Thursday, March 13, 2008

Kerana kuasa

Ramai yang sering berkata (termasuk saya), penyokong mahupun pemimpin PAS taksub. Tidak berfikiran terbuka. Tidak memahami realiti sebenar politik di Malaysia.

Dalam PRU ke 12, PAS mengorbankan banyak kerusi untuk PKR termasuk di Kelantan dan Terengganu yang diketahui sebagai negeri PAS berkubu. Tidak lupa juga di Kedah. Masih tidak dilihat sebagai berfikiran terbuka ? Ini bukanlah kali pertama PAS mengorbankan kerusinya demi pakatan mengalahkan BN. Semasa wujud parti S46 pun, PAS pernah berkorban.

Lalu kali ini, pengorbanan itu dibalas Tuhan dengan kemenangan lebih banyak kerusi sehingga berjaya mewujudkan sebuah lagi kerajaan di Kedah. PAS menawarkan pula satu kerusi exco kepada DAP walaupun tiada pakatan rasmi dibuat dengan parti itu. DAP membisu.

Bila PAS pula mengharapkan satu kerusi exco di P.Pinang yang diperintah DAP diberikan kepada PAS, DAP dengan angkuh berkata, kerajaan P.Pinang adalah kerjasama antara DAP dan PKR sahaja. Siapakah yang tertutup mindanya dan siapa yang lebih terbuka mindanya ?

Bila Raja Muda Perak yang mewakili Sultan Perak lebih berkenan dengan calon PAS sebagai calon Menteri Besar, Lim Kit Siang secara terbuka membantah. Tidak taksubkah Kit Siang ? Sudah terbuka luaskah mindanya ? Atau beliau hanya mahu membenarkan kata-kata Hj. Hadi pada 2004 dahulu, Kit Siang dan Karpal Singh ubat yang telah tamat tempoh; masih dengan stail 70an ?

Di samping menghadapi masalah melantik MB di Perak, wujud pula masalah pembahagian jawatan exco. Lalu kita tertanya-tanya, benarkah matlamat mereka mahu menjatuhkan BN atau mahu berebut jawatan ? Atau mereka mahu mengesahkan kata-kata Pak Lah, pakatan PAS-PKR dan PKR-DAP hanya pakatan syok-syok saja ?

Tuhan sengaja menjadikan keputusan PRU sebegitu untuk menguji mereka, nafsu mereka, kebijaksanaan mereka menyelesaikan masalah, keikhlasan mereka, kesanggupan mereka untuk berkorban demi kepentingan rakyat. Itu belum lagi dilihat dalam pembahagian exco di Selangor. Selepas ini apa pula ? Ahli majlis PBT ? Ketua-ketua kampung ? Jangan sampai habis tempoh 5 tahun berkhidmat, masih bertelagah dengan lantikan jawatan hingga masalah rakyat terabai sudahlah.

1 comment:

Anonymous said...

Dari segi perlembagaan negeri-negeri yang mempunyai raja-raja melayu yang menjadi penaung kepada agama Islam di negeri tersebut, termaktub sudah bahawa MB hendaklah terdiri daripada seorang Melayu beragama Islam. Jadi, usahlah DAP menyalak pada bayang-bayang sendiri. Nampak sgt ketidakcerdikan mereka. Cumanya, dalam ghairah menafikan 2/3 kuasa BN, jgnla sampai lupa survival Melayu di tanah air sendiri... saya menunggu masanya PAS dan UMNO menjalinkan kerjasama, setelah sekarang kita lihat tembelang DAP telah pecah, Melayu dihanyak ke tepi, Islam usahlah dicerita lagi. Buktinya, wakil dari PKR boleh diterima sbg MB Perak oleh DAP, tetapi kenapa wakil dari PAS tidak boleh? Oh...lupa, PAS cuma menang 6 kerusi sahaja. Sebenarnya, apa yang dikatakan oleh RAis Yatim itu betul...jika dibawa ke Mahkamah, besar kemungkinan pakatan pembangkang tidak boleh membentuk negeri, kerana tiada pakatan didaftarkan. Tapi oleh kerana perlembagaan diam dalam hal ini, makanya interpretasi adalah terbuka, mungkin boleh mungkin tidak boleh. Kalaulah BN dan PAS bergabung di Perak... hehehhehehe...