Monday, April 30, 2012

Siapa punca sekatan ke Dataran dirempuh ?

Anwar dan Azmin telah menafikan bahawa mereka telah mengarahkan supaya penyokong Bersih 3 merempuh sekatan.

Selepas menonton video yag dikatakan Anwar dan Azmin yang mengarahkan, saya buat kesimpulan begini.
Sama ada Anwar dan Azmin mengarahkan atau tidak, mereka adalah punca sekatan itu dirempuh. Isyarat, tindak tanduk dan ucapan mereka sepatutnya jelas supaya jangan rempuh sekatan.
Mereka boleh berdolak dalik mengatakan kesalahan menipu dalam pilihan raya lebih besar berbanding mengalihkan sekatan itu. Hakikatnya, mereka adalah punca sekatan itu mula dirempuh.
Memang Dataran Merdeka sepatutnya tidak disekat dengan arahan mahkamah. Demonstrasi ini boleh menjadi aman jika pihak berkuasa tidak menghalang. Jika diberi lampu hijau, pasti ia akan berlangsung dengan aman.
Kedegilan pihak berkuasa yang sengaja mereka-reka alasan diikuti keegoan dan kelicikan Anwar berdolak dalik membuka pintu kepada musibah lebih besar.
Anda yang buat keputusan, anda perlu bertanggung jawab dengan keputusan anda. Rakyat bukan bodoh. Asalkan rakyat menerima maklumat yang jelas, benar dan tepat, rakyat boleh fikir. Rakyat jadi bodoh bila maklumat sebenar disembunyikan dan hanya disogok dengan cerita sebelah pihak.

Polis tak akan dapat kesan siapa mereka



Ketika era reformasi, media massa berjaya merakam adegan ganas kenderaan TV3 dikasari, dipeahkan dan dijahanamkan.
Selepas itu, tiada siapa yang ditangkap polis. Kita tak pernah dengar siapa2 didakwa dimahkamah atas kesalahan itu walaupun kualiti gambarnya baik dan jelas.

Dalam demonstrasi bersih kelmarin, lensa kamera berjaya merakam wajah orang yang mula2 memecahkan benteng polis. Selepas ini, saya tak fikir polis akan tangkap mereka atau berita penangkapan dan pendakwaan mereka akan disiarkan di media utama.

Pihak media utama juga berjaya menyembunyikan berapa besarnya kelompok yang menyokong pilihanraya yang bersih dan adil.

Mereka bukan mahu Najib letak jawatan. Mereka bukan mahu heret Najib ke mahkamah. Mereka bukan mahu Najib bubar parlimen. Mereka bukan mahu ambil alih kuasa. Mereka hanya menuntut pilihanraya yang adil dan bersih.

Saya pun tak percaya pilihanraya di Malaysia ini adil dan bersih. Penipuan paling banyak berlaku di tempat2 yang panas atau dipanggil kelabu. Sejak tahun2 60an hingga kini, penipuan sentiasa dirancang dan tekniknya sentiasa diperbaharui. Keganasan Umno juga sudah bermula sejak tahun2 60an. Bila sebut Umno, mangsa utama merka sudah tentu Pas.

Sebab itu saya tidak akan sokong parti yang sudah sebati dengan menipu untuk menindas dan memastikan Islam hanya sekadar adat dan bukan penghayatan.
Posted by Picasa

Monday, April 23, 2012

LGBT

Asal ada yang bantah LGBT, ia dilihat sebagai sindiran kepada Anwar. Memang puak UMNO menggunakan anti LGBT sebagai alat sindiran kepada Anwar. Tetapi tidak sepatutnya pihak yang menzahirkan anti LGBT itu dilabel sebagai anti Anwar. LGBT memang suatu penyakit dan ia tidak perlu diberi simpati. Hanya kerana UMNO labelkan Anwar sebagai gay, maka kita tidak mahu tunjukkan yang kita anti gay. Itu tak kena. Nasha Mat Isa semalam berada di pentas yang menyentuh isu LGBT. Maka ramai penyokong PR yang terburu2 nak hentam dia. Apakah semua yang mengkritik LGBT sudah dilihat sebagai menyindir Anwar ? Gay bukan semestinya lelaki lembut. Lelaki lembut bukan semestinya gay. Setakat ini, puak Umno hanya berminat untuk mempolitikkan isu gay dan lesbian, tetapi tiada akal untuk menanganinya. Tiada rancangan yang disusun atur untuk berdepan dengan isu ini. Tiada apa2 di TV, radio dan akhbar utama kecuali sekadar alat mainan politik semata2. Dan penyokong kedua2 pihak parti politik terikut2 rentak yang dimahukan oleh puak Umno.

Thursday, April 19, 2012

Fatwa tidak boleh dicabar di mahkamah

Saya rasa, tak ada apa cacatnya jika undang2 "fatwa tidak boleh dicabar di mahkamah" di wujudkan.

