Tuesday, March 04, 2008

Penipuan dalam pilihanraya

Baru sekejap, seorang rakan memberitahu, ipar dia yang hardcore UMNO di Johor dah ke Kelantan seminggu mulai semalam untuk kempen dan akan mengundi di sana. Banyak duit ditaburkan.

Minggu lepas, seorang rakan lain (anak Kelantan) memberitahu, RM250 untuk balik mengundi di Kelantan. Begitulah antara kisahnya. Aku tak pasti adakah itu satu penipuan.

Semalam, di masjid, Ustaz yang mengajar beritahu, isteri dia berdaftar di Segambut tahun ni walaupun tak pernah tukar alamat. Segambut bukan tempat dia. Malah, tahun 2004, isterinya berdaftar di Setiu Terengganu. Bukan pernah tinggal di Terengganu pun. Saudara mara pun tak ada kat sana.

Katanya lagi, biarlah menang sedikit tapi tak menipu, daripada menang banyak tempat tapi menipu. Tak berkat. Gaji dan elaun pun dah jadi haram. Kalau hulur derma kepada masjid atau anak yatim pun dah tak berguna lagi sebab guna duit haram.

Politik tu tak kotor. Tapi hati manusia yang kotor. Dengan hati yang kotor, manusia menyalahgunakan akal untuk mencapai cita-cita nafsunya.

Patutkah manusia yang demikian keadaannya ﴾terpedaya dengan kekuasaan yang ada padanya dan﴿ menyangka Bahawa tidak ada sesiapapun yang dapat mengatasi kekuasaannya ﴾dan menyeksakannya﴿? - Al Balad : 5

Kamu telah dilalaikan oleh perbuatan berlumba-lumba untuk mendapat dengan sebanyak-banyaknya ﴾harta benda, anak pinak pangkat dan pengaruh﴿ - At Takatsur : 1

Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya). - Al Baqarah : 188

Dan tidak ﴾dinamakan﴿ kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan: dan Demi Sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Oleh itu, tidakkah kamu mahu berfikir? - Al An'am:32

﴾Tuhan berfirman: orang-orang kafir itu ialah﴿ orang-orang yang menjadikan perkara-perkara ugama mereka sebagai hiburan yang melalaikan dan permainan, dan orang-orang
yang telah terpedaya dengan kehidupan dunia ﴾segala kemewahannya dan kelazatannya﴿. oleh itu, pada hari ini ﴾hari kiamat﴿, Kami lupakan ﴾tidak hiraukan﴿ mereka sebagaimana mereka telah lupa ﴾tidak hiraukan persiapan-persipan untuk﴿ menemui hari mereka ini, dan juga kerana mereka selalu mengingkari ayat-ayat keterangan kami. - Al A'raf:51

Monday, March 03, 2008

Antara isu peribadi dan isu nasional

PAS seperti juga di tahun-tahun 80an masih beranggapan isu peribadi mampu menarik sokongan kepada parti itu. Isu nasional pun turut diketengahkan tetapi bila isu peribadi dibongkar, berlumba-lumbalah pemimpin dan penyokong mereka menjuarai isu dan masing-masing turut ingin mengulas.
Dalam piihanraya kali ini, aku percaya, PAS boleh memperbaiki prestasi berbanding musim lepas. Tetapi kalau mahu meningkatkan lagi prestasi, PAS perlu lebih berhikmah. PAS berpolitik sambil berdakwah. Jadi berdakwah mesti dengan berhikmah. Isu peribadi perlu dikurangkan dan tidak lagi menjadi isu utama. Isu peribadi hanya isu syok sendiri. Ia hanya menyemarakkan semangat penyokong sedia ada tetapi tidak pada penyokong baru atau penyokong atas pagar.
Bukan isu tak tutup aurat itu tak penting, seperti calon ADUN Bkt Antarabangsa. Sebagai muslim, pemimpin yang mahu dipilih mestilah seorang yang menjaga syariat. Kalau mematuhi syariat itu tak penting, jangan terkejut jika ada pula yang berkata, solat tak penting, yang penting ialah mampu berkhidmat kepada rakyat secara berkesan.
Caci, maki, cerca dan sindiran; pernahkah digunakan oleh rasulullah dalam berdakwah ? Hanya Allah sahaja yang berhak melaknat makhluknya yang melampaui batas.

