Wednesday, April 15, 2009

Muhyiddin kata media Cina putar belit kenyataannya

“Janganlah sengaja nak membangkitkan isu untuk orang marah saya, (kononnya) sebagai Timbalan Perdana Menteri, saya tidak menghargai sumbangan masyarakat Cina. Pernah ke kita kata begitu?” katanya selepas mendengar taklimat pegawai kanan Kementerian Pelajaran, di sini, semalam.

He..he..

Siapa yang putar belit ni.

Petikan Mingguan Malaysia :

Ini yang mungkin menyebabkan sukar BN mendapat sokongan walaupun kita fikir bila mereka hendak sekolah Cina dibantu, kita bantu, sepatutnya mereka membalas budi. Pada waktu itu, kita pun tidak berharap sokongan kaum Cina akan meningkat 40 peratus dan sebagainya cuma kita berharap ada peningkatan sedikit tetapi apa yang berlaku ia mencatatkan penurunan, macam tidak ada penghargaan terhadap apa yang kita lakukan. ( Mingguan Malaysia )

Sin Chew Daily melaporkan "Muhyiddin - Cina tidak bersyukur kepada BN", Nanyang Siang Pau "Cina kenakan BN. Muhyiddin - Dapat manfaat tetapi tidak beri undi" dan China Press pula "BN rasa tertipu. Muhyiddin - Penuhi tuntutan Cina tapi masih tiada sokongan".

Saya tak nampak apa yang berbelit di sini kecuali kenyataan Muhyiddin sendiri yang menunjukkan dia terbelit.

2 comments:

kekwa66 said...

dah jadi Samy Velu pulak, haha....pandai pusing!

Yanaam said...

Ong Tee Kiat: "Ini bukan bermakna yang saya bersetuju dengan kenyataan beliau bahawa orang Cina tidak tahu berterima kasih."

Ha..ha..ha..

Jelas UMNO beri bantuan sebagai rasuah untuk tarik sokongan. Bila tak dapat sokongan, tanpa malu-malu dia mengungkit.