Tuesday, December 21, 2010
Belajar drp sejarah
Pada masa lepas, sejarah terlalu menekankan aspek tarikh dan peristiwa sahaja. Juga nama2 tokoh sejarah itu. Saya tidaklah menafikan pentingnya semua itu tetapi apa yang lebih penting ialah pengajaran yang boleh diambil daripada sejarah itu. Juga sejarah tidak boleh dilihat dari kaca mata si penulis sahaja tetapi perlu juga ada kritikan supaya pelajar boleh berfikir sendiri selain mengkaji juga sumber lain selain drpd apa yang dihidangkan dalam buku teks.
Contohnya, dalam isu campur tangan Inggeris di Perak, bagaimana ianya berpunca, bahayanya bila pendatang asing terlalu ramai dibawa masuk (untuk melombong timah) hingga wujud suasana terancam oleh kongsi gelap, diburukkan lagi dengan anggota keselamatan daripada India, dan pembesar2 melayu pula ghairah berebut takhta.
Hari ini, pendatang asing pun ramai juga, pengawal keselamatan pun diimpot juga dan pembesar2 melayu pun bertelagah juga. Juga tentang bagamana mudahnya pembesar2 melayu tertipu dengan perjanjian dengan Inggeris kerana mahukan kuasa dan kekayaan hasil negeri. Bila dah tahu kena tipu, barulah nak menentang penjajah kononnya.
Bila baca sejarah hari ini tentang pemberontakan Dato Bahaman di Pahang, seolah2 Dato Bahaman lah punca kekacauan di Pahang, mengutip cukai secara haram. Sepuluh orang polis Melayu dan 25 orang polis Sikhs dikerah untuk memerangi kumpulan Dato Bahaman. Siapa yang jahat ? Kumpulan Dato Bahaman kah atau 10 orang polis melayu yang mencari rezeki secara makan gaji itu ? Bagaimana kalau orang Dato Bahaman itu adalah datuk moyang kita ? Atau 10 orang melayu itu yang datuk moyang kita ? Kepada siapa kita nak marah ? Shamsiah Fakeh kah atau askar melayu yang makan gaji ? Mereka semua adalah mangsa tipu helah Inggeris dan pembesar2 melayu yang sebenarnya hanya mementingkan kekayaan keluarga dan nafsu serakah sendiri. (Bukan semua pembesar melayu begitu)
Sejarah bukan hanya untuk dibaca tetapi difahami, dibuat perbandingan, dikritik dan diambil iktibar.
Thursday, December 02, 2010
Dari blog AdukaTaruna
Ianya membuatkan gua berfikir dan terus berfikir. Sektor bawahan seperti Pengawal Keselamatan, car wash, dobi, orang kampung, buruh lebih ramai. Jika kita belajar dari sunnah alam yang Allah create ni, nyamuk lebih ramai dari katak, katak lebih ramai dari ular. Kelompok bodoh lebih ramai dari kelompok sederhana, kelompok sederhana lebih ramai dari cerdik.
Jadi, apakah sebab itu, Allah tidak sunnahkan hak memilih pemimpin diberikan secara terbuka? Di mana kelompok manusia bodoh adalah teramai sekali dalam sistem Allah ini?
Menarik untuk direnung2kan.
Masalahnya, yang cerdik pandai bila diberi kelebihan untuk memilih pemimpin mengambil kesempatan untuk kepentingan diri sendiri. Manakala jika hak memilih pemimpin diberi kepada semua orang, yang cerdik pandai tetap mengambil peluang memperbodohkan, menipu, memperalatkan orang ramai untuk kepentingan sendiri.
Apa yang penting ialah ilmu, iman dan taqwa. Lebih malang jika yang berilmu, beriman dan bertaqwa berantakan kerana berebut kuasa.
Tuesday, November 30, 2010
Kuasa raja selepas Pindaan Perlembagaan 1983
Daripada laporan di atas, ada beberapa kesimpulan yang boleh dibuat.
1. Kuasa raja dalam perkara di atas telah dihapuskan oleh penggubal undang2 (parlimen) pada tahun 1983.
2. Kuasa raja itu hanya boleh dikembalikan dengan sokokongan 2/3 ahli parlimen.
3. Wujud kemungkinan pindaan semula tidak dapat diluluskan kerana sokongan ahli parlimen bukan melayu tidak dijamin akan diperolehi dengan mudah. Ini bermakna ahli2 parlimen bukan melayu kini lebih berkuasa daripada ahli parlimen melayu bahkan daripada raja-raja melayu itu sendiri.
Kesimpulan2 lain boleh difikirkan sendiri.
Persoalannya :
1. Siapakah barua yang menerajui pindaan perlembagaan 1983 itu ?
2. Siapakah barua yang selama ini mengatur dengan bodoh agihan kerusi2 parlimen dan persempadanan pilihanraya sehingga kuasa melayu dan kuasa raja2 melayu terhakis ?
3. Tidakkah pindaan perlembagaan dan persempadanan pilihanraya hanya boleh diluluskan oleh parlimen jika mendapat sokongan 2/3 majoriti di parlimen ?
4. Siapakah selama ini yang menguasai 2/3 majoriti parlimen ?
Jawapan saya ialah UMNO dan UMNO lah yang menjadi Pak Kaduk selama ini, bongkak dengan kuasa, mengatur segala percaturan kuasa hingga menggadai kuasa melayu, menggadai tanah melayu, menggadai khazanah negara termasuk air (seperti perjanjian bodoh dengan Singapura), menggadai khazanah hutan balak dan berbagai2 kebodohan lagi.
UMNO menang sorak tapi kampung tergadai. Lepas itu menyanyi lagu anak kecil bermain api, "Bumi dipijak milik orang". BODOH PUNYA UMNO.
Sekarang UMNO merayu supaya kuasa mereka dikekalkan, supaya mereka dapat meneruskan kerja bodoh mereka.
Friday, October 29, 2010
Misteri gadis misteri
Berminggu2 berita tersiar. Hairan sungguh. Macam mana dia boleh hilang ketika dikawal ketat oleh ahli keluarga. Ada batu2 permata dalam kain kuninglah dan macam2 kejadian aneh berlaku. Ayah Pin hilang tak pula dianggap misteri. Mungkin sebab Ayah Pin dah kabor awal2 dia naik ke langit. Nampak macam Siti Balkis lebih hebat drp Ayah Pin pula.
Bayak sangat percaya dengan benda2 khurafat kot. Satu keluarga kena jalani program pemulihan akidah ni. Minat sangat nak berkawan dengan jin dan makhluk ghaib. 1Malaysia kena tipu.
Aku bukan tak percaya dengan makhluk ghaib seperti jin ni. Dah dalam Quran pun ada sebut. Sihir pun memang wujud. Tapi semua benda ni lebih banyak menjadikan kita sesat dan syirik kepada Allah. Sebab tu Allah haramkan sihir dan tiada keampunan untuk orang yang syirik.
Kita tunggu Siti Balkis ghaib semula lepas ni dan kita tengok apa reaksi orang ramai selepas ini.
Sunday, October 24, 2010
PAS ganti UMNO
KUALA TERENGGANU, 23 Okt: Pendukung parti di negeri ini hendaklah merealisasikan agenda PAS menggantikan Umno dengan menekankan kepada gerakan dakwah terhadap golongan Umno dan atas pagar.
Jangan berfungsi sama macam UMNO sudahlah. UMNO berperanan mengutamakan dan mengenyangkan kroni, sombong dan angkuh, tidak mempedulikan akhlak Islam, tidak peka dengan syariat Islam, mengutamakan duniawi sahaja, mengkhianati amanah rakyat marhaen, menggadaikan tanah rezab Melayu dan banyak lagi.
Thursday, October 07, 2010
3 sifat
1. saling menekuni aspek kepemudaan,
2. hampir dengan nilai keagamaan dan
3. memberi “dokongan baik” kepada Anwar.
Saya pernah hadir ke satu kursus. Moderator kursus meminta setiap hadirin supaya memilih tiga haiwan yang boleh menggambarkan sifat dan watak yang hampir dengan diri kita.
Saya dah lupa apa haiwan pilihan saya. Yang pentingnya ialah watak dan sifat di situ, bukan haiwan itu.
Di akhir kursus, moderator memberitahu kenapa dia suruh kita membuat 3 pilihan itu.
Katanya, pilihan pertama sebenarnya adalah sifat yang kita mahu orang melihat kita. Dalam contoh di atas misalnya, Mustaffa mahu dirinya dilihat sebagai seorang yang tekun kepada aspek kepemudaan.
Sifat kedua, sebenarnya adalah sifat yang dilihat orang pada diri kita. Bermakna, Kebanyakan orang melihat Mustaffa sebagai seorang yang hampir dengan nilai keagamaan. Saya sendiri pun melihat begitu. (saya pernah menyertai usrah anjuran PKPIM ketika Mustaffa menjadi pemimpinnya).
Sifat ketiga sebenarnya bermaksud itulah sifat kita yang sebenarnya.
Betul atau tidak, Wallahua'lam.
Tuesday, October 05, 2010
Bangunan Persatuan Anak2 Terengganu dirasmikan
Bangunan empat setengah tingkat itu adalah hasil keprihatinan kerajaan negeri yang meluluskan pembiayaan penuh pembeliannya sebanyak RM4 juta, sekali gus menjadi pusat aktiviti bagi anak Terengganu di Kuala Lumpur dan Selangor.
Lokasinya ialah dekat dengan Giant Hypermarket, Kota Damansara. Koordinatnya lebih kurang 3° 09' 17 N dan 101° 35' 34 E.
Aku rasa aku tak pernah sampai lagi kat sana. Area Kota Damansara ni, aku kurang mesra kawasan.