Wahai Tuhan yang mempunyai Kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi Kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut Kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya Segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

Surah 3 (Aali 'Imraan) Ayat 26.

Friday, February 29, 2008

Soalan untuk pengundi Terengganu

Pada tahun 1999, rakyat Terengganu telah membuat kejutan kerana nekad untuk menyerahkan pemerintahan kepada PAS/BA untuk tempoh sepenggal. Walaupun diancam dengan dakwaan Terengganu akan menjadi mundur, miskin, tiada pembangunan, kembali seperti tahun-tahun 60an dan 70an, namun rakyat Terengganu berani menanggung risiko. Tiada siapa menyangka, risiko royalti petrolium ditarik balik.
Pada tahun 2004, sekali lagi rakyat Terengganu membuat kejutan untuk mengembalikan pemerintahan kepada BN dengan janji pembangunan yang luar biasa, yang tidak pernah disaksikan sebelumnya.
Soalannya, adakah rakyat Terengganu kesal kerana memilih PAS/BA pada tahun 1999? Pada tahun 2004, jawapannya mungkin "YA" tetapi bagaimana pula jawapannya pada hari ini ?
Benarkah, pada tahun 2004, kehidupan rakyat menjadi miskin ? Kembali kepada kehidupan tahun 60an atau 70an ? Tiada pembangunan ?
Apa pula faedah yang diperolehi rakyat selepas BN mengambil alih semula pemerintahan ? Berbaloikah menukar kerajaan pada tahun 1999 ? dan 2004 ? Wajarkah kerajaan BN ditukar semula kepada kerajaan BA/PAS untuk sekurang-kurangnya sepenggal ?
Bagaimana pula calon di tempat anda ? Adakah mesra rakyat atau payah berkira ? Ego atau tawaduk ? (Orang PAS pun ada yang ego, bukan aku tak tahu). Reti jadi pemimpin atau macam tak reti tapi buat-buat reti ? Berkarisma atau lebih kurang macam ahli politik kedai kopi je ? Bijak berucap dan cekap bekerja atau hanya pandai bercakap ? Atau bercakap pun buat orang mengantuk ? Macam Pak Lah, orang bercakap dia mengantuk, dia bercakap, orang mengantuk. Aakakakaka...
Macam aku, tak pernah berurusan dengan Adun mahupun ahli parlimen. Jadi aku tak tahu sangat baik buruk sikap mereka. Tapi benda tu tetap penting untuk memudahkan orang susah yang selalu berurusan dengan mereka.
Pertimbanglah dengan sebaik-baiknya. Perjuangan yang baik sekalipun mesti diimbangi dengan pendekatan yang baik serta calon yang baik.

Thursday, February 28, 2008

Ada malware cuba mengganggu

Nampaknya, dua posting aku yang terakhir cuba digodam dengan malware. Yolarr dan merr, nama samaran (mungkin computer generated name) cuba menunjukkan konon komputer aku dijangkiti virus.

Kepada sesiapa yang membaca blog aku ni, harap hati-hati. XPAntivirus atau XPAntispyware sebenarnya ialah malicious software (malware) yang cuba menyusup ke komputer anda. Tak perlu scan komputer anda dengan malware ni.

Gunakan antivirus atau antispyware anda yang sedia ada sahaja. Aku guna Eset Nod32 dan sesekali scan dengan Ad-aware. Tapi kalau pejabat anda mahu Antivirus atau Internet Security, boleh hubungi aku. Kami partner dengan F-Secure. Komputer aku slow, (AMD Sempron dengan 512MB RAM) jadi nazak bile guna F-Secure.

Vote for F-Secure Internet Security.

