Monday, October 26, 2009

PMI lawan IRC dalam PAS

PMI lawan IRC dalam PAS

Keributan yang melanda dalam PAS hari ini bukanlah perkara baru. Pertembungan dua kumpulan Pro Islam ini sudah bermula sejak dulu lagi. Oleh kerana saya mula memasuki IPT pada tahun 80an, saya sudah melihat pertembungan ini sejak tahun 80an lagi.

Isunya bukan kerajaan perpaduan. Bukan Hassan Ali, bukan Nasha Mat Isa, bukan Mustaffa Ali, bukan Hadi Awang. Melabelkan kumpulan ini sebagai pro UMNO adalah salah sama sekali kerana kumpulan ini bukan pro UMNO langsung. Kalau sekali sekala terikut-ikut stail UMNO tu mungkin juga lah, tetapi mereka bukan pro UMNO.

Kumpulan ini sudah bertapak di IPT tempatan sejak sekian lama. Ia dikenali sebagai geng usrah, atau kumpulan PMI. Mereka menguasai persatuan mahasiswa Islam di IPT-IPT sejak bertahun-tahun. Mereka mendapat sokongan pensyarah-pensyarah pengajian Islam dan pelajar-pelajar luar negara terutamanya dari aliran pengajian Islam di timur tengah.

Satu lagi puak yang juga pro Islam digelar IRC (dululah, sekarang tak tahu). Mereka mendapat sokongan pensyarah-pensyarah yang moderate dan profesional. Mereka juga mendapat sokongan pelajar-pelajar di luar negara. Kumpulan-kumpulan lain yang lebih kecil seperti ABIM, JIM dan PKPIM, cenderung menyokong kumpulan ini. Dulu, kumpulan inilah yang dilabelkan sebagai pro UMNO, tetapi hari ini sudah terbalik pula. Kumpulan PMI pula yang dilabel pro UMNO.

Kumpulan yang berkecuali ialah seperti Arqam (belum haram lagi masa tu) dan tabligh.

Selepas peristiwa September 1998, kedua-dua kumpulan ini (IRC dan PMI) dilihat bersatu suara. Ada yang meyertai PAS dan ada yang menyokong PAS dari luar. Sokongan kumpulan ini semakin menjadikan PAS lebih menarik tetapi kini berdepan pula dengan masalah perbezaan pendekatan. Sebahagian bekas pemimpin PMI kini berada dalam barisan kepimpinan PAS negeri dan pusat, begitu juga bekas pemimpin IRC. Mereka saling mengenali stail masing-masing kerana pernah bertembung sejak usia remaja lagi.

Kini kedua-dua pihak sepatutnya saling bertukar pandangan, berkongsi cara dan pendekatan dan lebih bersikap terbuka, bukan dengan stail lama lebih 10 atau 20 tahun dulu. Sekarang sudah berada dalam satu jemaah, jadi bukan masa untuk saling menuduh dan menjatuhkan antara satu sama lain.

Sekali lagi saya katakan, sebenarnya tiada kumpulan yang pro UMNO dalam PAS hari ini. Ia hanya label (fitnah) yang digunakan untuk mewujudkan rasa benci dengan stail kumpulan ini. Malangnya, provokasi yang bertalu-talu daripada blogger seperti Tulang Besi (malaysanwaves) dan disokong pula oleh Perak Express dan yang sealiran dengannya, menjadikan ramai yang percaya bahawa kumpulan pro UMNO memang wujud. Berbincang dengan kumpulan UMNO tidak menjadikan mereka pro UMNO sebab mereka ini sebenarnya lebih keras pandangannya berbanding kumpulan yang digelar Erdogan.

Percayalah, jika EGM PAS diadakan untuk menyingkirkan kumpulan ini, ia tidak akan berjaya kerana kumpulan ini kuat berakar umbi dalam PAS. Kumpulan ini adalah kumpulan asal PAS sejak era kepimpinan ulama dan kumpulan ini berkembang melalui sistem tarbiyah cara PAS.

Jika kedua-dua pihak mahu bersatu, bekerjasama dan saling "respect each other", PAS boleh menjadi lebih kuat seperti dalam PRU 2008 tetapi jika masing-masing hanya rasa "kami yang betul, korang jangan memandai-mandai nak ajar kami", ucapkanlah "Selamat jalan Romeo" kepada kerajaan PR.

2 comments:

Anonymous said...

Bekas IRC dalam PAS tidak ramai. Mereka yang dikaitkan dengan IRC sebenarnya berasal dari kumpulan-kumpulan lain atau sudah masuk PAS sebelum IRC wujud.

Pertembungan yang ada ialah di antara kumpulan yang pro perpaduan Melayu (pro-UMNO) dengan kumpulan Islam For All.Itu saja. PMI lawan IRC dalam PAS tidak benar sama sekali.

Kumpulan pro-UMNO ini terpengaruh dengan cadangan bergabung atau menyertai perti pemerintah untuk membentuk kerajaan seperti yang disuarakan oleh orang-orang tertentu yang memujuk mereka. Ada juga yang khuatir tentang kedudukan orang Melayu jika UMNO tewas atau tidak lagi berkuasa. Ada juga yang mahu menyelesaikan masalah peribadi seperti kewangan, bisnes dan sebagainya.

Yanaam said...

Kumpulan pro-UMNO sebenarnya tidak wujud. Ia hanya persepsi atau prasangka yang timbul kerana mereka sedia berbincang dengan UMNO.

Bagi yang berprasangka, berbincang dengan UMNO bermakna mahu berkongsi kuasa dengan UMNO. Walau apapun penjelasan dibuat, mereka tetap berpandangan begitu sebab mereka lihat pemimpin PAS sedang mabuk kuasa.

Walaupun kumpulan yang dilabel IRC ini wujud sebelum IRC wujud, hakikatnya, methode dan pemikiran ala IRC ini sudah lama ada dalam PAS. Mereka kurang berkenan dengan cara lama PAS dan bercita-cita mahu menyegarkan pendekatan kepada kaedah yang lebih relevan dengan situasi masyarakat Malaysia.