Di laman web PESAT, jumpa pulak SOKMO The Cafe yang lokasinya ialah di Setia wangsa, dekat Giant Supermarket di Setiawangsa. Koordinatnya lebih kurang 3° 10' 45 N dan 101° 44' 37 E. Nak kena try sekali tu.
Koordinat2 di atas adalah mengikut Google Earth.
Wednesday, September 29, 2010
Penapisan media
Penapisan media tetap diperlukan di negara ini. Ia untuk menjamin keharmonian kaum, agama serta menjaga akhlak. Kita tentu tidak mahu melihat ada agama dihina, ada kaum tertentu diejek dan kita juga tidak mahu melihat akhlak masyarakat Malaysia runtuh kerana kebebasan media. Begitu juga rahsia kerajaan yang berkait dengan isu keselamatan negara.
Dalam Islam, mencegah kemungkaran itu wajib disamping mangajak kepada kebaikan. Kedua-duanya serangkai dan perlu sentiasa secara bersama. Kita tidak perlu ikut telunjuk barat dalam hal menjaga kepentingan negara dan rakyat kita.
Bagaimanapun, ada juga bentuk penapisan hanya untuk menegakkan benang yang basah. Pendapat yang betul dan bernas kadang2 dipadamkan hanya kerana ia bukan daripada idea parti pemerintah atau pro parti pemerintah. Kalau kita baca akhbar tempatan misalnya, kita boleh muak dan nak termuntah membaca pandangan yang hanya berpihak kepada sebelah pihak sahaja. Tak ada pro dan kontra langsung. Tiada perdebatan yang sihat di situ. Seolah2 itulah budaya masyarakat yang kita mahukan. Demokrasi terpimpin. Angguk2, ikut telunjuk.
Penapisan yang keterlaluan sebeginilah yang kita tidak mahu.
Wednesday, September 22, 2010
Banci 2010
Di Terengganu, ada pembanci dilaporkan mengisi sendiri borang bancian dengan nama yang bukan2. Khabarnya, bancian 2010 menunjukkan jumlah penduduk di Terengganu sudah berkurangan berbanding 10 tahun lepas. Jangkaan jabatan perangkaan adalah sebaliknya.
Budak2 pembanci hari ini ramai yang tak boleh diharap. Kerajaan nampaknya perlu menukar kaedah bancian sedia ada kepada kaedah baru yang lebih sesuai. Angka bancian yang salah akan memberi implikasi yang salah kepada rakyat. Apa maknanya kerajaan berbelanja berjuta ringgit untuk kerja banci sedang maklumatnya salah ?
Dalam kes di Terengganu misalnya, peruntukan kerajaan pusat untuk negeri itu akan dikurangkan kerana bilangan penduduk sudah semakin berkurangan walhal kalau keadaan sebenar adalah sebaliknya, tentu ini tidak adil untuk rakyat negeri Terengganu.
Ada juga laporan mengatakan borang bancian menunjukkan maklumat terisi tidak tepat. Ada pembanci yang memandai2 mengisi sendiri borang bancian sehingga tuan rumah pun tak kenal nama seperti yang tertulis dalam borang yang sudah terisi.
Kalau masa sekolah lagi dah suka ponteng, menipu guru, menipu ibu bapa dan sebagainya, maka bila sudah bekerja, janganlah diharap sangat mereka akan amanah melaksanakan tanggung jawab. Dan rezeki yang diperolehi dengan cara yang menipu itu pula disuapkan untuk anak2. Semakin rosaklah generasi kia akan datang.
Kembalilah kepada Islam.
Monday, August 23, 2010
Zakat melalui SMS
Sejurus sebelum dan selepas setiap solat fardhu, selalunya amil sudah tercokoh menunggu bayaran zakat daripada orang ramai. Ada banyak masa tu... Kot ye pun, jejak lah kaki tu ke masjid atau surau. Alergik benar ke dengan masjid dan surau.
Ada juga yang nak ambil waktu afdhal, berbaris nak bayar zakat di pagi ramadhan. Mana sempat lagi? Kalau seorang ambil masa 3 minit, 10 orang dah 30 minit. Amil pun nak solat sunat aidil fitri juga. Masalahnya yang berbaris tak putus2 datang. Masing2 tak pula bawa duit cukup2. Akhirnya amil belah dan selebihnya tak sempat bayar zakat.
Sebenarnya, saya pun belum bayar zakat lagi untuk tahun ni. eheee..
Friday, August 20, 2010
Panduan memilih teman
Adapun rakan baik adalah seperti pembawa wangian, ia (membawa kesan kebaikan) iaitu sama ada ia akan menghadiahkanmu wangian, atau kamu membeli daripadanya ataupun kamu dapat bauan wanginya juga. Rakan buruk seperti tukang besi penyala api pula, sama ada akan membakar bajumu atau akan mendapati bauannya (peluh) yang tidak enak." (Riwayat Muslim)
Kesimpulannya, wajiblah seseorang itu mencari rakan yang baik termasuk teman lelaki.
Antara tanda lelaki itu baik adalah dia tidak membicarakan soal seks atau perkara yang menaikkan syahwat, tidak kira sama ada dalam perbualan ketika berjumpa, melalui telefon atau SMS.
Mana-mana lelaki yang membicarakannya atau meminta sebelum bernikah adalah jahat dan tidak layak dijadikan suami atau itulah bakal suami penzina, kecuali jika mereka juga bertaubat.
Thursday, August 19, 2010
Katakan TAK NAK kepada zina
Saya percaya, berleluasanya video lucah yang tersebar dengan mudah melalui internet dan mms, kini video lucah berada dalam poket kebanyakan anak muda kita.
Perbuatan2 yang paling mendorong kepada zina (mendekati zina):-
1. Bersunyi2an dengan pasangan.
Selalunya, bila pasangan itu memilih untuk bersunyi2an, mereka sudah berniat untuk menghampiri zina.
2. Bersentuhan.
Jangan sesekali membuka ruang untuk bersentuhan walaupun dengan berlapik. Bila sudah terbiasa bersentuhan, ia akan melarat kepada perbuatan meraba.
3. Dedah aurat.
Ada yang rela mendedahkan auratnya kepada pasangan dengan alasan sudah bertunang, dah dekat nak kawhin dan berbagai alasan lain.
4. Menonton gambar/video lucah.
Kepada ibu bapa, rajin2lah tarbiyah anak2 anda. Berikanlah peringatan/tazkirah kepada tanggungan anda.
"Dan tetap tekunlah Engkau memberi peringatan, kerana Sesungguhnya peringatan itu mendatangkan faedah kepada orang-orang yang beriman." AzZariyat:55
"9. Oleh itu berilah peringatan (kepada umat manusia dengan ajaran AlQuran), kerana sesungguhnya peringatan itu akan mendatangkan manfaat;
10. kerana orang yang takut (melanggar perintah Allah) akan menerima peringatan itu;
11. dan (sebaliknya) orang yang sangat celaka akan menjauhinya," Al A'la:9-11
Susah benarkah nak elak 4 perkara di atas ?
Kerajaan pernah berbelanja besar untuk kempen anti rokok. Kenapa kerajaan tidak peruntukkan pula untuk kempen anti zina ?
KATAKAN TAK NAK KEPADA ZINA !!!
Wednesday, August 04, 2010
Kematian bekas Adun Permatang
Apa makna spekulasi ? Laporan polis di atas tu bukan spekulasi ke ? Atau wartawan yang cuba buat spekulasi ? Atau spekulasi ialah kemungkinan wujud pihak ke tiga yang membunuh kedua2 mangsa ?
Moga kita, saudara2 kita dan anak keturunan kita semua dimatikan Allah dalam "husnul khatimah", mati dalam Islam atau sebaik2nya syahid di jalan Allah.
Monday, July 26, 2010
Harussani dan politik perpaduan
Saya tak setuju perkara ini dipanjangkan lagi hingga ke tahap saman menyaman. Walaupun kesan nya agak meresahkan PAS, tapi saya fikir ia sudah reda. Kalau diteruskan untuk diperbesarkan, keputusan di tangan kita sendiri.
Bagi saya, PAS tidak sesuai bekerja sama (dari segi politik) dengan UMNO. Biarlah PAS di sebelah pihak dan UMNO di sebelah pihak yang lain. Itu lebih baik. Ia satu alternatif kepada orang Melayu. UMNO bukan bagus mana pun. Sejarah telah menulis berbagai kecuaian dan kerugian yang ditanggung oleh orang Melayu kerana politik UMNO. PAS pula bukan maksum. Bukan semua pemimpin PAS itu cekap bekerja dan berpandangan jauh. Sebagai sebuah negara demokrasi, biarlah orang Melayu mempunyai pilihan. Saya percaya orang Melayu akan semakin matang berpolitik jika ada pihak yang melihat sesuatu isu dari sudut yang berbeza.
Pada tahun 70an, ketika PAS berada dalam BN, kita dapat lihat bagaimana kedua2 parti sentiasa curiga mencurigai. Misalnya, UMNO tak suka PAS tubuh cawangan di kawasan yang sudah ada cawangan UMNO. Sedangkan PAS menganggap mereka bukan sekadar berpolitik tetapi berdakwah. Hari ini, kita dapat lihat banyak kawasan yang sudah ada cawangan UMNO, masih dibuat cawangan baru sebab orang UMNO berebut jawatan. Mana mungkin PAS tak boleh kembangkan sayap di kawasan baru hanya kerana ada UMNO ?
Contoh lain, ketika dalam BN, PAS dikatakan mengambil kesempatan meluaskan pengaruh melalui jentera kerajaan. UMNO tak pernah ambil kesempatan kah ? Bukankah hari ini, jentera kerajaan itu sudah jadi jentera UMNO ?
