Friday, January 02, 2009

PRK K.Terengganu (5)

Salam.

Selepas nama Adun Wakaf Mempelam diumumkan sebagai calon PAS di PRK Parlimen KT, reaksi berbelah bagi dapat dilihat dengan jelas di portal TranungKite, sebuah portal yang pro PAS (memang pengasasnya orang PAS Dungun).

Saya sendiripun pada mulanya rasa bercampur-campur antara terkejut, sokong, suka, resah dan macam-macam. Belum apa-apa, ada yang kata BN pasti menang. Macam lah Wan Farid tu bagus sangat.

Ada yang kata susah PAS nak menang. Dah tahu susah, kenalah kerja keras. Takkan sebab susah, nak give up. Putus asa. Patah semangat. Macam tu ke pejuang Islam ? Mengaku kalah sebelum berjuang ?

Wahid, anak kelahiran Pulau Rusa, kampung kelahiran saya juga. Kampung Pulau Rusa, pada tahun-tahun 70an lebih condong kepada BN. Kalau tak silap, masa tu, Pulau Rusa diletak dalam DUN Manir, yang ADUNnya Cikgu Wel (Ismail). Selepas tahun 80an, ia dipindah ke DUN Wakaf Mempelam. Ketika itu nama seperti Hj Hadi dan Harun Taib muncul, dan penduduk mula condong kepada PAS. Selepas krisis UMNO 1987, kekuatan PAS semakin teguh sehingga kini. Saya masih ingat muka-muka orang yang dulunya penyokong kuat BN tetapi kini dah jadi penyokong PAS.

Wahid mula jadi ADUN PAS di situ sejak 1990. Sebelum itu, Mustaffa Ali jadi ADUN Wakaf Mempelam. Jadi tak hairanlah Mastafa Ali dikatakan sebagai sifu beliau. Saya setuju, Wahid diketengahkan ke Parlimen pula. Dah lama sangat dia jadi ADUN di situ. Dia dah pernah jadi exco pun. Syed Azman boleh fokus di DUN. Mungkin Syed Azman boleh jadi exco satu hari nanti, atau MB. InsyaAllah.

Stail ceramah Wahid, pada saya macam stail ceramah Mustaffa Ali. Kadang-kadang saya tak berapa suka. Tapi bukan saya tak sokong beliau. Sokong sangat-sangat. Dalam hal berceramah ni, memang setiap orang ada stail masing-masing, dan ada peminat masing-masing. Yang kita tak suka, ada orang lain suka. Yang kita suka, ada orang tak suka.

Pernah ditahun 90an, saya balik kampung, jalan berlubang sana sini. Mahu je saya hentam ADUN PAS tu. Tapi masa tu tak ada blog. Saya cakap-cakap belakang je dengan kawan-kawan. Tak sampai setahun, jalan kembali diturap cantik. Alhamdulillah, pemimpin cakna. Ketika PAS jadi kerajaan di Terengganu, saya pernah kondem pasal sesuatu melalui emel kepada Harakahdaily dan kepada emel YB. Emel saya kepada YB kena tendang. Harakahdaily langsung tak ada respon. Dalam harakah cetak pun tak ada. Tak apalah. Tegur, tetap tegur. Sokong tetap sokong. Yang kita sokong ialah dasarnya, Yang kita tegur adalah kelemahan dan lepas pandangnya.

Saya yakin PAS akan menang dalam PRK kali ini. Itulah doa saya. Orang luar KT ada yang kurang minat dengan calon PAS itu, kerana faktor pengaruh Mustaffa Ali. Bagi saya, beri peluang Wahid Endut pamirkan kebolehan beliau.

Kumpulan Endogan, saya tak tahu siapa yang cipta istilah itu. Apa yang saya nampak, orang membuat tafsiran melulu tentang kumpulan yang agak moderate ini. Memang mereka mempunyai pemikiran yang lain daripada biasa, tetapi saya tak nampak mereka terlalu pro Anwar. Hadir dalam program Anwar bukan semestinya sebab mereka terlalu kagum dengan Anwar. Saya yakin, PAS merancang siapa yang sesuai untuk dihantar mewakili parti ke sesuatu majlis. PAS adalah sebuah parti yang semakin matang hari ini. Perbezaan pendapat diterima secara terbuka dan lapang dada, tanpa rasa buruk sangka atau curiga sesama sendiri seperti dalam UMNO.

Selamat berjuang kepada PAS dan Selamat berjaya.

Wallahua'lam

3 comments:

bride-to-be said...

Salam...

Ingatkan hari tu PAS dah boleh menang selesa... tapi nampaknya kena berusaha bersungguh-sungguh juga utk mengalahkan Wan Farid.

Kalaulah boleh dikurangkan pengaruh Anwar itu, alangkah bagusnya... jgn kerana Anwar, PAS terbahagi dua...

p.s: boleh keluarkan link 'bukan jambu berwarna merah' tu dan gantikan dgn link ni ye... :-)

Yanaam said...

Terima kasih kerana menjemput saya. Anda membuat saya gembira di permulaan tahun baru.

Nafastari said...

"Yang kita sokong ialah dasarnya, Yang kita tegur adalah kelemahan dan lepas pandangnya"
-Saya sangat setuju dengan pernyataan ini. Hey Yanaam, kamu ada kaca mata yang sangat baik. Teruslah menulis, saya akan selalu singgah dan baca.