Bukan fatwa itu tak boleh dibahas, dibincang atau dikaji semula, cuma tak boleh dipertikai di mahkamah saja. Ia supaya keputusan jawatan kuasa fatwa menjadi tertinggi, lebih tinggi daripada mahkamah.

Keputusan mahkamah lagi teruk, tak boleh dipertikai dan dikritik, malah boleh dihukum pula atas alasan menghina mahkamah. Demokratik kah begitu ? Perkara dalam DUN dan Parlimen pun tak boleh dibawa ke mahkamah. Pun tak demokratik juga.

Demokratik bukan isunya di sini. Ada perkara memang tak sesuai untuk diselesaikan di mahkamah, tetapi bukan bermakna ia tidak boleh dibincang semula selepas fatwa itu dikeluarkan.

Saya setuju, fatwa bukannya muktamad malah boleh berubah mengikut tafsiran baru ulama.

Tuesday, April 17, 2012

Janji-janji Pakatan Rakyat

Lim Kit Siang hari ini berjanji untuk membentuk suruhanjaya diraja (RCI) berhubung skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) sekiranya berjaya menawan Putrajaya


Saya rasa, janji seperti ini bukan sahaja lebih manasabah malah lebih mudah untuk dilaksanakan dan lebih menarik daripada janji2 yang berbentuk terlalu memanjakan rakyat seperti itu ini semuanya percuma.

Dalam janji2 yang lepas pun, PR terpaksa mengambil masa yang lama untuk dilaksanakan, atau tidak dilaksanakan sepenuhnya bagai diimpikan rakyat, sebaliknya hanya sebahagian sahaja. Ia lebih berbentuk sekadar lebih baik daripada era kerajaan sebelumnya.

Menjanjikan tol dihapuskan, rakyat terbayangkan "tol free" di semua lebuhraya. Hakikatnya, belum tentu free sepenuhnya atau free semuanya.

Menjanjikan pendidikan percuma, saya juga percaya pasti ada caranya tetapi bukan sebagai yang difikirkan oleh rakyat, seolah2 tiada bayaran langsung.

Air percuma di Selangor misalnya sebenarnya hanya 20 meter padu sahaja. Itupun mengambil masa yang lama untuk dilaksanakan sebelum semua lapisan rakyat dapat menikmatinya.

Lebih baik janji untuk siasat dakwaan Mahfuz mengenai SPRM dan Pendaftaran Negara, skandal IC palsu di Sabah, skandal NFC, skandal PKFZ dan banyak lagi skandal yang besar2 mahupun yang kecil2. Ia lebih mudah untuk dilaksanakan dan boleh pula disegerakan.

Kepada mahasiswa di Dataran, jangan "Nnebeng dan Ddo'oh sangat". Ramai yang menyampah sedangkan perjuangan anda sepatutnya disokong. Buktikan kematangan anda dalam membuat tuntutan.

Thursday, March 08, 2012

Bila ulama dizalimi dan difitnah

Pada 1985, seorangulama di utara tanah air dibunuh kejam bersama pengikutnya. Mereka turut difitnah sebagai musyrik, guna tangkal. Keluarga mereka teraniaya, terhukum dan terfitnah.

Setahun selepas itu, ekonomi negara semakin gawat. Tahun berikutnya pula, kegawatan ekonomi membawa kepada perpecahan UMNO, UMNO diisytiharkan haram, ahlinya terpecah dan kuasanya di Kelantan terlepas.

Pada tahun 1997, seorang mufti dipecat dengan penuh tipu muslihat. Beberapa ulama lain digam daripada ke udara di tv dan radio.

Tahun berikutnya, ekonomi gawat, UMNO terbelah lagi, sebuah negeri lagi terlepas daripada UMNO walau cuma sepenggal. Juga berlaku krisis air yang sangat teruk di lembah Klang pada waktu itu. Jerebu melampau turut melanda.

Kebetulannya, ia berlaku pada era Mahathir. Era Mahathir yang panjang dari 1980 hingga 2003 menyaksikan beberapa perkembangan menarik tentang Islam seperti Uniersiti Islam, ekonomi Islam, juga peristiwa buruk seperti yang saya bawakan di atas.

Memang kita selalu kaitkan dengan faktor duniawi sahaja, faktor hubungan manusia dengan manusia, kebijaksanaan manusia, kelalaian manusia, kesilapan luar jangka, ketamakan dan sebagainya.

Tapi kita lupa kaitkan dengan hubungan kita dengan Allah, keangkuhan kita, maksiat kita, zalim kita, jahil kita, menghina sunnah, menghina nabi, menghina hukum Tuhan, mempersendakan ulama malah menzalimi dan memfitnah mereka.

Apakah kita fikir Allah akan membiarkan kita berbuat sesuka hati sedang kita mengaku Islam ?

Al Ankabut (Surah 29 ayat 2-3)
2: Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (sahaja) mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka belum diuji?
3: Dan sesungguhnya Kami (Allah) telah menguji orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang yang benar, dan sesungguhnya Dia (Allah) mengetahui orang yang dusta.