UMNO juga terlalu dominan dalam BN. Ketika dalam BN, pemilihan MB PAS Kelantan pun kena ikut telunjuk UMNO. Sebelum menyertai BN, PAS ada MB sendiri. Bebas buat pilihan sendiri. Tapi bila masuk BN, kena jadi pak turut UMNO pula. Kerja sama apa macam tu. Kalau anda baca semula ucapan Tun Hussein Onn dan ucapan Dato' Asri selepas PAS dipecat drp BN, anda pasti akan dapat gambaran pandangan dari kedua-dua pihak.
Kesimpulannya, perkahwinan yang tak sampai 10 tahun (lebih kurang 5 tahun sahaja) itu tidak bahagia. Masing2 memendam rasa curiga. PAS kata UMNO ambil kesempatan memecah belahkan PAS. UMNO kata PAS degil, tak mahu dengar cakap dan suka buat keputusan sendiri. PAS kata UMNO cuba mengongkong PAS, UMNO cuba jadi juara membela nasib orang Melayu melalui tipu helah (isu balak misalnya). UMNO kata PAS tidak menghormati prinsip kerja sama dalam BN. Dan macam-macam lagi.
Kedua2 pihak masih boleh kerja sama kalau masing2 menhormati undang2 sedia ada. Konsep federalisme, hak rakyat untuk membuat pilihan, laporan media yang bebas dan adil, pihak berkuasa yang tidak dikawal oleh kuasa politik kepartian perlu dihormati. Kalau orang Cina boleh bekerja sama untuk pelajaran kaum mereka, untuk kebudayaan kaum dan untuk ekonomi bangsa mereka, walaupun berbeza parti politik, kenapa Melayu tak reti nak bekerja sama ? Sampaikan hak kerajaan negeri pun tidak lagi dihormati walhal negeri itu dikuasai oleh orang Melayu.
Dulu ketika Gerakan menguasai P.Pinang, kerajaan yang dipimpin oleh orang Cina mendapat layanan lebih istimewa daripada kerajaan Kelantan yang dipimpin oleh Melayu Islam. Sang mufti tak bising pula masa itu.
Saturday, July 17, 2010
Rakyat sambut baik kenaikan harga minyak dan gula.
Kenaikan harga itu dijangka akan menyelesaikan beberapa masalah yang selalu menghantui rakyat. Antaranya :
1. Kekurangan gula dalam pasaran dijangka pulih.
2. Taraf kesihatan rakyat akan bertambah baik.
3. Kesesakan jalan raya dijangka berkurangan.
4. Rakyat akan lebih berjimat cermat dan mengawal sikap boros rakyat selama ini.
5. Kos sara hidup yang meningkat akan mendidik rakyat menjadi lebih bijak berbelanja seperti bijaknya kerajaan menguruskan negara.
6. Subsidi yang selama ini tersasar daripada golongan sasaran dijangka akan kembali kepada pihak yang sepatutnya menerima.
7. Orang miskin akan bertambah kaya dan orang kaya tidak teruk terjejas.
8. Melemahkan aktiviti penyeludupan gula, petrol dan diesel.
Serentak dengan itu, orang Melayu diseru supaya bersatu di bawah payung UMNO atau PERKASA supaya subsidi untuk orang Melayu dapat disampaikan secara cekap dan telus selaras dengan perkara 153 perlembagaan negara.
Sekian. Terima kasih.
Pecah kaca pecah gelas. Lepas baca jangan frust.
Wednesday, June 30, 2010
16.5 Juta Saman Bernilai RM2.7 Bilion Gagal Dikutip
KUALA LUMPUR: Kira-kira RM2.7 bilion daripada 16,529,848 saman tertunggak lalu lintas gagal dikutip kerajaan antara tahun 2000 dan 2008, kata Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Rahim Bakri.
Daripada jumlah itu, majoriti adalah saman polis sebanyak 15,220,358 manakala yang lain melibatkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sebanyak 470,983 dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sebanyak 838,507 saman.
Setahu saya, kebanyakan saman yang gagal dibayar adalah saman kenderaan milik syarikat. Polis hanya memburu pemilik kenderaan persendirian tetapi tidak/kurang mempedulikan kenderaan syarikat. Pernah pihak polis cari pemilik kenderaan hingga ke rumah tetapi saman kenderaan syarikat beratus ribu, tiada kedengaran tindakan diambil. Ada syarikat yang sudah ditutup, sudah bertukar nama dan sebagainya.
Saya pernah semak suatu ketika dahulu, saman syarikat USPD (Usahasama Proton-DRB Sdn Bhd) yg kini dikenali sebagai Proton Edar (?). Ada berpuluh saman. Ketikat itu syarikat itu sudahpun bertukar nama. Itu belum lagi syarikat seperti PLUS, Syarikat2 bas dan lain2 syarikat pengangkutan. Syarikat tempat saya kerja sendiri ketika itu juga ada lebih kurang 8 saman. Saya tak fikir syarikat2 ini bayar saman. Sebab polis pun tak peduli kecuali jika berlaku kemalangan maut, baru polis semak semula rekod saman.
Minggu lepas, nasib baik saya terlepas drp kena saman selepas polis yang menahan saya (kerana kesalahan langgar lampu isyarat) kesian dengan saya. Saya tak perasan sungguh. Alhamdulillah. Terima kasih polis. :)
Monday, June 28, 2010
Komen yang kurang cerdik
Bekas Exco kerajaan negeri, Dato’ Ustaz Abu Bakar Chik menyifatkan tindakan Umno/BN Terengganu sedemikian (rombakan kecil barisan exco) adalah disebabkan ‘tidak sedap duduk’ oleh kerana ‘kepanasan’.
“Maknanya Terengganu ni, sebenarnya Umno ni dia ‘kepanasan’, jadi kalau dia panas dia (Umno) tak sedap nak duduk.."
Orang politik mana boleh duduk diam2. Dia kena bercakap sokmo. Tapi nak bercakap, biarlah berfikir panjang. Nak kritik, biarlah nampak berisi, bernas dan wajar.
Kritikan di atas langsung tak menunjukkan isi yang bernas. Habis, hari tu kerajaan PR Kedah buat rombakan kecil exco, sebab yg sama juga kah ? Kelantan lantik timbalan exco sebab kepanasan juga kah ? PKR Selangor tukar ketua sebab tak senang duduk jugak kah ?
Dia bukan bodoh tapi kadang2 manusia suka buat2 bodoh. Pemimpin bukan tak tahu bila masa perlu buat rombakan exco, ubah pendekatan, tukar strategi dan macam2 perlu berubah. Jadi tak perlulah buat komen bodoh yang tak perlu. Jangan perbodohkan pengikut2 sendiri sebab penyokong2 sendiri pun boleh meluat bila dengar pemimpin cakap tak ada isi.
Tuesday, June 22, 2010
UPSR dan PMR : Berorientasikan peperiksaan
Saya rimas melihat anak2 pada hari ini yang siang malam asyik ke kelas untuk mengejar sasaran semua A. Pagi, petang dan malam asyik ke kelas. Darjah satu dah pergi kelas tuisyen. Ada yang hantar anak ke kelas tambahan seawal usia tadika. Ibu bapa merungut masalah perbelanjaan yang tinggi, tetapi tiada pilihan jika mahu anak2 mampu bersaing.
Anak2 diberi dorongan, kalau dapat semua A, nanti dapat masuk asrama. Walhal pada tahun 2009, daripada 23,000 permohonan ke MRSM, hanya 5,320 orang sahaja yang diterima masuk. Maknanya, puluhan ribu yang dapat semua A tak dapat masuk asrama. Yang diterima masuk pula, ada yang menggunakan kabel politik. Kuota menteri, kuota pengerusi dan sebagainya.
Pernah jadi, kes dimana seorang yang berpengaruh melobi supaya anaknya diterima masuk ke MRSM. Surat sokongan menteri dikeluarkan. Selepas disemak, rupanya pelajar itu langsung tak buat permohonan. Maklumat pelajar tiada dalam komputer, macam mana nak dinilai ? Senang kan ? Beribu2 ibu bapa lain terkejar2 ke sana ke mari mengisi borang, dapat tanda tangan pegawai atau wakil rakyat, tapi sang egoist hanya menelefon atau belanja makan orang tertentu di restoran berhawa dingin 5 bintang untuk melobi.
Saya menyokong pemasuhan ini. Kata ketua pengarah pelajaran, "Kemasukan pelajar ke sekolah menengah yang dinilai melalui UPSR sebelum ini akan diteruskan dengan penilaian akhir tahun sekolah sahaja."
Anak2 belajar siang malam sampai tak sempat nak berdamping dengan masjid, masa bermesra dengan keluarga sangat terhad, cuti sekolah pun sibuk tuisyen. Ibu bapa tak sempat nak berbual2 pasal hal2 akhlak dan pergaulan anak2. Tiada sesi tazkirah untuk anak2. Perbualan hanya pasal pelajaran sekolah. Apa nak jadi dengan generasi akan datang ?
Yang dapat keputusan cemerlang, bila dah kerja bukan cemerlang pun. Ada yang tak reti buat kerja, lembap, malas, banyak bermain, tak kreatif, suka melawan, ego tak mahu dengar nasihat dan ada juga yang terlalu ikut dengan arahan macam robot yang diprogramkan. Tak ada arahan, kerja pun tak jalan.
Tuesday, June 08, 2010
Belum muktamad
2. Model baru ekonomi - Belum muktamad (selepas 3 bulan dilancarkan).
3. Penamatan pemberian subsidi - belum muktamad (seminggu selepas menteri di JPM bercakap).
4. Pembangunan Kg Baru - Belum muktamad (Kuota bahagian 40-60 untuk bumi dan non-bumi untuk projek pembangunan Kampung Baru).
Lain-lain
- Pengharaman penjualan rokok kotak 14 batang. (tempoh dilanjutkan beberapa hari sebelum tarikh kuat kuasa).
