Noh: PAS tohmah Tekun 'cekik darah'
Mar 31, 09 12:07pm
Datuk Noh Omar membidas pembangkang kerana menyifatkan skim pembiayaan Tekun Nasional bagi membantu usahawan kecil menyerupai peminjam wang haram yang "mencekik darah".
Tekun cekik darah, saya tak tahu. Yang saya tahu, kalau nak pinjaman Tekun, kena isi borang UMNO.
Berita terkini pula, MARA, sebuah lagi agensi dibawah MECD kini kehabisan wang. Nak bayar elaun pelajar pun tak ada duit. Pinjaman untuk usahawan dah diluluskan tetapi cek tak keluar-keluar. Macam-macam helah dan alasan digunakan. Sebenarnya, MARA tak ada duit. Agaknya semua dah dikeluarkan sebelum Pemilihan Umno baru-baru ni. Nak bertanding punya pasal, semua mesti lulus dan keluar dengan cepat dan berkesan.
Tahniah kepada menterinya, Noh Omar kerana menang MT. Antara yang mendapat undian tertinggi pulak tu.
Sekarang, kalau anda ke Pejabat MARA Daerah atau Negeri, mereka kata, pinjaman dibekukan buat sementara waktu. Menggelupur usahawan bumiputera nak cari duit nak biaya projek. Dah lah ekonomi teruk. TERBARU, ada kontraktor terima cek tendang daripada MARA.
Menyanyi bukan main, UMNO TERUS MARA, UNTUK RAKYAT SEMUA.
2 comments:
UMNO terus kaya.....
untuk kroni-kroni saja...
Saya ada hantar komen di blog nohomar.blogspot.com, guna nama anonymous je. Ingatkan tak de orang mengadu. 2-3 hari, tak ada respon dan komen saya tak juga keluar.
Hari ini, semua komen dah disiarkan. Ramai juga yang mengadu rupanya selain saya. Tapi tiada jawapan setakat ini. Tunggu duit Kementerian Kewangan la tu.
Syarikat tempat saya kerja pun terjejas. Projek tak boleh deliver sebab masalah kewangan. Silap-silap kena blacklist nanti sebab projek tak siap ikut jadual.
Post a Comment