Kenapa manusia engkar (kufur)?

Thursday, March 01, 2012

Peningkatan Kutipan LHDN Tahun Lepas Pencapaian Luar Biasa - Najib


Kerugian syarikat penerbangan negara berjumlah RM2.52 bilion adalah satu pencapaian yang luar biasa. Ia perlu ditanggung bersama oleh rakyat. You help me, I help you.

ooppppsssss.... salah skrip.

CYBERJAYA: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kejayaan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) meningkatkan kutipan hasil tahun lepas hampir 27 peratus lebih tinggi berbanding tahun sebelumnya, merupakan satu pencapaian luar biasa.

Perdana Menteri berkata kejayaan badan itu mengutip hasil RM109.7 bilion tahun lepas, bukan sahaja membolehkan kerajaan menyediakan lebih banyak perkhidmatan kepada rakyat tapi ia juga dapat memberi rangsangan kepada sektor swasta untuk meningkatkan pelaburan mereka.

50 jawatankuasa madrasah



Tu dia... Jemaah madrasah ada 2 orang je. Tu pun untuk solat zohor dengan asar je. Waktu lain tak de jemaah.

AJK madrasah ada 50 orang.

Wednesday, February 29, 2012

Kenapa undi Melayu pecah ?

Bagaimana pendapat anda ? Adakah pecahan undi Melayu membimbangkan ? Perlukah Melayu bersatu hanya di bawah satu parti politik sahaja ? Bangsa lain bagaimana pula ? Lantak dia ? Adakah anda lihat perpecahan undi bukan Melayu merugikan atau menguntungkan mereka ?

Orang Cina pun berpecah juga. Tetapi perpecahan mereka dilihat tidak merugikan mereka tetapi menguntungkan mereka. Mereka ada alternatif dan mereka manfaatkan kelebihan itu.

Malangnya Melayu gagal memanfaatkan kewujudan lebih daripada satu parti politik dominan Melayu.

Bagi saya, lebih baik bagi orang Melayu mempunyai pilihan. Ketika BN berkuasa besar, Melayu didakwa sebagai bersatu walhal kemenangan besar BN adalah atas faktor undi Cina dan India. Bila kuasa UMNO tergugat selepas undi Cina dan India tidak terlalu berpihak kepada BN, Melayu dikatakan berpecah.

Sekian lama orang Melayu hanya percaya dengan kata2 UMNO sahaja. Sebelum ini, mereka tidak mahu mendengar bantahan atau rungutan rakyat. Selepas mereka alami kekalahan, barulah mereka nak mengaku mereka buat silap seperti yang diakui sendiri Najib di Selangor.

Bayangkan kalau BN masih berkuasa di Selangor, adakah Khir Toyo akan didakwa di mahkamah ? Adakah projek perumahan terbengkalai akan dipulihkan sebegitu pesat seperti sejak 4 tahun lalu ? Di Kedah pula, adakah hasil kerajaan negeri akan bertambah seperti sekarang ? Adakah BN akan beri wang BR1M RM500 ? Adakah BN mahu mengaku ada buat silap ?

Orang Melayu wajar punyai pilihan lebih daripada hanya satu parti politik. Jika itu dilihat sebagai perpecahan, ia sebenarnya mengandungi banyak hikmah. Ia tidak merugikan Melayu pun. Sekarang, sekolah2 agama rakyat misalnya semakin bertambah baik. Ramai orang Melayu yang kerugian beribu2 ringgit kerana rumah dibeli terbengkalai kini tidak lagi rasa kerugian membuat bayaran setiap bulan kepada bank. Ada yang sudah tidak menyewa lagi dan duit sewa dapat dimanfaatkan untuk benda lain yang lebih perlu.

Perlukah kita bersatu mempertahankan sebuah kuasa yang rasuah ? Salah guna kuasa berleluasa, banyak perjanjian2 yang tidak menguntungkan rakyat seperti projek lebuh raya, NFC, tanah rizab Melayu yang mengecut, peruntukan untuk SAR yang ditahan, perjanjian air dan banyak lagi. Ketika PAS berada dalam BN, MB PAS pun adalah MB pilihan UMNO. Tiada istilah UMNOisme berbanding ANWARisme hari ini. PAS jadi pak turut, yes man sahaja.

Dalam PR, PAS ada suaranya sendiri, PKR ada suaranya sendiri dan DAP ada suaranya sendiri. Masing2 ada kuasa sendiri dan masing2 saling menhormati. Bukan demokrasi terpimpin seperti dalam BN. Bukan dibuli UMNO, bukan dimonopoli UMNO.

Biarlah Melayu berpecah kerana perpecahan itu ternyata membawa kebaikan kepada Melayu. Kalau melayu mahu jadi kuat, berpegang teguhlah kepada tali Allah. Tanya UMNO, UMNO berpegang teguh pada tali Allah kah ? Pemimpin UMNO berpegang teguh kepada syariat Allah kah ? Kalau ye, kenapa wujud perjanjian2 yang merugikan rakyat. Kenapa menipu rakyat ? Kenapa rasuah ? Kenapa abaikan keluhan rakyat ? Kenapa tidak peduli masalah rakyat ? Kenapa SAR dianiaya ? Kenapa tanah rizab Melayu mengecil ?