- Masihkah anda ingat, penguatkuasaan pemasangan tali pinggang keledar belakang ? Ditarik balik selepas beberapa saman sudah dikeluarkan ?
- Royalti petroleum Terengganu ? Ketika PRK KT, janji untuk beri semula royalti. Sekarang dikatakan Terengganu tidak layak royalti.
Bolehkah kerajaan BN dipercayai ? Kerjasama strategik Proton-VW tidak diteruskan. Sebab bila kerajaan BN campur tangan, bila Umno campur tangan, bila PERKASA campur tangan, keputusan akan jadi kluk-klek.
Bukan salah kalau kerajaan kaji semula keputusan. Kesan jangka panjang dan keluhan rakyat perlu diambil kira. Tapi kalau dah kerap sangat keputusan ditukar kepada tidak muktamad, jadi hilang kredibiliti kerajaan. PM dan kabinet jadi bahan jenaka. Jangan cuba jadi raja lawak, nanti ada yang kena baling gelas. :)
Adat dan budaya melayu
Melayu memang kaya dengan adat dan budaya. Ada yang boleh dipermodenkan sebagai tarikan pelancong dan ada yang terpaksa dikuburkan terus kerana tuntutan syariat.
Suatu ketika ada pihak mahu supaya tarian kuda kepang dihidupkan semula. Saya percaya, mereka tentulah daripada keturunan penggiat asal tarian tersebut. Untuk rekod, tarian ini sudah difatwakan haram oleh mufti Johor kerana unsur2 pemujaan hingga peserta jatuh pengsan akibat dirasuk.
Pada masa lain, ada juga yang berusaha menghidupkan semula pesta main pantai di Terengganu. Ada yang mahu pesta mandi safar di Tanjung Kling, Melaka di hidupkan semula. Sesetangah adat dan budaya masih diamalkan terutama oleh pihak istana yang sangat kuat mahu mempertahankan adat nenek moyang. Lenggang perut, mandi buang sial, menepung tawar dan macam-macam lagi. Ia boleh didokumentarikan dan dijual kepada Discovery Channel dan sebagainya.
Banyak lagi adat budaya melayu yang sudah luput. Makyong belum luput lagi tapi orang melayu dalam dilema dalam menilai persembahan kebudayaan ini. Pelancongan memang memberi hasil pulangan yang lumayan, seperti juga lumayannya hasil judi.
Ia adalah sebahagian drp dilema orang melayu. Orang Cina masih boleh teruskan budaya tarian naga dan tarian singa atas nama budaya dan pemimpin2 kita termasuk yg digelar tok guru turut tampil memberi sokongan walaupun saya melihat ia sebagai mempunyai unsur2 syirik walaupun tiada kaitan dengan agama anutan mereka.
Bila kita memilih Islam, budaya kita mestilah juga islamik. Suka atau tidak, untung atau rugi (dr segi duniawi), amalan nenek moyang atau apa juga alasan, kalau sudah nyata haramnya, sepatutnya kita tidak lagi mencari alasan, ruang atau jalan untuk menghalalkannya semula. Sifat teragak2 kita, ragu2, was2 semuanya adalah bisikan iblis dan syaitan yang tak akan berhenti dan tak akan berputus asa dengannya.
Orang ramai terutamanya ustaz2 sewajarnya menghindarkan terus daripada terlibat dengannya. (Ada ustaz tolong tepung tawar dalam majlis perkahwinan dan majlis perasmian projek). Susahnya untuk berkata TAK NAK !
Friday, June 04, 2010
PM Malaysia tidur lewat
Monday, May 24, 2010
Gerakan : PAS amalkan diskriminasi
PAS masih mengamalkan dasar diskriminasi terhadap golongan bukan Islam di dalam partinya.
Perkembangan terkini juga jelas menunjukkan ahli-ahli Kelab Penyokong PAS, yang terdiri dari golongan bukan Islam, akan terus terpinggir dengan keahlian "kelas kedua".
Memang double standard. Sebagai contoh, kalau ahli Muslim PAS minum arak, saya pasti, ahli itu akan dipecat. Pas mesti mahu mahkamah menjatuhkan hukuman sebat kepada ahlinya itu. Kalau ahli Dewan Penyokong PAS pula minum arak, apa tindakannya ? Mungkin nasihat atau kata dua saja kot. Atau tiada tindakan apa2 ?
Kalau bersekedudukan pula macam mana ? Yang berjudi ? Kalau ahli Dewan penyokong PAS mahu layanan sama rata, rasanya bukan susah. Pas tentu lagi suka.
Apapun, saya tak pasti apakah etika dan displin yang perlu ada pada ahli Dewan penyokong PAS nanti.
Dulu, ketika keahlian Umno dibuka kepada penduduk Sabah, ada pemimpin Pas kata, sekarang orang Umno dah makan babi (Umno Sabah). Yang kristian pun ada.
Lepas ini, apakah kita akan mendengar pula, orang Pas pun ada yang makan babi ?
Dilema melayu
Friday, May 14, 2010
2 hari tak cuci, simpan bukti
Sukar dibayangkan. Selepas bluah kena pancut, dia terus pakai seluar. Lap pun tidak, cuci pun tidak, mandi pun tidak. Bukan setengah hari tapi 2 hari. Tujuannya untuk simpan bukti. Tapi pada masa itu, belum buat keputusan untuk lapor pada polis lagi. Macam simpan untuk kenangan je....?
Memang genius la budak tu. Heran juga, macam mana dia boleh gagal tamat pelajaran di Uniten ?
Tuesday, May 11, 2010
Judi, arak, pelacuran. Semua itu hasil.
Kelab2 dan persatuan2 bola sepak di Malaysia selalu tak cukup wang untuk membiayai pasukan. Saya pernah cakap dengan kawan saya, kelab2 luar negara banyak duit sebab mereka perolehi melalui industri perjudian, selain turut ditaja oleh syarikat arak. Di Malaysia, rokok yang makruh pun tak boleh nak jadi penaja kerana ia sudah menjadi peraturan seantero dunia.
Tapi saya percaya ada pihak yang dah lama idamkan industri judi dalam bolasepak di Malaysia. Tak hairanlah ada yang mahu halalkan judi bola sepak piala dunia untuk test market. Presiden FAM pun tentu menyambut baik idea yang bernas, asal dapat tambah wang persatuan. (Siapa presiden FAM ? Saya tak ingat dan malas nak google). Tahun 1998, ketika sukan Komanwel di KL, iklan arak cuba diperluaskan ke dinding2 bas awam di KL. Akibat bantahan, iklan2 yang sudah berleluasa di sekitar KL itu ditarik balik. Ini semua idea siapa. Tauke melayu ke tauke Cina ? Atau tauke dari barat ? Yang pasti, CEO Sukom 98 Berhad adalah orang melayu Islam.
Percayalah, bukan semua melayu bantah. Melayu korporat yang kini mengaut untung menjadi ahli lembaga pengarah dan pengurus2 di syarikat judi dan syarikat arak di Mallaysia tentu tak bantah malah menyambut baik cadangan sebegitu. Ia membantu meningkatkan angka purata pendapatan bumiputera.
Setakat ini, tiada komen daripada ketua2 agama di negeri2 tanah melayu ini. Kata Umno (hari ini), titah Sultan mesti dijunjung. Ia adalah perintah yang wajib dipatuhi. Sultan adalah ketua agama di negeri masing2. Tapi ketua2 agama ini nampaknya tak sensitif langsung dengan isu judi bola sepak ini.
Berbalik kepada Piala Dunia, saya masih ingat, ayah saya meninggal dunia ketika Piala Dunia di Jepun/Korea pada tahun 2002. Kebetulan saya ambil cuti panjang untuk balik kampung. Belum sempat bercuti, ayah saya meninggal. Saya sambung cuti kecemasan (ayah meninggal) dengan cuti rehat yang sudah dirancang. Sempat kami tonton bola sepak di kampung. Seronok sebab dapat menonton ramai-ramai. Masing2 ada pasukan pilihan sendiri yang sengaja dipilih supaya berbeza2.
Setakat ini, kita tak tahu adakah sukan lumba F1 juga diwarnai dengan pertaruhan halal atau tidak. Goncang botol "Coca Cola" tu ada la. Yang pasti, hasilnya lumayan.
Saya pernah dibawa ke sebuah bangunan dekat kawasan Bukit Bintang, KL ketika satu musim F1. Ada satu tingkat, tukang bawa sebut, "kalau bernasib baik, kita berpeluang jumpa amoi2 cun berpakaian seksi." Difahamkan, amoi2 ini (bukan semestinya Cina) adalah pelayan2 yang digunakan ketika sukan F1 berlangsung di Sepang. Mereka melayan krew2, wartawan dan pelancong2 mat saleh. Dengan kata lain, ada industri pelacuran yang sebenarnya disedari oleh kerajaan tetapi didiamkan.
Kata Nik Aziz, ambo tak halalkan tuduhan dan fitnah kepada ambo. Bagi orang PAS, halal haram mungkin sensitif dan menggerunkan. Tapi bagi yang munafik, tak rasa apa2 pun. Yang penting, pulangannya. Kuasa, Wang, Pengaruh.
Tuesday, May 04, 2010
Sumbangan besar Ezam perangi rasuah
Berita Feb, 2004.
-----------------
“SEBENARNYA EZAM KEPALA GENG 12. DIA DAH RANCANG NAK MASUK UMNO. BILA SAYA TAHU RAHSIA, DIA PUSING CERITA DAN TUDUH SAYA. DIA BUANG SAYA”. - Lokman Nor Adam.