Wednesday, February 27, 2008

Kelam kabut pilihanraya

Suasana pilihanraya kali ini nampak agak kelam kabut. Paling serabut ialah di pihak BN. Sedikit sebanyak ini menggambarkan betapa lemahnya kepimpinan Pak Lah. Seolah-olah PM itu boleh digertak oleh anak buahnya. Oleh Shahidan Kassim, oleh Radzi Syeikh Ahmad, oleh Sultan Johor, oleh Idris Jusoh, oleh Aziz Shamsuddin dan ramai lagi. Tak boleh buat keputusan sendiri. Berbeza dengan karisma Tun Dr Mahathir. Walaupun aku benci Tun dalam hal-hal tertentu, tapi rasa kagum kepadanya tak dapat dinafikan. Cara dia menangani soalan wartawan, cara dia berucap, isi ucapannya. Tk hairanlah dia disegani kawan dan lawan.
Kelam kabut di pihak BA seperti sudah maklum. Kekurangan tokoh berwibawa, tiada ikatan rasmi yang kukuh antara parti. Namun di tempat aku, nampaknya kerjasama antara PKR dan PAS nampak amat baik. Tambahan pula kali ni, calonnya Melayu Islam. Tahun 1999, calon DAP vs UMNO dan tahun 2004, calon PKR ialah Dr. Xavier Jayakumar vs Dr. Rozaidah Talib.
Sepanjang kempen kali ini, sudah beberapa kali petugas PKR dan PAS dilihat bersolat di masjid berhampiran. Petugas BN tak pula kelihatan atau mereka tak pakai pakaian yang ada lambang dacing. Kenderaan yang ada lambang dacing pun hanya sekali kelihatan, itupun bendera kecil macam penyokong biasa je. Bilik gerakan mereka tak jauh pun daripada masjid.
Kalau tak ada aral, aku akan turun mengundi di Ampang.
Cakap berdegar-degar, undi belum tentu lagi dapat kat siapa. :) ekekeke...

Linda Zerain ? Eeee geli aku.
Azman Wahid bagi hadiah beg sekolah dengan lambang dacing untuk pelajar cemerlang PMR ? Dia ingat budak-budak nak pergi sekolah pakai beg dacing tu ke ?

