Friday, January 30, 2009

Demonstrasi PPSMI

Bersempena dengan program khas Pelancaran Gerakan Mansuh PPSMI (GMP) yang akan berlangsung pada hari Sabtu 31 Januari 2009, pada jam 3.00 petang bertempat di Dataran Kompleks Membeli-Belah SOGO, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur, semua rakyat digesa hadir menyokong para tokoh bahasa dan pemimpin Pakatan Rakyat agar menyampaikan bantahan kepada kerajaan BN.

Antara yang dijangka hadir adalah Datuk Dr. Hassan Ahmad, Prof. Dr. Shahrin Md Zain, Prof. Abdullah Hassan, Ainon Mohd., Hasni Abas, Suhaizan Kayat, parti PAS dengan Dr. Nasharuddin Md. Isa, Mohd. Sabu bersama Pemuda PAS diketuai Salehuddin Ayub, manakala PKR dengan peneraju utama Shamsul Iskandar Md. Akin (Ketua AMK Pusat) bersama jentera padu AMK khususnya dari Wilayah Persekutuan dan Selangor dan disokong oleh ahli MPT PKR Tian Chua.

................................................

Mengikut pemerhatian saya, antara yang membantah PPSMI dengan yang menyokong PPSMI, lebih kurang sama banyak. Kalau lebih ramai yang membantahpun, mungkin beza nsibahnya tidak besar.

Kesimpulannya, ramai rakyat sedar pentingnya Bahasa Kebangsaan dan penguasaan Bahasa Inggeris. Kebanyakan yang menyokong PPSMI adalah kerana mahu penguasaan BI dipertingkatkan. Manakala yang membantah pula tidak menolak pentingnya penguasaan BI cuma kaedah dan pendekatannya yang tidak disetujui.

Jadi, apakah kaedah terbaik untuk meningkatkan penguasaan BI ? Apa kata kalau semua pihak ini berbincang pula bagaimanakah kaedah yang paling baik untuk meningkatkan penguasaan BI terutama di kalangan orang Melayu, di bandar dan luar bandar.

................................................
Ini pula saya kutip daripada komen seseorang dalam dalam blog tukartiub.

Contoh dalam kelas IT dalam BM- Ikut cikgu buat , ambil barang keras ini dan cucuk dalam lobang port USB, ini ialah alat cucuk dan main. Barang lembut ini sungguh mudah main dan boleh tambah satu batang gembira.....siapa yang ngoook sekarang?
* (use this hardware and plug direct to the USB port.The software is user friendly and a joystick may be added)

Terjemahan di atas mungkin dibuat secara seloroh tetapi ia menunjukkan kelemahan kita mencari istilah yang sesuai. Manual linux dalam versi Indonesia mudah ditemui di internet tetapi manual dalam bahasa Melayu ? Manual barangan elektrik yang kita beli pun biasa dilengkapi dengan manual bahasa Indonesia tetapi hanya sedikit yang dalam bahasa Melayu. Walaupun kita selalu mengaku kita lebih maju daripada Indonesia, tetapi 10 universiti terbaik di Asia Tenggara tidak termasuk daripada negara kita. Rujuk sini.

Lagipun, kebanyakan kita lebih suka beli majalah hiburan, Tabloid sensasi, dvd cetak rompak di pasar malam berbanding beli buku istilah yang dikeluarkan oleh DBP sebagai rujukan. Kalau beli buku tu rasa macam membazir kan ?

1 comment:

bride-to-be said...

Saya bukan menyokong demonstrasi, walau untuk apa sebab sekali pun. Jadi saya tidak sokong demonstrasi itu, walaupun saya adalah penyokong dan pencinta Bahasa Melayu.

Saya kira, saya fikir, kedua-dua kaedah punya kelebihan dan kekurangan. Tetapi lebih baik diteruskan PPSMI daripada cadangan yang lagi satu iaitu PPSMI utk pelajar bandar, dan BM untuk pelajar luar bandar. Ini akan mewujudkan jurang yang sangat luas di antara penduduk luar bandar dan bandar, dan sudahnya hanya mereka di bandar sahaja yang berpeluang hidup senang...

Saya tidak melihat masalah besar kepada BM sekiranya PPSMI ini diteruskan, malah akan banyak membantu meningkatkan keyakinan dan potensi diri pelajar. Sekarang pun, anak2 buah saya lebih hebat sebutan BI mereka daripada saya, hanya kerana pada zaman saya BI adalah lebih kepada penulisan dan bukan lisan.

Tetapi, masalahnya ialah, tidak ramai cikgu yang berkemahiran dalam BI ini... walaupun mereka diberi elaun BI, tetapi ada di antara mereka yang tidak menggunakan elaun itu utk meningkatkan penguasaan BI mereka... saya kira mereka yang terlibat telah menyalahgunakan duit rakyat, dan kesannya adalah kepada pelajar-pelajar kita juga. Mungkin KPM boleh mewajibkan kursus BI kepada guru-guru PPSMI ini pada setiap kali cuti sekolah, sebagaimana yang dipraktikkan kepada guru j-Qaf. Kalau itu yang dapat membantu...