Kata Ezam , "Sekiranya kami bersedia menyertai Umno dengan tidak meletakkan pembebasan Anwar sebagai syarat, boleh tak Pak Aziz bantu kami dalam dua perkara. Pertama, agar kami diberikan jawatan politik dan kedua bantuan ekonomi". - Lokman Nor Adam (ketika Ezam berunding dgn Datuk Aziz Shamsuddin)
Maksud Ezam dia perlukan political role (peranan politik)". Tanya orang kuat Pak Lah itu lagi: "Yalah, what kind of political role (apa bentuk peranan politik) yang you mahu?". Maka sayapun menjawab: "Political role (peranan politik) ni macam minister (menteri) ke or at least Deputy Minister (atau sekurang-kurangnya timbalan menteri)". - Lokman Nor Adam (ketika berbincang dengan wakil Pak Lah)
p/s : Sejak 2003 lagi, Ezam mahu jadi menteri sebagai syarat masuk UMNO. Itu bukan rasuah ? Tak jadi menteri, jadi senator pun jadilah.
Friday, April 30, 2010
Ezam dapat senator, Ruslan Kassim dan Lokman Nor Adam ?
Dulu selepas Ruslan dan Lokman masuk Umno, macam2 tuduhan mereka kepada Ezam. Susah payah Ezam nafikan. Ruslan, Hamdan dan Lokman susah payah bantu Umno dalam PRU12.
Tiba2, Ezam senang2 dapat jadi senator. Tuah ayam nampak di kaki, tuah Ezam ada dalam kotak. Untung2 dapat jadi timbalan menteri.
Bagaimanapun, Lokman kini adalah exco pemuda Umno. Bezanya, Ezam dilantik oleh pemimpin, Lokman dipilih oleh pemuda2 Umno. Selain itu, kita mungkin tak tahu jawatan2 atau imbuhan2 lain yang mereka sudah raih sehingga kini.
Mesti banyak masyuk maa...!
Monday, April 26, 2010
Kaji semula pilihanraya kecil
Seperti jangkaan saya, BN akan menang. Cuma saya menjangka majoriti kemenangan adalah sekitar 3000 undi yang membawa makna, peluang BN merampas semula Selangor masih malap. Kalau majoriti 3000 undi pun malap, kurang drp itu tentulah lebih kelam lagi.
Namun trend pengundi boleh berubah2 mengikut isu dan suasana semasa. Rekod menunjukkan pilihanraya kecil di kawasan majoriti Melayu dan India selalu berpihak kepada BN. Benar, kerajaan Selangor kini dikuasai oleh PR tetapi apa yang lebih utama ialah penguasaan BN terhadap media2 utama serta jentera kerajaan pusat. Kuasa kerajaan negeri sangat terhad.
Dulu, kita tak tahu yang mana bidang kerajaan negeri, yang mana hak kerajaan pusat. Dulu bila ada projek, yang kita tahu ialah projek kerajaan yg diterajui BN. Ada projek kerajaan pusat, dirasmikan oleh pemimpin negeri dan seolah-olah menggunakan duit kerajaan negeri. Syukur, hari ini kita lebih memahami.
Tahniah kepada BN atas kemenangan ini. Tahniah juga kepada PR kerana berjaya mengekalkan momentum sokongan rakyat kepada PR. Kemenangan PR di Hulu Selangor dlm PRU2008 banyak bergantung kpd faktor calon, calon BN dan calon PKR.
Kerjasama erat dalam PRK kali ini diharap dpt memahat ingatan kepada semua pihak dlm PR bahawa rakyat pelbagai kaum menerima konsep PR, bahawa PAS, DAP dan PKR perlu meneruskan kerjasama tanpa rasa ujub "aku yang lebih, dia bukan kuat sangat", kerana pakatan ini diterima sebagai gabungan ketiga2 parti yang saling menguatkan antara satu sama lain.
Saya setuju benar dengan cadangan supaya sistem pilihanraya kecil dihapuskan. Ia tidak praktikal, menyusahkan, membazir masa dan wang rakyat, mewujudkan terlalu banyak politiking, membosankan rakyat yang mahu melihat kerajaan bekerja, mewujudkan agihan penyelesaian masalah yg tak seimbang (hanya tertumpu di kawasan terlibat sedangkan ada tempat lain yg menghadapi masalah sama atau lebih teruk diabaikan) dan berbagai kesan negatif lain.
Friday, April 23, 2010
Tun M anggap Zaid katak
Kalau Zaid katak, Ibrahim Ali adalah katak paling handal. Sebab pengalaman lompat dia sungguh luar biasa. Pernah aktif dalam Berjasa, Umno, S46, Umno semula, Bebas (tumpang populariti Pas), sekarang Bebas tapi tumpang populariti Umno. Saya tak pasti sebelum Berjasa, adakah dia ahli Pas sebab Berjasa adalah serpihan Pas. Dia beriya2 sokong Dato' Nasir, MB Pas yg hakikatnya diperalatkan Umno ketika tahun 1977. Atu dia sekadar ahli Umno yg menyamar untuk mengapi-apikan Dato' Nasir.
Tun M sebenarnya nak sindir siapa ? Ezam ? Ibrahim ? Dia nak sindir wakil rakyat yang baru melompat ke ? Atau dia nak sindir ramainya politician kecil yg sedang mengambil kesempatan untuk meraih populariti masa kini dengan cara melompat ? Orang Kelantan, orang Perak, orang Klang, semua pakat isytihar keluar PKR di Hulu Selangor. Lepas tu lesap.
Oh ya. Tun M pun pernah keluar parti dan masuk semula parti. Itu prinsip namanya.
Tuesday, April 20, 2010
Panjat gunung Kinabalu 111 kali
Kata seorang ustaz, lebih baik panjat tangga masjid 5 kali sehari daripada panjat gunung tiap2 hari. Betul juga tu. Jiwa jadi tenang, badan tak sakit, kos tak tinggi, wajah jadi berseri, hidup jadi berkat. Tak ada gunanya cipta rekod panjat gunung kalau tangga masjid ditinggalkan. Sanggup tinggal solat Jumaat sebab nak cipta rekod, "Muslim Terhebat".
Cuba wawancara brader tu, bagaimana mahu menjadi "Muslim Terhebat" ? Apkah ciri2 "Muslim Terhebat" ? Dan apa hukumnya orang yang menyokong kerja "amal" dia tu ?
Kita panjat gunung ke, kita panjat tangga masjid ke, semua ditulis oleh malaikat di kiri kanan kita. Rekod dalam buku "Guinness" tu tak penting langsung kalau nak banding dengan rekod dalam "buku" raqib dan atid.
Fikir2kan lah dan selamat beramal.
Umno ajar MIC pilih calon pemimpin
Bagaimana hubungan MIC dengan BN kelak bila Palanivel mengambil alih kepimpinan MIC ? Di mana dia hendak bertanding ? Kalau penyokong BN Hulu Selangor sudah hilang percaya dengan kebolehan dan kemampuan beliau, apakah pengundi tempat lain sanggup terima pemimpin yang telah ditolak rakyat ini ?
Pemimpin pelapis dalam MIC seperti Kamalanathan dan lain2 pasti gembira kerana mereka boleh meramal, jangka hayat politik Palanivel tidak lama.
Untuk pengundi Hulu Selangor, mungkin mereka boleh buat 'check list', isu-isu yang sepatutnya mendapat perhatian Ahli Parlimen mereka dan nilaikan kemampuan calon yang bertanding untuk menyuarakan, membahaskan dan menyelesaikan masalah mereka.
Isu orang asli, isu masyarakat Felda, isu penduduk Bkt Sentosa, isu orang india, melayu dan cina, isu projek terbengkalai, isu pendatang asing, isu pembangunan seterusnya di Hulu Selangor, isu2 setempat yang lain, juga isu2 nasional dan isu negara. Ini semua penting kerana ini adalah calon ahli parlimen.
Juga jgn lupa, penduduk di Hulu Selangor sudah ada adun yg sepatutnya menyelesaikan isu2 setempat dan bukan mengharap kepada ahli parlimen semata2 untuk menyelesaikan masalah.
Saturday, April 17, 2010
Tun Mahathir di Mara
Oleh kerana menghantar isteri di Mara, saya ambil kesempatan untuk turut mendengar pidato Tun. Hadirin agak ramai. Tak cukup kerusi. Semua nampak ceria dan gembira untuk mendengar ucapan Tun. Ada juga pelajar2 dari GiatMara, IKM dan Kolej Profesional Mara. Mungkin juga ada dari UniKL. Anggota Mara sendiri memang ramai. Penyewa dan usahawan Mara juga ramai. Anak saudara saya di IKM turut hadir.
Isteri saya duk depan2 dengan kawan2 dia. Saya duk belakang. Idris Jusoh selaku Pengerusi Mara menyambut kehadiran Tun. Bekas wartawan Utusan, Rosnah Majid (Datuk) menjadi moderator.
Saya sempat merakam 30 minit terakhir ucapan Tun. Sessi soal jawab, saya dah chow ke pejabat.
Ucapan Tun kali ini biasa2 saja. Tun sekadar mahu berkongsi pengalaman dan pandangan beliau. Mungkin sebab Tun pun dah tua, ucapan beliau tak sebagus dulu. Nampak kadang2 agak sukar mencari perkataan yg sesuai. Mungkin juga sebab Tun tidak lagi berada di atas (sebagai PM). Tun pun tahu keadaan hari ini sudah berbeza dengan dulu, ketika dia jadi PM.
Apapun, Tun M masih seorang negarawan yang hebat. Ucapan beliau masih seronok didengar dan bernas untuk difikir2kan. Saya memang tak mengantuk atau bosan kalau mendengar ucapan Tun M, walaupun ada juga anak muda yang saya perhatikan terlentok di kerusi.
Friday, April 09, 2010
Dilema pengundi di Hulu Selangor
“Penduduk di sini, berhadapan dengan pelbagai masalah seperti isu rumah, jalan raya, lampu jalan dan sebagainya. Saya amat berharap BN mampu mengatasinya demi kepentingan rakyat tempatan,” kata seorang pengundi di Hulu Selangor.