Monday, February 25, 2008

Politik lagi - Terengganu kite

Ramai orang yang suka dengan politik. Tapi tak kurang juga yang tak suka dengan politik. Suka atau tidak, politik tetap penting dalam pembentukan sebuah negara yang stabil. Oleh kerana kita bertanggungjawab untuk memilih pemimpin melalui sistem politik, sedikit sebanyak kena ambil tahu supaya pilihan kita itu tepat dan terbaik. Perlu pertimbangkan maklumat kedua-dua belah pihak supaya dapat membuat justifikasi dengan bijak dan adil.
Aku mula kenal politik sejak umur 10 tahun. Walaupun aku pembaca tetap akhbar Utusan Melayu (ye, yang bertulisan jawi dan pro BN tu) sejak usia 8 tahun, aku tak terpengaruh untuk sokong BN. Masa tu, tahun 70an. Sebelum tu, ada pergolakan politik di Kelantan antara Datuk Asri dan Datuk Nasir. UMNO ambil kesempatan singkirkan PAS dan ambil Berjasa (pimpinan Datuk Nasir) sebagai kawan, selepas melihat PAS seakan-akan makin lemah dan hilang pengaruh. Sebelum itu, PAS adalah komponen BN.
Ayahanda dan bonda memang pro UMNO. Abang dan kakak pun agak aktif juga dalam UMNO. Tapi aku lebih condong menyokong Parti Islam.
Tahun 80an, suasana sudah berubah. Ayahanda dan bonda sudah condong kepada PAS tetapi masih menerima jemputan mensyuarat UMNO. Bila wujud Semangat 46, ayahanda beri sokongan terbuka kepada parti tersebut untuk mendorong kawan-kawannya menentang BN walaupun hakikatnya, ayahanda lebih pro PAS. Ayahanda ku bukan seorang yang berpengaruh tetapi tetap disegani masyarakat.
Semasa ayahanda meninggal, Adun PAS, Abdul Wahid Endut turut menziarahi rumah kami. Ayahanda meninggal ketika PAS memerintah Terengganu.
Semalam, aku sms abang ipar dan adik aku di Terengganu, tanya khabar. Masing-masing tak berani nak ramal. Hanya 50:50. Maknanya BN masih sukar dikalahkan di Terengganu. Ibu saudaraku sendiri dan suaminya adalah antara orang kuat UMNO di kampungku. Aku jangka Pas hanya mampu tambah kerusi daripada 4 kepada 8 hingga 12 kerusi DUN sahaja.
Jangan dinilai daripada semangat dan jumlah bendera yang berkibar. Kempen pro UMNO tak pernah terhenti di akhbar-akhbar utama dan TV. Sedangkan kempen PAS hanya sampai kepada penyokong setia parti itu sahaja.
Selepas penamaan calon semalam, jelas PAS ketandusan tokoh berwibawa. Perjuangan yang baik akan lemah dengan ketiadaan tokoh yang berkarisma. PAS perlu melatih untuk melahirkan tokoh-tokoh muda di segenap DUN dan perlimen. Begitu juga dengan PKR, ketandusan pemimpin pelapis sehingga Datuk Azalina menang tanpa bertanding di parlimen Pengerang.
Mat Sabu bertanding di KT ? Aku tak berkenan dengan dia ni. Dari dulu lagi aku tak minat dengan dia. Gaya berkempennya, aku tak boleh terima. Tak sesuai. Aku pun hairan macam mana dia boleh menang jawatan tinggi dalam PAS. Akhir tahun lepas, ketika outstation di Langkawi, ada nampak dia sedang makan di sebuah restoran mamak di situ bersama beberapa pengiringnya.
Semoga rakyat bijak membuat keputusan. Jangan sokong parti tertentu hanya kerana mak bapak sokong parti itu. Kita diberi akal untuk berfikir sendiri. Buatlah keputusan sendiri, dengan ilmu, iman dan taqwa. Dan jangan lupa, matlamat kita bukan hanya untuk dunia tetapi juga akhirat.
Hai, kenapalah orang Islam sendiri masih berdolak dalik dengan cara Islam.

Politik lagi - Penamaan calon










Seperti tahun 2004, aku sempat menjenguk ke kem BA di pusat penamaan calon Ampang, Selangor. Oleh kerana aku tak pernah bergaul dengan dia orang, tak ada yang kenal aku dan aku pun tak kenal mereka. Cuma 3 orang yang aku kenal dan kelihatan di situ, 1 orang yang selalu aku jumpa di masjid Kg Melayu, seorang lagi ialah menantu bekas jiran ku semasa menyewa di Kg. Melayu Tambahan manakala yang seorang lagi ialah sepupu isteriku.
Sebenarnya, masa aku tiba di situ, masa bantahan sudah pun tamat. Sepatutnya aku pergi jam 9 pagi. Baru meriah. Ini dah jam 11:20 pagi, cuacapun dah panas. Ramai yang dah keletihan. Masing-masing mencari tempat berteduh dan minum di kedai makan berhampiran.
Kali ni nampak lebih ramai berbanding tahun 2004. Tahun 2004, penamaan calon dibuat pada hari bekerja, kali ini dibuat pada hari minggu.
Aku menunggu sehingga calon-calon BA kembali ke kem tempat penyokong berkumpul. Seperti pilihanraya yang sudah-sudah, di sini diwakili oleh KeADILan menentang BN. PAS hanya bertanding DUN Lembah Jaya.
Peluang untuk BA menang ? :) 30%. Namun lawan tetap lawan. Jangan tewas sebelum berjuang.

Bergeraklah ke gerbang jasa
Kalah menang bukan alasannya
Sucikanlah niat di hati
Hingga nyata benarnya janji Rabbi

Apa kah janji Rabbi itu ?
1. Mati
2. Kiamat
3. Hisab
4. Syurga dan Neraka.

Yang penting ikhlaskan hati untuk agama. Kalau pemimpin yang dipilih tu tak ikhlas ? Itu antara dia dengan Allah lah.

