Wednesday, November 04, 2009

1Malaysia : Terengganu dan Kelantan terima layanan berbeza

Kelantan hanya akan diberi wang ehsan, bukan royalti seperti yang termaktub dalam perjanjian antara Petronas dengan kerajaan negeri. Bukan ke munafik tu ?

Ketika kerajaan pusat memutuskan untuk mengembalikan royalti kepada kerajaan Terengganu (dah kembali ke belum ?), Najib dilaporkan berkata, "Kabinet juga memutuskan pemberian wang ehsan akan dihentikan kerana Kerajaan Pusat menghormati perjanjian yang termaktub dengan Kerajaan Terengganu berhubung pembayaran royalti."

Kalau dengan kerajaan Terengganu, pusat menghormati perjanjian, kenapa dengan kerajaan Kelantan, pusat enggan menghormati perjanjian ? Di mana slogan 1Malaysia ? Kenapa layanan berbeza-beza antara negeri-negeri ? Terengganu lain, Kelantan lain ? Bukankah Kelantan juga majoritinya orang Melayu ? Mana pembelaan untuk orang Melayu ?

Isu kawasan bertindih tidak boleh dijadikan alasan. Ini perjanjian antara Kelantan dengan Petronas. Yang dituntut oleh Kelantan ialah yang daripada kawasannya. Bagaimana jelasnya perjanjian antara Malaysia, petronas dan negara yang bertindih itu, begitulah juga sepatutnya bahagian yang patut diterima oleh Kelantan.

Apakah kerajaan pusat hanya mahu kembalikan hak Kelantan jika kerajaan pusat bertukar tangan daripada BN kepada PR ? Ketika itu (Insya Allah), jika kerajaan PR boleh melakukannya, apakah yang nak dijawab oleh BN ?

Ini samalah dengan banyaknya kes-kes masalah pengambilan tanah, peruntukan kanah kubur, geran yang tertangguh bertahun-tahun dengan berbagai alasan oleh parti pemerintah, bila PR mengambil alih, PR berjaya pula selesaikan dalam tempoh ada yang tak sampai setahun.

Kesimpulannya, BN memang tak reti buat kerja, atau lembab atau tak nak selesaikan. Slogan 1Malaysia dilaksanakan secara berpilih-pilih. Gimik semata-mata.

1 comment:

Anonymous said...

Dahulu TDM menukar royalti kepada wang ehsan kerana beliau menganggap orang PAS tidak tahu menggunakan duit apabila diberi kesempatan memerintah. ‘Precedent’ yang sama digunakan untuk negeri Kelantan. Demikian juga apabila minyak dijumpai di Kedah. Jika minyak dijuampai di Selangor atau Pulau Pinang, ‘precedent’ ini perlu ditafsirkan semula oleh NTR.