Dia mendakwa selama dua tahun pakatan pembangkang memerintah Selangor, khususnya kawasan Hulu Selangor kurang mendapat perhatian daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR). "Saya amat berharap, kali ini BN akan meletakkan seorang calon daripada anak tempatan yang mampu memahami masalah penduduk di kawasan Hulu Selangor."
Hello bang, ini pilihanraya parlimen lah, bukan pilihanraya DUN. Bukankah kamu sudah ada adun BN ? Habis tu, adun BN yang kamu pilih tu buat apa ? Dia tak turun padang ke ? Dia tak faham masalah penduduk ke ? Atau dia tak buat kerja ? Kerajaan pusat tak bantu adun BN Selangor ke ?
Kalau ahli parlimen PKR pun tak bantu, adun BN pun tak bantu, pilih calon Bebas lah pulak. Khabarnya, Palanivel dulu pun, masa jadi MP dan menteri, bukan rakyat Hulu Selangor puas hati pun. Dia cuma janji nak bantu tapi tak tunai janji. Itu cakap seorang penyokong UMNO di Hulu Selangor sendiri. Saya dengar di darulehsantoday.blogspot.com.
MB Kedah : Isu pegawai masjid tiada kaitan politik
Pengarah Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik), Datuk Khairuddin Zin, kelmarin, memaklumkan semua pegawai masjid berusia lebih 60 tahun dan uzur diminta mengisi borang bersara dan wajar melepaskan jawatan bagi memberi laluan kepada pegawai masjid baru.
Saya pernah menulis pada Disember 2008 :
Imam-imam yang bacaannya sudah kurang baik, eloklah berundur secara terhormat. Menunggu kerajaan atau pihak berkuasa menggugurkan akan menimbulkan mainan politik yang tidak jujur sedangkan kita mahu solat kita dan jemaah yang dipimpin sempurna.
Di Selangor, iaitu di masjid dekat rumah saya, imam tua yang dulunya imam satu kini diberi gelaran imam rakyat. Kebetulan pula beliau adalah penyokong setia UMNO. Imam dua kini menjadi imam satu. Kebetulan pula dia seorang penyokong setia PAS. Imam rakyat masih bertugas tetapi sangat jarang. Dia juga tidak lagi menjadi khatib. Imam rakyat ini, umurnya sudah 80 lebih. Bukankah Selangor ramai imam muda yang bagus bacaannya, cergas pergerakannya, tinggi ilmunya.
Takkan jawatan imam dan pegawai masjid pun nak dibuat lantikan kekal. Orang muda lagi banyak idea.
Firewall buatan Israel
Cuba anda fikirkan, kalau sistem komputer kementerian pertahanan dilindungi dengan aplikasi firewall buatan Israel, adakah anda yakin firewall yang canggih dan mahal itu benar2 melindungi data dan maklumat kementerian pertahanan ?
Atau contoh lain, PAS membuka tender untuk membina dan menyelenggara sistem komputer yang menyimpan data2 dan maklumat serta strategi parti. Tender itu kemudiannya diserahkan kepada syarikat pakar IT milik MCA. Adakah patut? Manasabahkah ?
Saturday, April 03, 2010
PRK Hulu Selangor : Perkasa wajar taja calon bebas
Seandainya BN memilih calon drp MIC, apakah pendirian PERKASA ? Apakah PERKASA akan menaja calon melayu di sana ? PERKASA mempunya ramai tokoh dari Selangor yang layak diketengahkan.
Kalaupun calon PKR seorang melayu, saya pasti PERKASA tidak akan menyokongnya kerana PKR bekerjasama dengan DAP.
PERKASA perlu lihat pokok perjuangannya. Apakah wakil MIC boleh diharap untuk memberi sokongan kepada perjuangan PERKASA ? Memandangkan kpd ramai yg mahu calon melayu di situ, saya kira, Ibrahim Ali bolehlah "standby" calon PERKASA di Hulu Selangor.
Friday, April 02, 2010
PRK Hulu Selangor
Umno bahagian Hulu Selangor telah menghantar memorandum kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, mendesak supaya kerusi parlimen kawasan itu dikembalikan kepada Umno.Memorandum tersebut telah diserahkan kepada Najib yang juga presiden Umno dan pengerusi BN pada 30 Mac lalu.
Ia diserahkan oleh naib ketua Umno bahagian tersebut, Datuk Adnan Buyong.
Dari segi jangka pendek, tindakan UMNO menuntut kerusi parlimen Hulu Selangor itu betul. Tapi dari segi jangka panjang, ia tindakan bodoh dan merugikan. Saya yakin, Najib tak akan layan tuntutan itu, malah UMNO sedar, kerusi itu akan tetap diberi kepada MIC sekurang2nya untuk PRK kali ini.
Namun tindakan ini cukup mengguris perasaan MIC dan masyarakat india selain mempamirkan keangkuhan UMNO. Atau mungkin ini semua hanya sandiwara politikus semata2.
Wednesday, March 31, 2010
Shahidan syor permudah urusan kahwin
KUALA LUMPUR, 31 Mac — Bekas menteri besar Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim mengesyorkan pihak berkuasa agama setiap negeri mempermudahkan urusan berkahwin di kalangan muda-mudi bagi menangani gejala negatif seperti kes buang bayi yang makin membimbangkan.
Shahidan mungkin merujuk kpd kes seorang "pelajar pintar" berumur 15 tahun yang tak sabar2 nak kahwin dengan"boyfriend"nya, seorg penyelia restoran yg berumur 19 tahun. Bagaimanapun, keluarga perempuan itu tidak merestui.
Sebenarnya, urusan perkahwinan kini taklah susah mana. Bukankah mereka sanggup meredah lautan api asalkan dapat bersama ? Takkan tak sanggup berdepan dengan kerenah pegawai dan kakitangan di pejabat agama.
Yang menyusahkan ialah kerenah ibu bapa dan ipar duai yg mengenakan syarat yg bukan2. Ada yg saggup bergaduh ketika majlis bertunang. Kata2 spt "Kalau nak gaduh, biar gaduh sekarang, jgn masa nak kahwin baru nak menyesal" pernah saya dengar. Masalahnya, yg digaduhkan pasal yg remeh temeh, maskahwin yang rendah/tinggi, hantaran, tarikh dan benda2 yg bersifat keduniaan, glamour dan gah, status duda janda, tua sgt la (tua kalau byk harta tak apa), tak ada kelulusan, gaji kecil, tak lawa dan macam2 lg.
Hal2 keagamaan tak pula dititik beratkan, soal solat, aurat, batas2 pergaulan serta persediaan ilmu umpamanya.
Kalau nak permudahkan, saya rasa elok NGO saja yg tampil membantu. Urusan pejabat agama dah banyak yg dikritik sana-sini, nak tambah lagi hal2 yang sebenarnya ciptaan keluarga pasangan yg nak kahwin.
Bukan semua orang kaya2 dan senang lenang. Yg susah dan miskin pun nak kahwin juga. Yang tak berkelulusan pun nak kahwin juga. Keluarga dan NGO boleh membantu memberi nasihat, kaunseling, kursus, bimbingan termasuk dari segi persediaan kewangan, perancangan masa depan dan sebagainya. Bukan main terus hentam dan sindir2.
PERKASA yg dianggotai oleh pejuang melayu yg sudah kenyang mungkin boleh membantu. he..he..
Monday, March 29, 2010
PRK Hulu Selangor
Kalau calon BN daripda MIC dan BN menang dengan majoriti lebih 5000, bermakna masa depan PR di Selangor mencemaskan.
Di Perak, seorang ketua pemuda cabang PKR keluar parti, 700 orang pengikut bersamanya. Bayangkan, Ahli Parlimen keluar parti pun tak ada laporan kata beratus-ratus pengikut bersamanya. Hebat betul ketua pemuda cabang PKR tu. Kalah Zahrain, kalah Mokhsin, kalah Zul Nordin.
Majlis syura ulama PAS
Mulanya, saya lebih suka jawatan Mursyidul Am diganti dengan tokoh baru. Tetapi selepas membaca alasan yang diberikan, saya faham. Dulu, ada yang kata jawatan ketua sepatutnya dipegang sampai mati. Itu sunnah rasul dan khulafa ar-rasyidin. Kecuali penyandangnya sudah hilang upaya langsung untuk terus pegang jawatan.
Cuma yang sedikit kecewa, ialah Ustaz Ahmad Awang tiada lagi dalam majlis syura. Memang PAS ada ramai tokoh dan calon berwibawa. Tetapi saya berpendapat calon dalam majlis syura biarlah ramai yang veteran daripada yang muda. Yang muda biarlah banyak dan sibuk dengan pelbagai komitmen lain. Majlis syura adalah majlis yang cukup tinggi dan disegani. Yang muda kadang2 kurang dihormati terutama oleh golongan egoist. Masing2 rasa pandai dan tinggi ilmu belaka.
Malah Ustaz Ahmad Awang wajar dipertimbangkan 2 jawatan tertinggi iaitu mursyidul am atau timbalannya.
Dalam pada itu, sifat tidak sabar blogger2 tertentu membuat spekulasi, menyebar berita yang belum muktamad, seakan cuba mengatur (mengarah) keputusan mesyuarat semakin melampau. Awal2 sudah diberitahu, mereka mahu keputusan begitu dan begini. Bayangkan kalau mereka jadi pemimpin. Mesyuarat kena ikut tempo mereka. Tentu autokratik sifatnya. Demokrasi terpimpin. Bila masa mereka ini nak sedar ? Siapa kah yang paling layak menyedarkan mereka ? Mesti ada ketua yang mereka benar2 hormat dan boleh terima nasihat.