Monday, February 18, 2008

Solat istikharah pilihanraya ?

Pilihan raya yang akan menjelang beberapa minggu lagi memberi kita peluang untuk memilih hanya satu parti atau calon untuk satu-satu kawasan. Sudah pasti, setiap insan yang dicalonkan ada kebaikan dan kelemahannya yang tersendiri. Begitu juga parti yang diwakili serta kepimpinan parti itu sendiri.

Sebagai umat Islam, kita boleh memohon kepada Allah untuk diberi petunjuk memilih calon. Selain petunjuk daripada Al-Quran, Al Hadith dan para alim ulama', eloklah juga kita memohon petunjuk secara langsung daripada Allah dengan mengadakan solat sunat istikharah. Ini kerana memilih pemimpin adalah satu tanggung jawab yang berat yang mesti dijawab pada hari mahsyar nanti. Bayangkan jika kerajaan yang dipilih bersekongkol menganjurkan program maksiat, tidakkah kita juga akan dipertanggung jawabkan ? Begitu juga dengan rasuah, salah guna kuasa, ketidak adilan dan kezaliman, pemborosan dan sebagainya lagi.

Solat sunat istikharah, sama seperti solat sunat dua rakaat yang lain. Berikut disertakan doa (biasalah, copy and paste) sebagai panduan.

"Ya Allah, sesungguhnya aku mohon pilihan-Mu dengan ilmu-Mu, dan aku mohon kepastian kepada-Mu dengan kekuasaan-Mu, sesungguhnya Engkau Maha Kuasa, Engkau Maha Tahu dan Maha Mengetahui segala yang ghaib.
Ya Allah, jika Engkau mengetahui urusan ini baik bagiku, untuk agamaku, untuk penghidupanku dan akhir kesudahannya kelak, maka takdirkanlah dia bagiku dan mudahkanlah dia bagiku, kemudian berilah dia berkah bagiku.
Dan apabila Engkau mengetahui pekerjaan itu buruk bagiku, untuk agamaku, untuk penghidupanku dan akhir kesudahannya kelak, maka singkirkanlah dia daripadaku dan hindarkanlah aku daripadanya. Takdirkanlah hal-hal yang baik bagiku dimana kebajikan itu berada, kemudian berilah aku menyenanginya"

Saturday, February 16, 2008

Lagu KeADILan format mp3

Lagu : http://www.savefile.com/files/1383408
Lirik :
Arus Perjuangan Bangsa
----------------------
Keadilan!
Keadilan rakyat kita
Jana arus
Kami arus perjuangan bangsa
Keluhuran perlembagaan
Perpaduan negara
Masa depan anak Malaysia

Kebebasan!
Kebebasan rakyat kita
Diberkati Tuhan, memperkasakan rakyatnya
Membujur lalu, melintang patah
Perjuangan rakyat Malaysia
Membujur lalu, melintang patah
Demokrasi rakyat Malaysia

(muzik)
(Ulang kedua-dua rangkap)

Membujur lalu, melintang patah
Keadilan Rakyat Malaysia

Lagu PAS format mp3

Lagu PAS http://www.savefile.com/files/1383413

Lirik
Bersatulah wahai kaum Muslimin
Dengan semangat dan roh kebenaran
Berjihadlah wahai kaum Muslimin
Walau susah menempuh cabaran

Bersatulah wahai kaum Muslimin
Dengan obor sinar kebahagiaan
Berjihadlah wahai kaum Muslimin
Biar syahid ataupun kemenangan

Berjuanglah wahai Ansorullah
Dengan matlamat daulah Islamiyah
Berkorbanlah wahai yang beriman
Dengan harta dan segenap kepunyaan

Bergeraklah ke gerbang jasa
Kalah menang bukan alasannya
Sucikanlah niat di hati
Hingga nyata benarnya janji Rabbi

(Ulang dari mula)

Selamatlah Parti Islam melangkah
Membimbing ummah ke medan Siyasah
Berpedomankan al-Quran dan Sunnah
Suburlah hidupnya dan pasti berbuah

Thursday, February 14, 2008

Wednesday, February 13, 2008

Islamlah, nescaya kita akan selamat

Apa ertinya "Islamlah" ? Jadi muslim ?
Apa pula ertinya jadi muslim ? Kena lah baca buku "Apa ertinya saya menganut Islam" karangan Fathi Yakan. Kena muhasabah, apa buktinya kita Islam. Apa pandangan kita tentang Al-Quran. Bagaimana penerimaan kita dengan isi kandungan al-Quran ?