Monday, February 27, 2012

Sekeping gambar mengandungi seribu kata


Syukur Hassan dipecat. Kalau tak dipecat, tentu dia tak segigih ini memperjuangkan Islam, Melayu dan Raja. Kalau tidak, siapa nak perjuangkan akidah umat Melayu dan akidah Raja2 Melayu ?


Papan tanda PAS dikhianati, siapa nak kesah. Kalau papan tanda UMNO, tentu heboh dalam media.

Wednesday, February 22, 2012

Isu penyenaraian FGVH

KUALA LUMPUR, 22 Feb: Veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah berpendapat usaha kerajaan untuk menyenaraikan Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd (FGVH) ke Bursa Saham Malaysia sesuatu yang bahaya kepada masa depan peneroka.

Ahli Parlimen Gua Musang itu yang ditemui Harakahdaily semalam berkata, beliau diberitahu banyak pihak bahawa apabila disenaraikan, bererti pemilikan harta khususnya tanah peneroka akan terdedah kepada pasaran terbuka.

Apabila terdedah di pasaran terbuka katanya, sesiapa sahaja termasuk pihak asing boleh datang untuk membeli saham tersebut dengan berapa harga sekalipun sekiranya mereka mampu.

Ianya akan menyebabkan peneroka bakal berdepan resiko kehilangan aset tanah-tanah mereka sekiranya pemegang saham menjual pegangan mereka.

"Kalau harga melonjak naik, pemegang saham nak rasa keuntungan, sudah tentu dia akan jual (kepada pihak lain)... bodoh la kalau tak jual untuk ambik kesempatan keuntungan.

"Akhirnya tanah yang kita miliki dahulu sudah hilang kerana orang lain sudah memiliki saham yang mempunyai hak ke atas tanah milik kita dahulu. Itu suatu yang bahaya!," katanya yang lebih mesra dengan panggilan Ku Li.

Betul kata Ku Li. Orang Felda ni tahu ke pasal risiko untung rugi ? Risiko penyenaraian awam ? Bagaimana mahu mengaut untung melalui pasaran saham ?

Kalau dah ada saham, apa yang mereka perlu buat ? Simpan saja sampai mati ? Atau jual ketika harga tinggi dan beli ketika harga rendah ?

Kalau peneroka mati, bagaimana pula saham itu nak diagih2kan secara faraidh ? Sudahnya, tergadai juga tanah pusaka di Felda.

Akhirnya jadi macam Melayu Pulau Pinang yang gadai tanah kepada ceti. Hari ini,anak cucu dihalau daripada tanah pusaka orang tua. Bukan salah kerajaan melainkan kerana kejahilan sendiri juga.

Kata Ku Li lagi, "Ini mati hidup peneroka ke atas tanah yang mereka telah usahakan selama ini. Kalau tanah itu dijual oleh kerana saham dijual, maka kita tak ada lagi hubungan dengan tanah itu malah tak ada hak pun nak duduk di situ."

Peneroka dan anak cucu mereka benar2 faham ke ?

Mahathir : Manusia sepatutnya hanya tunduk kepada ALLAH

SHAH ALAM - Tun Dr Mahathir Mohamad mempertikaikan langkah Pas yang mahu mewajibkan calonnya, yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-13, mengambil sumpah bai'ah atas alasan ia seolah-olah menunjukkan ahli-ahlinya tunduk kepada pemimpin mereka.

Bekas Perdana Menteri berkata, manusia sepatutnya hanya tunduk kepada ALLAH dan bukan kepada sesama manusia.

Beliau yang juga bekas Presiden Umno memberitahu bahawa pemimpin-pemimpin Pas juga merupakan manusia biasa, bukannya Nabi atau raja.

Seingat saya, UMNO pun ada ikrar taat setianya. Baru tahun lepas TPM Muhyiddin mengetuai lafaz ikrar.

Mahathir juga adalah PM yang memperkenalkan "aku janji" kakitangan kerajaan. Ketika itu, dia tidak pula menyebut manusia sepatutnya hanya tunduk kepada ALLAH dan bukan kepada sesama manusia. Tidak disebut pula kerajaan hanya manusia biasa, bukan Nabi atau Raja.

Tun memang mudah lupa atau buat2 lupa.

Thursday, February 16, 2012

Upacara agama vs upacara adat

Hari ini, Mufti Perak mengesahkan bahawa Najib tidak menggadaikan akidah pada acara sambutan hari Taiphusam 2012 baru2 ini.

Sementara di pihak lagi satu, disebarkan bagaimana Anwar menyertai satu majlis Ponggal. Siap ada tanda kunyit di dahi.




Isu yang di"highlight" ialah adakah ia upacara adat atau upacara agama.