Saturday, March 27, 2010
Saya tak minat dengan Earth Hour
Masalah kita bukan sebab kita guna tenaga ketika kita perlukannya, tetapi kita bazirkan tenaga ketika kita tidak memerlukannya. Bukan saja tenaga malah banyak benda yang kita bazirkan.
Ketika waktu rehat sejam di pejabat, kita biarkan komputer "on" sedangkan kita boleh "sleep"kan komputer itu. Di rumah, kita pasang kipas, tv dan kemudian kita tinggalkan gitu je. Kita "download" dan biarkan skrin komputer on walhal kita boleh "off" kan skrin.
Sambil gosok gigi, kita buka paip air dan bazirkannya. Makanan kita buang setiap hari. Tak sedap la. Dah kenyang sangat la. Setiap hari, bertan-tan makanan dibuang begitu saja oleh rakyat Malaysia. Ada yang pasang lampu ketika tidur sebab dah letih sangat dan malas nak bangun tutup lampu. Tengok lah sungai2 di Malaysia. Siapa yang kotorkannya kalau bukan kita. Longkang pun tersumbat.
Saya pun ada "ter" buat semua tu. Sebab tu saya boleh sebut semula.
Yang Islam ajar tu dah sangat elok. Jangan membazir. Orang yang membazir itu saudara syaitan. Tiap-tiap hari kita membazir dan kemudian tutup lampu sejam setahun untuk selamatkan bumi. Tidakkah kita akan disoal semula di akhirat kelak ?
Gunalah lampu bila kita perlukannya. Tutuplah lampu bila tak perlukannya. Sayangilah bumi setiap hari. Dan ingatlah, semua itu adalah anugerah daripada Allah. Semua adalah milik Allah. Dan kita akan disoal kerana membazirkan harta milik Nya.
Bagaimanapun, saya hormati orang yang patuhi kempen earth hour.
Tuesday, March 23, 2010
ADUN BN letak jawatan di Perlis
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Titi Tinggi dari MCA, Yip Sun Onn telah menghantar surat peletakan jawatannya kepada Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Yazid Mat semalam.
Akhbar berbahasa Cina sebelum ini melaporkan yang Yip tidak berpuas hati apabila beliau digugur daripada menjadi exco negeri baru-baru ini.
Sumber : Malaysiakini
Apa la nak jadi dengan wakil rakyat yang ada di Malaysia hari ini. Gugur jawatan exco je, merajuk dan letak jawatan. Nanti ada yang letak jawatan sebab digugur jawatan menteri. Ada yang lompat parti sebab yang dikejar tak dapat. Sebab tak dapat projek atau jawatan dalam GLC, keluar parti dan macam-macam lagi kerenah yang menggambarkan tahap atau nilai wakil rakyat yang kita ada.
Tak kira lah daripada parti mana sekali pun. 2 kali 5 je. Mereka hanya bersedia untuk dicalonkan tetapi tidak bersedia untuk digugurkan. Boleh gertak dan ugut bos pulak walaupun mengakui hak bos untuk lantik dan gugurkan / gantikan jawatan.
Monday, March 08, 2010
Solat hajat mengadu kpd Allah
Ketika di Kusza, pelajar daripada keluarga kaya memakai kasut berjenama yang harga ratusan ringgit, saya cuma pakai kasut "Warrior". Paling canggih pun kasut "Aliph" yang harganya tak sampai RM 30.
Ketika di UTM, kebanyakan budak melayu pakai kasut berharga ratusan ringgit. Seorg kawan saya berbangsa cina cuma memakai kasut Bata Badminton Master. Katanya, ibu bapa nya orang miskin, penoreh getah dan dia tak layak terima biasiswa kerana bukan bumiputera. Saya tak pasti pada tahun berikutnya selepas itu sama ada dia terima pinjaman drp persatuan cina atau tidak, tetapi dia tetap pakai pakaian tak berjenama.
..............................................
Ketika di Kusza pada tahun 1984/85, telah berlaku kecurian kasut. Kasut mahal jenama Adidas dilaporkan hilang. Selepas solat maghrib (semua pelajar wajib solat berjemaah di musolla), ustaz membuat pengumuman meminta supaya pencuri memulangkan semula kasut itu.
Ustaz memberi amaran kepada semua pelajar, "Esok kita akan adakan solat hajat berjemaah selama 3 malam berturut2 selepas maghrib. Kita akan sediakan sebaldi besar air kat depan ni dan minta semua pelajar minum airnya. Kita minta Allah tunjukkan siapa pencurinya kecuali kasut itu dipulangkan."
Keesokan harinya, solat hajat tidak diteruskan. Saya dimaklumkan, kasut itu sudah dipulangkan. Ia tersimpan atas siling asrama.
Saya teringat kes ini bila Ustaz Ahmad Awang kata nak buat solat hajat 7 mlm berturut2 kerana rasa tertipu dengan sikap ahli parlimen tertentu. Ada yang melihat ia sebagai doa minta diturunkan musibah atau bala kepada seorang muslim yg lain. Sebhgan lain melihat ia sebagai mengadu kpd Allah kerana amanah yang diberikan telah dikhianati. Terserahlah kepada Allah hendak kenakan apa2 kpd si pengkhianat itu.
Wednesday, March 03, 2010
Royalti : Bawa ke mahkamah ke tidak ni ?
Disember 9, 2009 - Nazri Aziz (Menteri di JPM), "Membawa isu tuntutan itu ke mahkamah adalah langkah paling tepat".
Februari 26, 2010 - Ibrahim Ali (MP Pasir Mas), "Kalau tak puas hati, bawa saja perkara ini untuk ditentukan di mahkamah".
Mac 3, 2010 - Hishamuddin, "Bawa Isu Royalti Minyak Ke Mahkamah Tidak Wajar".
Ini baru pejuang agama
foto BERNAMA
1. Mohsin berkata beliau bertindak keluar parti kerana tidak bersetuju dengan pendirian PKR berhubung isu Allah.
2. Mohsin memberitahu sidang media di sini bahawa beliau hilang keyakinan terhadap perjuangan dan matlamat politik PKR dan gagasan Pakatan Rakyat khususnya dalam mengembalikan politik dan kedaulatan Islam.
3. Mohsin Fadzli berkata tugas dan tanggungjawabnya sebagai anggota Parlimen turut dikhianati dan disabotaj oleh anggota parti sendiri.
"Bukan sahaja saya tidak diberi sebarang pembelaan, sebaliknya saya diaibkan dan dicemuh di khalayak ramai, dan yang paling malang, mereka yang khianat dan tidak amanah ini diberi pangkat, jawatan dan kedudukan dalam pentadbiran kerajaan pimpinan Pakatan Rakyat dan dalam parti."
4. Hubungan akrab dan peribadi (dengan DS Anwar) tidak boleh menjadi alasan untuk mengetepikan akidah dan prinsip perjuangan yang saya yakini.
(Ketayap putih tu yang aku salute tu. ekekeke....)
Berduyun-duyun keluar parti
Yang keluar PKR pun bukan hebat-hebat mana. Semua jenis setakat cukupkan calon dalam PRU je. Yang hebat pada nama pula, bukan main demand lagi. Kalau diteliti alasan-alasan yang diberi, rasa terlalu lemah. Terserlah sikap pentingkan diri.
Dulu mereka boleh setia. Ketika itu sudah beberapa kali mereka ditolak rakyat, tetapi tetap setia. Tiba-tiba bila dipilih oleh rakyat, mereka khianat pula. Mereka boleh tempuh ujian susah, tetapi gagal bila diuji dengan kuasa.
Saya fikir, mereka bukan mahu bertanding lagi dalam pilihanraya akan datang. Mereka tentu sedar, mereka tidak mungkin akan terpilih semula sebagai calon. Kenapa perlu BN calonkan mereka sedangkan yang setia dalam BN dipinggirkan ? Tak manasabah. BN bukan kekurangan tokoh. Cuma kurang sokongan pengundi.
Mereka juga bukan akan dapat keistimewaan apa-apa dalam parti komponen BN. Dalam UMNO misalnya, sudah ada klik-klik dan puak-puak. Setakat jadi kuda tunggangan bolehlah. Itupun yang ada nama besar macam Zahrain Hashim atau Ibrahim Ali. Fairuz, siapa nak pandang. Yang kat Kedah, kat Selangor atau 2 bekas exco Perak dan timbalan speaker Perak, tak ada nilai yang besar. MP Bagan Serai pun tak ada value. Tan Tee Beng adalah nilai sikit. Dapatlah peluang bisnes dan kontrak itu ini. Tapi orang Ketua Bahagian pun nak juga. Ketua Bahagian mesti dapat lebih.
Sekarang, susah nak diramal. Tak sesuai untuk buat andaian. Kalau ada duit, semua boleh jadi.
Selepas dikocak parti PAS dan DAP, rupanya PKR juga yang disasarkan. Dalam PRU akan datang, adakah pemilih masih "berani" untuk pilih calon PKR jika tidak mahu kepada BN ? Tempat saya pun, kedua2 dun dan parlimen ditandingi calon PKR.
Wednesday, February 24, 2010
Khilaf penggunaan nama Allah
Antaranya, dinyatakan, Allah itu Tuhan sekelian alam, bukan Tuhan orang Islam sahaja (Rabbil Alamin). Kita tak boleh kata God itu bukan Allah kerana secara tidak langsung, kita menganggap bahawa ada Tuhan lain selain Allah. Cuma orang kristian sudah tersesat bila mengatakan Allah itu ada Tuhan bapa, tuhan anak dan tuhan ibu (trinity) sedangkan Allah itu Esa, Tuhan hanya satu iaitu Allah sahaja.
Beberapa hari lepas pula, Ustaz lain pula menyampaikan kuliah dan mengatakan bahawa orang kristian boleh menyebut nama Alah tetapi tidak boleh menggunakan nama Allah. Jika kita benarkan mereka menggunakan nama Allah, bererti kita membenarkan mereka menggunakan konsep trinity terhadap Allah.