Di permulaan surah Al-Baqarah, ayat 1 - 20 menceritakan 3 golongan manusia dalam menghadapi Al-Quran. Bukalah kitab tafsir atau terjemahan anda dan bacalah.

Golongan mukmin, golongan kafir dan golongan munafiq. Dalam golongan manakah kita berada ? Golongan mukmin ? Benarkah ? Alhamdulillah. Kalau kita mengucap dua kalimah syahadah dengan penuh kesedaran dan kesungguhan hati, tentu kita tidak berada dalam golongan kafir.

Paling ditakuti, golongan ketiga iaitu golongan munafiq. Tertipu dengan diri sendiri. Menyangka diri sudah beriman, tapi berdolak dalik memilih ayat tertentu sahaja atau mentafsirkan ayat Allah mengikut nafsu sendiri.

Semoga kita benar-benar Islam. Semoga Islam kita Islam yang tulin. Buktikanlah Islam kita adalah Islam yang sebenar. Islam sepenuhnya. Islam sepanjang masa. Al-Quran itu rujukan utama kita. Semoga kita tidak akan mati kecuali dalam Islam.

Thursday, January 31, 2008

Kembali nya mantan mufti Selangor ke rahmatullah

Rasa sedih dan pilu pula bila mendapat tahu kepergian Dato' Ishak Baharom, bekas mufti Selangor ke rahmatullah semalam.

Malam tadi, bila imam masjid mengajak sama-sama mensedekahkan alFatihah, rasa macam nak menangis. Walaupun tak pernah bersua muka secara langsung dengannya, tetapi perasaan segan dan hormat sangat tinggi kepadanya.

Selangor bukan negeri kelahiran aku tapi akau dan jadi pemestautin di Selangor. Semoga roh nya dicucuri rahmat. Semoga usaha murni beliau sepanjang hayatnya akan terus memberi manfaat kepada kita semua.

Tuesday, January 29, 2008

Pelajar perubatan banyak kekasih ranjang

clipped from www.bharian.com.my

LONDON: Pelajar perubatan adalah yang terbanyak menjalin hubungan asmara berbanding pelajar jurusan lain, menurut tinjauan yang dipetik akhbar di sini, semalam.

Pada masa sama, tinjauan itu juga mendapati, kolej yang pelajarnya banyak terbabit dalam hubungan seks adalah yang paling teruk dari segi pencapaian akademik.

Tinjauan membabitkan lebih 1,000 pelajar di Universiti Cambridge mendapati, pelajar perubatan secara puratanya ada lapan kekasih di ranjang.

Tinjauan akhbar universiti itu juga mendapati, pelajar jurusan agama paling kurang dengan purata dua kekasih di ranjang. Pelajar sains politik pula tujuh, pelajar bahasa (6) dan pelajar sejarah ada enam kekasih seksual, lapor The Telegraph.
Selain itu, kira-kira 25 peratus responden mengaku terbabit dalam hubungan seks ganas; 40 peratus melakukan hubungan asmara sekali saja dan lebih 60 peratus tidak pernah menjalani pemeriksaan sama ada menghidap penyakit jangkitan seks. - Agensi
 blog it

Kafein tak bagus jika hidap diabetes

clipped from www.bharian.com.my

WASHINGTON: Langkah mengurangkan pengambilan kafein mungkin membantu mereka yang mengalami penyakit diabetes biasa mengawal lebih baik paras gula dalam darah, kata penyelidik semalam.