Ramai tukang komen kata, kalau upacara adat, tak mengapa, kalau upacara agama, itu HARAM.

Saya tak pasti dalil yang mengatakan ia tak mengapa. Memang ada ijmak yang melarang kita menyambut, meraikan agama lain terutama pada hari perayaan keagamaan.

Thaipusam, terang2 hari keagamaan. Ponggal, kurang jelas. Ada yang kata adat, ada yang kata Hindu.

Soalnya, benarkan upacara adat dibolehkan kita pergi merai dan bersama2 mereka memeriahkan majlis ?

Adat melayu sendiripun, kalau jelas bertentangan dengan akidah, kita kena tinggalkan juga. Tak kira apa asal usulnya.

Pesta main pantai Terengganu misalnya hanya adat. Tiada asal usul mana2 agama baik Hindu mahupun Buddha. Begitu juga dengan upacara menepung tawar. Adat2 ini wajib kita tinggalkan dan jangan memeriahkannya semula. Permainan kuda kepang, jua adat dan budaya tetapi sudah difatwakan syirik kerana ada unsur2 pemujaan.

Rasulullah bukan sekadar berdakwah membetulkan akidah Arab, Nasrani dan Yahudi tetapi juga adat2 jahiliyah.

Sama ada adat itu bersumber daripada Nasrani, Yahudi, Majusi atau apa2 bangsa sekalipun termasuk adat dan budaya Arab.

Sebagai orang biasa, elakkanlah daripada terlibat secara sukarela merai dan memeriahkan majlis yang pelik2 termasuk adat orang asli, adat2 suku di Sabah dan Sarawak.

Bagi pemimpin pula, adalah lebih baik mereka mengelak daripada menyertai majlis2 seumpama itu. Oleh kerana kita negara majmuk yang menagih undi daripada semua kaum, para cendekiawan Islam perlu fikirkan apakah yang boleh dan tidak boleh sebagai garis panduan kepada pemimpin Islam khususnya supaya pendirian itu dapat difahami dan dihormati oleh yang bukan Islam.

Saya cenderung kepada; elakkan daripada tindakan yang seolah2 kita merestui kepercayaan karut mereka termasuk upacara perayaan Tahun Baru Cina seperti tarian Naga dan Tarian Singa. Saya sedar, ia mungkin hanya cara mereka berhibur pada hari perayaan itu dan pemimpin Islam pula perlu berhikmah dalam menyampaikan mesej dakwah bahawa Islam itu indah.

Ghairah sangat menagih undi sampai mendahului hukum. Bila pemimpin tertinggi sudah buat, jawatan kuasa fatwa dan mufti2 termasuk dewan ulama mula mengelabah nak ulas.

Wednesday, February 15, 2012

Mengharapkan kemenangan, bukan menjangkakan kemenangan

Banyak pihak membuat ramalan pilihan raya. Ia tak susah. Letak je mana2 tarikh yang dikira manasabah. Salah, bukan kena bayar pun. Salah, bukan ilang kredibiliti pun. Sebab kita cari makan bukan dengan membuat ramalan.

Tarikh yang di ramal, tentu ada pertimbangan dan rasionalitinya.

1. Tidak sesuai mengadakan pilihan raya pada bulan puasa terutama dah hampir nak raya. Pernah pilihanraya negeri di Sabah dibuat pada bulan puasa. Sabah boleh lah.
2. Tidak sesuai buat pilihanraya pada masa kemuncak musim haji kerana UMNO yakin undi Melayu/Islam memihak kepadanya.
3. Kurang sesuai buat pilihanraya pada musim peperiksaan dan musim hujan.
4. Tidak bijak mengadakan pilihanraya pada hujung penggal pemerintahan kecuali jika BN betul2 yakin boleh kuasai sokongan seperti pada tahun 1974 (PAS dan Gerakan baru masuk BN) dan 1978 (PAS sedang berpecah).

Mungkin ada beberapa kriteria lagi yang boleh ditambah termasuk kesediaan jentera BN, laporan risikan dan sebagainya.

Saya kira, tidak bijak kalau Najib tangguh pembubaran parlimen hingga tahun depan kecuali dengan penuh keterpaksaan.

Bulan puasa (Julai 2012) akan diikuti musim haji, musim periksa dan musim hujan. Kalau selepas raya, cuma ada sedikit sahaja ruang untuk berpilihan raya. Mungkin boleh dipertimbangkan.

Tidak hairanlah ramai yang buat ramalan ia akan diadakan selewat2nya Jun 2012.

Saya yakin PR akan menang di Perak dan Selangor selain P.Pinang dan Kelantan. Dari segi harapan, saya tambah di Terengganu, Kedah dan pertambahan kerusi PR di beberapa negeri BN.

Peluang PR rampas Putrajaya ada tetapi tipis. Kecuali berlaku tsunami kedua, ia pasti berlaku. Saya bimbang beberapa kerusi PR akan tumbang terutama jika melibatkan tokoh2 yang berkaliber.

