Friday, November 06, 2009

Wahabi tak sesat tetapi ...

Majlis Fatwa Kebangsaan tidak pernah mengkategorikan fahaman Wahabi sebagai salah dan sesat di negara ini, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Dr Mashitah Ibrahim.


Memang lah kita tak kata dia sesat. Masalahnya bila pihak dia yang kata kita sesat. (Saya tak merujuk kepada Dr. Maza). Inilah punca kepada kegelisahan masyarakat. Bila kita tak terima hujjah pihak dia, dia kata kita sesat. Sebab itu ramai mufti-mufti kurang senang dengan puak-puak yang dilabel dengan Wahabi ni. Antaranya termasuk mufti Perak, mufti Pahang, mufti Johor, bekas mufti Negeri Sembilan dan mungkin juga mufti Selangor.

Ada buku karangan Ustaz Rasul Dahari (ustaz wahabi) diharamkan di Johor (juga di Malaysia ?). Bila mereka mengajar, mereka dengan mudah mempengaruhi pendengar mereka dengan mengatakan orang yang buat itu ini sebagai sesat. Memang mereka ada hujjahnya, tetapi bila melabelkan orang lain sesat, itu sudah dikira memaksa orang supaya ikut fahaman dia. Sedangkan ulama lain pun ada hujjahnya juga.

Seorang imam tersohor di Saudi pernah enggan menyembahyangkan jenazah seorang ulama lain kerana ulama tersebut membolehkan sambutan maulidur rasul. Orang arab biasalah, kalau berbeza pendapat, mereka cenderung mengutuk malah menghukumkan sesat. Malangnya masyarakat di tempat kita sudah ramai yang terikut-ikut dengan cara itu termasuk yang bukan ulama. Kan parah tu ?

2 comments:

Anonymous said...

Salam..agak2 sikit nak kluar kenyataan tu..jangan ambik petikan dr mashitah tu. dia pun tak betul.
wahabi tak sesat?..pada mulanya memang tak sesat..tp lama2 bukan sesat lagi..ditakuti jadi gila.

"barangsiapa membenci ulama`, mereka bukan dr golongan ku.."-hadith sahih

kalau dah bukan dr golongan Muhammad S.A.W , kemana akhirnya golongan wahabi ni?. terkeluar dr islam !!. ULAMA muktabar bukan guru tepi jalan. menghafaz hadith melebihi 500,000 baru layak keluar fatwa. disusuli ijmak ulama, perbincangan, solat hajat dan istikharah tak henti2 untuk minta petunjuk Allah kepada 1 hadith sahaja. begitu banyak usaha dan ketekunan mereka berbanding dgn puak2 bodoh sepeti wahabi ni. Solat sunat pun celup2 lagi mau bising

Puak wahabi --membetulkan diri sendiri lebih baik drpd menentang golongan ulama`. anda tidak punya pegangan yg kuat dlm memperjuangkan agama. bertaubatlah!!

Sunni said...

Pd aku wahabi totok mmg dah tak betul, tp tak sampai kapir, masih ahli Syahadah, masih kategori ummat Nabi saw, tp termasuk yg 72 golongan dr yg 73 golongan ummat Nabi saw. Sifat angkuh, ta'asub pd pendapat sendiri, yg tipikal pd puak puak pro wahabi ni bukan ciri ahli Syurga, so mmg tak masuklah dlm golongan yg satu (golongan yg selamat) dr 73 golongan tu.

Syiah pulak pd aku, tak termasuk pun dlm 73 golongan ummat Nabi saw.

Anyway semua org wajib taubat, kita ni mmg bnyk dosa, sedar atau tanpa disedari.

WaAllahu'alam !