Thursday, January 22, 2009

UMNO/BN mengajar ahlinya bersifat sombong

Salam.

Dalam PRK K.Trg baru-baru ini, UMNO dan BN bermati-matian cuba menafikan calonnya sombong. Beribu-ribu ringgit terpaksa digunakan untuk memulihkan imej sombong yang melekat padanya.

Anehnya yang mulakan isu calon sombong ialah orang UMNO/BN sendiri. Ini diakui oleh jentera UMNO sendiri.

Semalam, Zahid Hamidi, seorang menteri di JPM yang menjaga hal ehwal agama mengarahkan kakitangan persekutuan di Perak supaya jangan menghadiri mesyuarat dengan kerajaan negeri. Sombong tak ? Tidakkah itu angkuh namanya ?

Langkah kerajaan persekutuan menubuhkan JKKP itu sendiri pun sudah jelas sombong dan angkuh. Mereka enggan mengiktiraf JKKK kerajaan negeri walhal Kerajaan negeri hanya mengikut kaedah pentadbiran asal yang sudah sekian lama wujud di negeri masing-masing. Cuma ada sedikit perubahan dari segi lantikan misalnya namun daripada segi bidang kuasa JKKK dan penghulu tetap sama. Tapi BN dengan dipelopori UMNO bertindak angkuh menghina kerajaan negeri dibawah pentadbiran Pakatan Rakyat.

Selepas mendakwa pembangkang memecah-belahkan masyarakat, mereka bertindak memecah-belahkan dan menyusahkan masyarakat.

Anggota UMNO/BN juga diharamkan menyertai jawatankuasa atau jawatan peringkat kerajaan negeri PR. Jika tawaran diterima, bersedialah untuk diambil tindakan. Hadir jemputan pun dikira salah besar. Kalau anggota tersebut sendiri yang menolak, itu hak dia lah tetapi sampai akan dikenakan tindakan tatatertib malah akan digantung atau dipecat. Sombong tak ? Angkuh tak ?

Kalau kita lihat, pembangkang pernah diajak menganggotai Majlis Tindakan Ekonomi Negeri (MTEN) dan mereka terima. Ada juga yang menyertai jawatankuasa kewangan atau kira-kira peringkat negeri, pun mereka terima. Tetapi bagi UMNO dan BN, tidak sama sekali.

Di parlimen pun, usul daripada pembangkang diharamkan daripada disokong atau disetujui oleh anggota BN. Ahli Parlimen JB, Shahrir Samad dan bekas ahli parlimen Teluk Kemang, S.Sothinathan pernah dikenakan tindakan kerana menyokong usul pembangkang walaupun usul itu baik, untuk kepentingan rakyat. Sombong tak ? Angkuh tak ?

Pembangkang pula tidak teragak-agak menyokong usul pihak kerajaan selagi ia membawa kepada kebaikan untuk rakyat dan negara.

Begitulah sebenarnya. UMNO dan BN lah yang mengajar anggotanya supaya sombong dan angkuh. Hanya kita sahaja yang bagus dan baik dan yang bagus dan baik mesti datang hanya daripada kita.

Wallahua'lam.

2 comments:

Bila Diary Bercerita said...

Salam,
Kebanyakan orang-orang kat dalam parti UMNO/BN tu sombong pasal perasan bahawa hanya mereka lah yang paling bagus untuk memberi kesejahteraan pada rakyat.
Jarang sesangat mereka-mereka ni nak bermuhasabah diri walaupun kalah di KT....

Saya nak link kan blog anda di blog saya...no hal kan...

Yanaam said...

Terima kasih kerana menjenguk dan memberi komen.

Anda bebas untuk link blog saya.