Wednesday, January 28, 2009

Fitnah kepada seorang Imam

Ramlang Porigi, nama yang tersohor dalam isu Sumpah Keramat Saiful Bukhari di Masjid Wilayah telah dipecat daripada jawatannya. Dia kini tiada kerja.

Begitulah kejamnya orang politik. Selepas memaksa imam tersebut menjadi saksi, menutup peluang kepada nya untuk membela diri memberi penjelasan melalui media, kini dia dibuang kerja.

Dia cuba berpaut pada dahan yang lagi satu, naik ke pentas ceramah dan beri penjelasan. Dia yang ketika itu hanya nampak itulah sahaja peluang terbaik untuk membersihkan namanya yang menjadi bahan fitnah. Tapi fitnah lain pula menimpanya. Kesian dia. Seorang imam muda dengan begitu mudah diperkotak-katikkan oleh orang-orang politik.

Siapakah yang akan datang membela nasibnya ? Puak yang lagi satukah ? Atau dia akan terbiar begitu tanpa pembelaan, tanpa kerja ? Kerajaan Selangor tak boleh bantukah beri pekerjaan yang sesuai untuknya. Itulah harapan saya.

1 comment:

Anonymous said...

Dari segi perkhidmatan, beliau telah melanggar tatacara penjawat awam apabila berceramah di atas pentas politik. Saya percaya kerana itu beliau telah dipecat dari jawatan beliau.

Tapi jangan tanya saya sekiranya beliau berdiri di atas pentas lain, beliau akan dipecat atau tidak...

Sepatutnya semua penjawat awam tahu batas mereka... mungkin beliau terlupa kerana terlalu tertekan dengan tohmahan yang diterima... dan saya bersimpati dengan nasib beliau