Pada tahun 80an atau 90an, seorang menteri ada berkata, BN ada lebih 90 cara untuk menang dalam pilihan raya. Kalau tak silap, yang kata tu ialah Musa Hitam.

Saya tak pasti, cara itu masih terpakai hingga kini atau sudah diubah suai mengikut tempoh masa dan teknologi terkini. Sebabnya, sejak itu, sudah beberapa kali UMNO terpecah. Rahsia mereka sudah dihidu oleh bekas jentera mereka sendiri.

Cara paling berkesan ialah mengubah sempadan pilihan raya. Sebab itu setiap dua penggal, BN pasti menang besar. Oleh kerana BN tiada majoriti 2/3, strategi ini tidak dapat diaplikasikan kali ini.

Kita cuma mengharapkan Malaysia akan menjadi lebih baik, dari segi politiknya, ekonominya, urus tadbirnya, kestabilannya, keadilannya, kemakmurannya dan paling penting ialah syariahnya. Percayalah, semakin kerajaan mesra syariah, semakin makmur negara kita. Semakin berkat rezeki kita, semakin negara dan rakyat mendapat rahmat ilahi.

Wednesday, February 08, 2012

Kisah disebalik Akta Petroleum

Saya jarang benar cedok berita daripada blog lain. Tetapi yang ni, saya rasa perlu untuk bacaan, tatapan dan pengetahuan semua.

----------------------------------------------
MSK menulis :

Aku cedok berita dari Malaysia Today supaya orang Pakatan berhati-hati bila buat sesuatu. Takut nanti kena balik. Zaman sekarang bukan cerita dari sebelah pihak saja..maklumat datang dari pelbagai sumber.

Dalam episod pertama, Raja Petra tulis tentang royalti minyak.
Sekarang ni…senang saja kita nak kutuk BN pasal tak bagi royalti minyak kat negeri-negeri. Tapi bila dibuka balik sejarah lama..rupa-rupanya..bukan Anwar saja yang patut dipersalahkan, Pas juga patut dipersalahkan.

Pakatan dan BN sekarang sama-sama bercakap tentang berapa royalti yang patut diberikan kepada negeri-negeri. Serupa saja. Sepatutnya, Pakatan dan BN bercakap tentang berapa royalti yang patut diambil dari negeri-negeri.
Minyak dan gas adalah milik negeri. Ini disebut dalam Perjanjian Malaysia dan sebelumnya Perjanjian Persekutuan. Dalam perjanjian tersebut, semua hasil bumi adalah milik negeri.

Walaupun beberapa perkara lain seperti pertahanan, keselamatan dan dasar luar adalah hak Persekutuan tetapi ugama dan hasil bumi sepatutunya menjadi milik negeri-negeri.
Air, balak, tanah, pasir, bahan galian semuanya milik negeri termasuk minyak dan gas. Ini yang dikatakan sumber alam. Oleh itu, ianya 100% milik negeri..bukan 5%, 20% ataupun 50%.

Sekarang ini, Umno mengelirukan kita. Mereka bercakap seolah-olah semua sumber alam kecuali minyak dan gas adalah milik negeri manakala minyak dan gas milik kerajaan persekutuan. Ini tak betul. Ini bercanggah dengan Perjanjian Malaysia. Tapi mengapa Pakatan pun cakap macam BN dan bercakap tentang berapa peratus yang hendak diberikan kepada negeri-negeri?

Minyak dikhabarkan dijumpai di Terengganu lama sebelum 1972, semasa Dato Nik Hassan bin Wan Abdul Rahman menjadi Menteri Besar Terengganu dan Tun Razak menjadi Perdana Menteri. Aku kata khabar angin sebab penemuan minyak tidak pernah diumumkan secara rasmi tetapi hanya dibisikkan dikalangan yang berkuasa.

Pasai apa nak sorok? Sebab kerajaan mahu mengetatkan beberapa skru yang longgar sebelum mengumumkan penemuan minyak tersebut. Mereka mahu memastikan minyak ini dipindahkan ke kerajaan Persekutuan. Kalau tidak, 100% daripada hasil minyak ini akan dapat ke negeri Terengganu.

Dalam masa yang sama, mereka menjual minyak kepada pembeli luar.Minyak dipindahkan dari pelantar minyak ke kapal ditengah-tengah laut dan diekspot. Hanya beberapa orang yang tahu…termasuk beberapa pegawai Petronas.

Lim Kit Siang mengetahui rahsia ini dan heboh la negara bila diberitahu minyak dicuri dari Terengganu. Ada pemberi maklumat didalam Petronas yang memberitahu beliau. Exxon berkomplot dengan Petronas untuk mencuri minyak Terengganu.
Tidak lama selepas itu, Menteri Besar berkonflik dengan Sultan dan dipaksa meletak jawatan. Dia juga diusir dari Terengganu dan tidak dibenarkan kembali ke Terengganu selagi Sultan masih hidup.

