ikhlas mahukan Islam ? Baca fatihah pun tak betul tajwidnya, kuliyah tajwid tak mahu hadir, kita percaya Islam kita diterima Allah. Bila tazkirah, kita gelisah atau pergi bersembang di belakang masjid, sambil hisap rokok, lalu kita mengaku, kami pun mahu Islam juga, Islam kami Islam luar dan dalam.

1 comment:

Yanaam said...

UMNO dah bertahun-tahun lebih mementingkan MCA, MIC, Gerakan, PPP, PBS daripada PAS. Bila PAS berkrisis (angkara campur tangan UMNO), PAS dihalau keluar daripada BN. Bila MCA berkrisis, UMNO jadi orang tengah tolong selesaikan.

Bila dah tersepit, baru nak mengaku saudara.

Bila BN menang besar, kononnya Melayu bersatu. Bukankah selama ini yang beri kemenangan besar kepada BN ialah bukan Melayu ? Bila BN tinggal nyawa-nyawa ikan, kata Melayu berpecah. Bukankah sokongan Melayu kepada UMNO tak terjejas. Yang hilang pengaruh ialah MCA, Gerakan, PPP dan MIC.

UMNO kini termakan fitnah yang diciptanya sendiri. PAS tak perlu takut dengan DAP kerana PAS sentiasa yakin, Allah sentiasa bersama dengan orang yang sabar yang berjuang dijalanNya.