Ujian menunjukkan paras glukos dalam darah sekumpulan penghidap diabetes jenis 2 meningkat sepanjang hari apabila mengambil kafein terutama selepas makan, kata penyelidik di Pusat Perubatan Universiti Duke di Durham, North Carolina.

"Kafein dilihat mengganggu metabolisme glukos dalam cara yang boleh membahayakan orang yang menghidap diabetes jenis 2," kata James Lane, ahli psikologi perubatan yang mengetuai kajian itu dalam temuramah menerusi telefon.

Penemuan baru dilihat membalas penyelidikan sebelum ini berhubung diabetes dan kafein. Kajian terdahulu menunjukkan mereka yang minum kopi mengurangkan risiko diabetes jenis 2 dan mereka yang minum paling banyak kopi mempunyai risiko paling rendah.
 blog it

Friday, January 18, 2008

Thursday, January 17, 2008

Poor Countries vs Rich Countries


Poor Countries vs Rich Countries


From: korayem, 4 months ago





What makes a Poor Country Poor and a Rich Country Rich?


SlideShare Link

Wednesday, January 02, 2008

Wang ihsan jadi royalti semula

Bayaran royalti petrolium daripada Petronas kepada kerajaan negeri Terengganu pernah ditukar nama menjadi wang ihsan satu ketika dulu. Perjanjian yang mewajibkan pembayaran itu menjadi pertikaian seketika.

Namun kini, wang ihsan untuk kerajaan negeri kembali menjadi royalti dan hasilnya, negeri Terengganu kini menjadi makmur dengan pembangunan yang pesat.

Petikan soal jawab agama di laman sesawang Jakim.
"Munafiq ialah orang yang bermuka-muka iaitu hati dan kata-kata tidak selari. Di antara ciri-ciri munafiq ialah apabila bercakap dia berbohong.apabila berjanji dia mungkir dan apabila diberi amanah dia khianat."

Sama-sama kita fikirkan.
clipped from www.bernama.com
11 Disember, 2007 17:20 PM


Petronas Bayar Royalti RM33.6 Bilion Kpd Terenganu, Sabah Dan Sarawak


KUALA LUMPUR, 11 Dis (Bernama) -- Petroliam Nasional Berhad (Petronas) telah membayar royalti berjumlah RM33.6 bilion kepada kerajaan negeri Terengganu, Sabah dan Sarawak, sehingga tahun kewangan berakhir 31 Mac lepas.



Setiausaha Parlimen Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mashitah Ibrahim berkata tiga negeri tersebut yang merupakan pengeluar petroleum, mendapat manfaat yang besar menerusi pembangunan industri minyak dan gas di Malaysia yang dilaksanakan oleh Petronas.

 blog it

Monday, December 31, 2007

Apa khabar Kuala Terengganu

Assalamualaikum.

Baru je balik dari KT minggu lepas. Nak naik taraf jadi bandaraya dah. Tak tahulah bandaraya konsep (macam Kota Bharu) atau bandaraya penuh.

Walaupun Kuantan lebih dulu palu gendang untuk naik taraf jadi bandaraya dengan sasaran tahun 2007 (http://www.mpk.gov.my/bul07a.html) , KT yang lebih dulu dapat. Orang Kuantan kena kerja keras lagi. Syabas orang KT.

Naik taraf jalan banyak tak siap lagi. Selenggara sampah belum cukup cekap lagi. Kat Penang, pekerja Majlis Perbandaran Pulau Pinang datang kutip sampah ke ceruk-ceruk kawasan rumah yang sempit dengan berjalan kaki, sampah dikumpul dijalan besar untuk dipungut lori sampah. Di KT, penduduk kena hantar sampah ke tepi jalan besar. Senang kerja MPKT/MBKT.

Longkang kat kawasan perumahan terancang ada yang tak diselenggara. Tersumbat bertahun-tahun tak diservis. Alhamdulillah, longkang depan rumah aku di Ampang dibersihkan setiap tahun oleh Majlis Perbandaran Ampang Jaya tanpa perlu dikomplen.