Saat yang paling genting dalam episod ini ialah apabila adik kepada Sultan menyerang pejabat Menteri Besar Terengganu dan mengacukan pistol kekepala Menteri Besar. Adik kepada Sultan Terengganu ini juga diusir ke Pahang dan hanya kembali ke Terengganu untuk menghadir pengkebumian Sultan Terengganu.

Sementara itu, Tun Razak merancang bagaimana untuk membawa PAS kedalam kerajaan Persekutuan. Pas perlu di neutralkan sekiranya kerajaan mahu merampas minyak Terengganu. Idea untuk menubuhkan Barisan Nasional diwujudkan dan semua parti termasuk PAS, PPP, Gerakan dijemput menyertai Barisan Nasional.

Pada tahun 1973, Barisan Nasional dilancarkan dan PAS menjadi sebahagian daripada kerajaan Persekutuan. Pada tahun 1974, Barisan Nasional yang baru ditubuhkan ini meluluskan Akta Pembangunan Petroleum dimana minyak dan gas dipindahkan daripada milik kerajaan negeri kepada kerajaan pusat..atau dengan lebih tepat lagi…Petronas.
Untuk mendiamkan negeri-negeri..mereka dibayar 5% royalti.

Kalau kerajaan Persekutuan mempunyai kuasa terhadap minyak dan gas..mengapa perlu meluluskan Akta Pembangunan Petroleum di Parlimen? Ambil saja la. Tapi mereka tak boleh ambil sebab minyak dan gas adalah milik negeri. Oleh itu mereka perlu meluluskan Akta Parlimen untuk menghalalkan pengambil alihan haram harta negeri
Memang la terdapat tentangan dalam hal ini..terutamanya dari Sabah. Tetapi tentangan ini dimatikan apabila semua yang menentang ini mati dalam kemalangan kapalterbang yang penuh misteri dan tidak dapat dijelaskan sehingga sekarang. Dengar ucapan Ku Li dibawah tentang macam mana pemimpin Sabahterbunuh dalam kemalangan kapalterbang.



Pakatan rakyat sepatutnya berhenti bercakap tentang berapa banyak royalti minyak yang patut diberikan kepada negeri-negeri. Ini cakap-cakap BN.
Pakatan sepatutnya cakap tentang berapa peratus yang kerajaan pusat nak ambil. 95% atau 80%? Bukan berapa peratus nak bagi.

Kalau kita nak ikut semangat Perjanjian Persekutuan, Pusat tak boleh ambil apa-apa. 100% adalah milik negeri-negeri. Apa yang Pusat boleh buat ialah dengan mengenakan cukai macam cukai minyak sawit dsbnya. Tak kisah la kalau cukai itu 35% atau 50%. Tapi ianya mestilah berdasarkan cukai keuntungan dari jualan.

Kita selalu bercakap tentang Rule of Law..bukan Rule by Law. Akta Pembangunan Petroleum adalah contoh Rule By Law. Mereka meluluskan undang-undang untuk menghalalkan sesuatu yang haram. …memiliknegarakan harta negeri-negeri.

Kita kena betulkan perkara ini. Yang betul tetap betul..yang salah tetap salah. Kerajaan Pusat mencuri harta negeri sejak 40 tahun lalu dan memberikan 5% daripada pendapatan yang sepatutnya dimiliki 100% oleh kerajaan negeri. Itu realitinya.
Lim Kit Siang tahu perkara ini. Dia adalah orang yang mendedahkannya lama sebelum rakyat tahu bahawa minyak digali di Terengganu. Dan Tun Saleh Abas dari Pas juga tahu perkara ini. Dia merupakan “arkitek” yang membuat deraf Akta Pembangunan Petroleum.

Jangan lagi bercakap tentang berapa nak bagi kat negeri. Kita kena cakap..berapa kita nak ambil dari negeri-negeri.

MSK
--------------------------------------
1. Sama ada perlu diperbetulkan atau tidak, Wallahua'lam.
2. Terserah kepada rakyat dan pemimpin yang dipilih. Sebab pemimpin yang dipilih boleh mempengaruhi pemikiran rakyat, boleh perbodohkan rakyat, menyembunyikan sejarah dan memutar belitkan cerita.
3. Tugas memperbetulkan semula bukan semestinya boleh menjadikan keadaan menjadi lebih baik, lebih adil dan bagus untuk negara.
4. Saya bimbang kemungkinan pemimpin negeri pula menjadi lebih bongkak dan lebih menggila drp KM Sarawak dek kekayaan negeri melebihi kekayaan kerajaan Persekutuan.
5. Kerja memperbetulkan semula bukan semudah memenangi pilihanraya.
6. Tidak mustahil ada lagi nyawa akan melayang seperti mana konspirasi yang dirancang hingga membunuh Tun Fuad Stephen.

---------------------------------------

Saya terkenangkan Almarhum Sultan Mahmud yang beberapa kali cuba membantah pindaan perlembagaan oleh Mahathir tetapi tiada daya sudahnya.

