Sunday, January 11, 2009

Royalti : Tian Chua mahu 20 peratus untuk Terengganu

Salam.

Tian Chua, ahli parlimen Batu yang juga Ketua Penerangan PKR mahu kerajaan pusat membayar 20 peratus daripada hasil petrolium sebagai bayaran royalti kepada negeri Terengganu.

Seingat saya, dalam pilihanraya tahun 1982, PAS pernah berjanji untuk menuntut 10 peratus royalti untuk negeri Terengganu berbanding 5 peratus yang diperuntukkan. PAS kalah dalam pilihanraya pada tahun tersebut. Hakikatnya, bila PAS menang di Terengganu dalam PRU tahun 1999, royalti bukan bertambah daripada 5 kepada 10 peratus, tetapi menjadi 0 peratus.

Moral ceritanya, tak usah lah berjanji dengan janji yang keterlaluan. Saya khuatir kalau PR menang di persekutuan dalam PRU 13 akan datangpun, berbagai-bagai alasan akan digunakan untuk tidak memberi royalti terlalu banyak kepada negeri-negeri. Nak dapat 5 peratus tu pun bukan mudah. Kalau pemimpin negeri pada masa itu tak buat apa-apa, memang tak dapat lah jawabnya.

Janji PRU lepas di Selangor dan Kedah pun banyak lagi yang belum tertunai. Memang berbagai-bagai alasan diberikan, tetapi janji itu tetap telah tertulis di poster-poster dan manifesto-manifesto masing-masing. Jangan melenting bila lawan ambil kesempatan menggunakannya sebagai senjata. Ukur baju di badan sendiri. Sendiri cari pasal, sendiri tanggung lah. Alhamdulillah, sebahagiannya sudah dimulakan. Namun yang belum lagi tu kena tunaikan juga nanti.

Wallahua'lam.

3 comments:

Hasbullah Pit said...

Ulasan saya:Federalisme Malaysia perlu diubah

Anonymous said...

Kalau berpolitik tanpa janji palsu umpama gulai tanpa garam agaknya... ingat nak letak garam, tapi sbb banyak bercakap, terlupa pula sehingga la bila dah makan baru tahu gulai tu tawar.

Org berpolitik pun macam tu la... cakap punya cakap punya cakap, macam2 janji dah keluar dari bibir, dari yang boleh dilaksana hinggalah yang mustahil... tapi sebab duk asyik bercakap, apa pun tak dilaksana...

Dua-dua pihak sama sahaja kalau bab berjanji dan menepati ni...

Rakyat juga yang tertipu akhirnya...

Yanaam said...

Itulah antara risikonya bila banyak bercakap.

“Janganlah kamu banyak bercakap selain daripada berzikir kepada Allah s.w.t. kerana orang yang banyak bercakap selain berzikir kepada Allah s.w.t., akan menyebabkan hatinya keras dan manusia yang paling jauh daripada Allah s.w.t. adalah orang yang berhati keras.”

(Riwayat At-Tirmizi)

Tapi orang politik memang kena banyak bercakap. Begitu juga jurujual, peguam, guru. Bercakap kerana Allah tak apa. :)