Lain-lain perkhidmatan tak tahu lah sebab cuma sekejap-sekejap je balik ke KT. Perkhidmatan kaunter, parking, pengangkutan awam dsb.

Macam mana MBKT nak kutip cukai RM80juta setahun (syarat bandaraya penuh)? Naik cukai kang rakyat marah. Kalau cukai ciput, macam mana nak bagi servis bertaraf bandaraya ?

Apapun, sama-samalah kita tunggu apa faedahnya status bandaraya kepada komuniti KT khasnya dan Negeri Terengganu amnya. Semoga berbaloi.

Thursday, December 13, 2007

Produk halal, cara pun mesti halal

Mencari yang halal itu fardhu bagi umat Islam.

Begitulah bunyi mesej ringkas iklan satu jenama ubat gigi. Pagi ini, aku terima email daripada seorang sahabat pasal ubat gigi beracun. Bukan isu baru, dah lama pun. Ada mesej daripada Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM). Dulu isu yang ditimbulkan ialah status halal.

Siasat punya siasat, PPIM mengaku ada share dalam syarikat pengeluar ubat gigi mukmin. Tak pastilah pula sama ada share atas nama PPIM atau individu tertentu di PPIM. Tapi ini bukanlah kali pertama kes seperti ini. Sebelum ni, isu roti High5 pun hampir sama. Tak dapat dinafikan kilang High5 Nilai dah buat silap. Tapi akhirnya dapat diketahui juga, PPIM ada bekerjasama dengan Gardenia. Dah tentunya dapat sokongan kewangan sedikit sebanyak daripada Gardenia. Ye lah, nak hidupkan persatuan kena pakai duit jugak. Nak harapkan subsidi kerajaan je mana boleh.

Tapi itu lah hakikatnya. PPIM sebenarnya ada kepentingan dalam syarikat-syarikat tertentu. Bagus lah begitu. Tapi bila sampai memburuk-burukkan, mencari kesalahan, dan mendedahkan kesalahan pihak lain tu, biarlah berpada-pada. Nampak macam tak ikhlas je.

Aku tak guna ubat gigi Mukmin sebab mahal. Aku guna Halagel je. Lagi pun, setakat ni, halagel tak ada cari pasal, bersaing cara yang tak sihat dengan produk lain. Cool je. (Cool tu bahasa Melayunya apa ha ?). Dulu TDM ada share dalam Halagel. Sekarang tak pastilah pula masih ada ke tidak. Yang pasti, Halagel pun banyak share orang Islam juga. Halal dan murah pula. Jadi memang sesuai dengan aku dan keluarga ku. He..he..

Kepada usahawan Muslim, bersainglah secara sihat. Jangan nak cari salah orang je seolah-olah kita sempurna sangat ada nya. Tak tipu, tak beracun, halal, bersih. Tapi bagaimana pula cara yang digunakan. Halal ke ? Jujur ke ? Bersih ke ? Tak tipu ke ?

Seperti disebutkan awal-awal tadi, isu ni bukan baru. Tapi sampai sekarang kerajaan diam je. Kementerian Kesihatan, Kementerian Pengguna (KPDNHEP) dan lain-lain persatuan pengguna tu tidur je ke ? Atau isu ini sengaja diperbesarkan untuk kepentingan tertentu ? Atau sengaja didiamkan untuk kepentingan tertentu juga ?

Dulu orang melayu lama gosok gigi dengan tembakau sampai ada yang kena kanser mulut. Cuma masyarakat masa tu tak sedar je sebab tak ada laporan doktor. Kalau sakit pun jumpa tok bomoh je. Hiris limau ke dalam air. Hembus-hembus sikit, bagi air sejuk untuk diminum. Nenek saudara aku yang aku panggil Tokwe Halus (Halus tu nama dia) pun gosok gigi dengan tembakau sental juga. Panjang umurnya. Mau dekat 90 tahun kalau pun tak lebih.

Akhir kata, marilah kita sama-sama mencari yang halal. Halal sumbernya, halal caranya, halal zahirnya, halal segalanya. Semoga hidup kita diberkati Allah.