Tetapi pindaan perlembagaan Mahathir (berkait kuasa raja2) ada baik dan buruknya juga. Bila yang baik memihak kepada kita, kita tersenyum. Bila yang buruk terkena kepada kita, kita menyesal.

Tuesday, February 07, 2012

Maulidur rasul

Kata laporan, Nik Aziz dikatakan mendakwa sambutan maulid rasul adalah ditiru daripada Kristian.http://www.blogger.com/img/blank.gif

Lalu ada video clip di Youtube http://www.youtube.com/watch?v=0EMAJPakboo

Kononnya, orang PAS tak ada yang bagi komen padahal komen dikawal oleh admin.

Sebenarnya, video ini sudah diedit. Dalam ucapan penuh Nik Aziz, dia tak sebut pun perkataan bid'ah sambut maulid rasul.

Clip yang lebih lengkap di sini. Sebenarnya, Nik Aziz ada sebut, kalau nak besar2kan maulid rasul, besar2kan lah tapi jgn lupa perkara lebih penting iaitu tarikh nabi mula terima wahyu.

Maknanya, Nik Aziz tak larang sambutan maulid rasul malah dia sendiri ada tulis perutusan maulid rasul dan dia pernah sambut berdasarkan foto yang lepas2.

Begitulah liciknya golongan yang memiliki sifat munafik menyebarkan fitnah.

Saturday, February 04, 2012

Bila Wanita UMNO bermasalah

Dalam setiap kali pilihanraya, wanita UMNO adalah tenaga utama yang berkempen dari rumah ke rumah. Mereka sangat setia, gigih dan memang boleh diharap.

Peranan dan fungsi mereka memang berkesan. Ia diakui oleh parti.

Takdirnya, wanita UMNO hari ini dalam kesulitan. Ketuanya berdepan asakan kawan dan lawan. Naib ketuanya pula diam membisu. Hinggakan ada ketua wanita cawangan yang tak tahu siapa naib ketua wanita UMNO Malaysia. Saya hanya tersenyum bila dengar ketua wanita itu jawab, "Entah !" bila ditanya rakannya, siapa selepas Shahrizat.

Cuma hari ini baru keluar berita daripadanya, Kamilia Ibrahim. Bersuara juga dia akhirnya. Mungkin ada pihak yang menegurnya minta supaya bertindak. Ketika ketua diasak, Naibnya diam membisu. Membela pun tidak, pertahan pun tidak, menyerang pun tidak.

Sudah bersediakah UMNO untuk pilihanraya ?

Friday, February 03, 2012

Ang pow putih - Perkasa tidak mohon maaf

Selepas pertubuhan Perkasa meraikan Tahun Baru Cina kepada warga tua Cina dengan Ang pow putih, ramai menyangka NGO itu sudah memohon maaf.

Hakikatnya, tiada sepatah pun kata maaf keluar daripada pihak Perkasa. Yang ada hanya kata-kata seperti,

- Perkasa mengakui kesilapan yang tidak disengajakan dalam isu ‘ang pow’ sampul putih ini.

- Perkasa akan pastikan yang ia tidak akan berulang lagi. Pada kami, isu ini sudah selesai.

- Insiden 'ang pow putih' telah menjadi pengajaran kepada Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa)supaya lebih berhati-hati.

Perkasa adalah sebuah NGO yang mempertahankan ketuanan Melayu. Mana mungkin seorang TUAN mahu memohon maaf kepada yang BUKAN TUAN.

Ha..ha..ha..

Thursday, February 02, 2012

Azizan : Fokus kita untuk tubangkan Umno-BN

“Saya sudah cakap saya tidak campur tangan dalam urusan KUIN, saya hanya pengerusi lembaga pengarah...saya bukan rektor, saya serahkan kepada KUIN,” katanya.

Dengan nada tegas Azizan mengingatkan Pakatan Rakyat fokusnya adalah untuk mempertahankan Kedah dan menentang Umno-BN pada pilihan raya umum ke-13.

“Kita Pakatan Rakyat, bukan BN...fokus kita untuk tumbangkan Umno-BN."

“Saya nak pertahankan kerajaan negeri Kedah, saya mahu kalahkan Umno-BN...sebab itu saya tidak campur tangan urusan KUIN, biar KUIN selesaikan,” katanya.

Azizan : Saya setuju dengan Buku Jingga

Azizan berkata beliau bersetuju dengan Buku Jingga tetapi pelaksanaan Buku Jingga itu adalah selepas pakatan pembangkang membentuk kerajaan pusat.

"Ada yang boleh digunakan sekarang, ada yang tidak boleh. Setiap negeri ada masalah masing-masing. Ada yang sesuai yang dilaksanakan di Semenanjung tetapi tidak di Sabah dan Sarawak. Ada yang boleh di Kelantan tetapi tidak di Kedah.

"Bukan saya menentang. Buku Jingga tu bagus tetapi ada perkara kena tunggu suasana yang mengizinkan," katanya.