Kata ustaz ini lagi, walaupun syarak tidak melarangnya kerana tiada nas, tidak bererti kita tidak boleh mengadakan undang2 untuk memelihara agama kita. Kita terima ia sebagai khilaf ulama (rahmat). Mereka dengan hujjah2 mereka, dengan ilmu yang ada pada mereka dan kita dengan hujjah kita, dengan ilmu yang ada pada kita.
Di sinilah timbul tauhid uluhiyah dan rububiyah. Kristian menerima konsep rububiyah tetapi menolah konsep uluhiyah. Teringat pula saya kepada seorang lagi penceramah, Sheikh Fuad Kamaluddin Al-Maliki, seorang pengamal tasawuf juga seorang ahli majlis fatwa Negri Sembilan. Katanya, tiada tauhid uluhiyah dan tauhid rububiyah. Tauhid itu satu sahaja. Orang yang membahagikan tauhid kepada uluhiyah dan rububiyah itu sesat lagi menyesatkan.
Kalau dibanding-bandingkan, boleh pening kepala jemaah yang mendengarnya. Yang penting kita terima ia sebagai khilaf. Perbezaan pendapat itu adalah rahmat kepada kita.
Masalahnya, setengah2 ustaz ni cakap je khilaf itu rahmat. Tapi bila pendapat yang dipegangnya disanggah, mulalah dia melenting dan melatah. Macam orang politik juga. Bila orang tak setuju dengan pendapat dia, mulalah dicari2 kesalahan orang tu.
Monday, February 22, 2010
Royalti : Adakah buku ini berbohong ?
Berikut saya paparkan petikan sebuah buku yang diterbitkan sempena pertabalan DYMM Sultan Mahmud Terengganu pada 21 Mac 1981.
Di dalamnya, disebutkan bahawa bayaran wang tunai oleh Petronas kepada kerajaan Terengganu adalah sebanyak 5% drp nilai petroleum mengikut perjanjian antara kerajaan negeri dengan Petronas. Semua orang tahu, pelantar itu berada nun jauh di luar pantai Terengdanu, lebih drp 3 bt nautika.
Tiba-tiba hari ini, kerajaan persekutuan mengeluarkan kenyataan kononnya perjanjian itu hanya untuk minyak yang berada dalam lingukngan 3 bt nautika.
Persoalannya, adakah buku ini tidak menyiarkan fakta yang betul? Kalau salah, kenapa tiada pihak yang tampil membuat pembetulan selepas ia diterbit dan diedarkan ? Atau kerajaan negeri pada masa itu sengaja berbohong kepada rakyat ?
Thursday, February 18, 2010
Maulidur Rasul di Pulau Pinang
Dulu, ustaz-ustaz saya di SMKA selalu sinis dengan cara kita sambut maulid rasul. Berarak ramai-ramai, bercapur gaul lelaki perempuan, sambil berselawat. Bila tiba waktu solat, bukan pergi masjid pun. Lagi dahsyat, yang perempuan cuma pakai selendang, nampak jambul besar. Bangga sungguh dapat pegang sepanduk sambil berselawat. Macam demonstrasi aman. Adakah mufti-mufti beri teguran dan cadangan supaya sambutan itu diperelokkan lagi ?
Cara kritikan dibuat terhadap kerajaan P.Pinang seolah-olah perarakan sudah menjadi perkara wajib di P.Pinang. Tak pernah mis ketika Gerakan memerintah P.Pinang. Rupanya tak juga. Tahun 2003 - 2005, tiada perarakan pun. Cuma tak kecoh. PAS pun tak buat kecoh. Apa nak kecoh nya ? Berarak je. Itu pun kena sapu duit penaja juga. Kakitangan jabatan dan syarikat tertentu dipaksa hadir. Maka meningkatlah sudah syiar Islam di bumi P.Pinang.
Di Terengganu, seingat saya, perarakan bukan diadakan tiap-tiap tahun. Buang masa dan tak ada kesan positif langsung kepada masyarakat Islam. Akhlak anak-anak muda makn merosot juga.
Di kampung saya, sambutan dibuat dengan majlis marhaban. Ceramah saya tak pasti. Tapi sebenarnya ceramah (majlis ilmu) lebih baik daripada majlis marhaban. Lepas tu ada kenduri sikit. Orang kampung yang tak pernah ke surau pun berpusu-pusu datang. Kalau selalunya satu saf pun tak penuh, bila ada maulid rasul, dapatlah penuh surau. Tapi untuk satu waktu solat je. Lepas tu balik seperti asal.
Kita digalakkan berselawat setiap hari, lebih-lebih lagi pada hari Jumaat. Hari maulid rasul, tiada pula dalam nas. Khabarnya, Perlis tak pernah berarak sambut maulid rasul. Tak payahlah kita bising-bising.
Friday, February 05, 2010
Masjid dengan kemudahan sukan
Menyediakan gym, gelanggang ping-pong, gelanggang badminton, skuasy atau apa saja yang relevan. Boleh juga dilengkapi dengan wifi centre. Jadual penggunaannya tentulah dikawal oleh AJK masjid.
Kalau budak-budak nak main sukan ketika ada majlis ilmu, ambil kesempatan beri tazkirah 10-15 minit. Lepas tu lantaklah dia orang nak main pun.
Satu masjid, cukuplah dengan satu kemudahan saja. Masjid mukim lain, lain pula kemudahannya.
......................................
Baru-baru ini, khabarnya nazir masjid Jamiul Huda Ampang terima surat drpd JAIS minta penjelasan kerana membenarkan Anwar Ibrahim bagi ucapan di masjid.
Saya rasa, dari segi peraturan jelas AJK masjid sudah buat salah. Walau kot mana pun Ahli Parlimen Ampang, Pn Zuraidah nak kata, salah tetap salah. Tapi, ada perkara boleh guna budi bicara.
Kalau orang pergi masjid, tak pakai topi keledar; polis boleh je saman. Ikut undang-undang, salah tetap salah. Tapi polis tak saman pun sebab guna budi bicara.
Saya rasa, memang betul kata Khalid Samad, peraturan JAIS perlu dikaji semula dan dikemaskini. Lihat semula apa tujuan larangan guna masjid kepada orang yang tak ada tauliah.
Sekarang, adakah kalau budak-budak tabligh nak bagi taklim 5-10 minit pun jadi salah ? Kalau DO datang atau ketua kerajaan tempatan (majlis daerah atau majlis perbandaran) datang dan ahli kariah minta dia bercakap sikit, takkan tak boleh kot. Atau dia bukan orang tempatan, tak ada kena mengenapun dengan masyarakat setempat, tapi ada pengalaman yang boleh dikongsikan bersama yang difikirkan sesuai oleh AJK masjid, apa salahnya.
Nak mohon dengan JAIS dulu ke ? Amboi tebalnya karat birokrasi.
Velodrom Dungun : Bukan penduduk kampung yang bantah
Bila ada laporan bantahan, saya pun tercari-cari di TranungKite dan lain-lain blog PAS di Terengganu tetapi satu pun tak jumpa. Sebab itu saya katakan, tak jelas apa punca sebenar bantahan itu.
Rupa-rupanya, orang UMNO sendiri yang bantah. Memang lah tak berpandangan jauh pun. he..he..he.. Mungkinkah sebab JKKK di situ tak dapat komisyen langsung ? Atau Pok Rosli, Ketua UMNO Bhg Dungun yang tak dapat komisyen ? Atau sengaja nak sabotaj Shabery Cheek ?
Kalau suruh pilih Ahmad Said dengan Shabery Cheek untuk bertanding di DUN sebagai bakal MB Terengganu dalam PRU akan datang, saya lebih suka Shabery Cheek. Itu pun kalau UMNO menang lagi. Kalau PAS yang menang, jangan pilih Abu Bakar Chik pulak. he..he..he..
Wednesday, February 03, 2010
Velodrom di Sura, Dungun
Secara peribadi, saya juga kecewa tetapi tidak begitu pasti apakah rasional sebenar disebalik bantahan itu. Bagi saya, kerajaan perlu banyakkan lagi kompleks sukan mini di daerah-daerah di Terengganu.
Orang Terengganu suka sangat guna terma "MEMBAZIR" untuk kebanyakan projek kerajaan terutama untuk sukan dan kebudayaan. Aktiviti sukan dan kebudayaan masih dilihat banyak merosakkan akhlak muda-mudi dengan pendedahan aurat, bercampur gaul lelaki perempuan dan pengabaian solat dan majlis ilmu. Saya tak mahu nafikan itu tetapi itu soal lain. Pengisian program boleh diperkemaskan dan diperbaiki.
Velodrom itu hanya velodrom mini sahaja. Ia banyak boleh dimanfaatkan oleh anak-anak muda di Dungun khasnya. Sekolah-sekolah dan persatuan peringkat daerah juga boleh memanfaatkan velodrom itu untuk melahirkan lebih ramai athlit basikal.
Terengganu boleh dikatakan agak menyerlah dengan sukan lumba basikal sejak dulu, selain sukan hoki. Malangnya, athlit sukan itu tidak menuju kepada pencapaian yang lebih baik. Kalau hoki, setakat sekolah-sekolah je atau hingga bawah 21 tahun. Lepas tu hilang. Kerajaan dan persatuan seolah-olah tidak membantu menaikkan minat rakyat dengan malahirkan pasukan peringkat negeri yang disegani atau diminati seperti bolasepak.
Saya bukan orang Dungun, jadi saya tak pasti lokasi tapak pembinaan. Memanglah ia mungkin kurang memberi manfaat secara langsung dan cepat kepada penduduk tempatan. Orang Dungun dan Terengganu perlu fikir untuk jangka masa yang lebih panjang.
Dari segi kos senggaraan, apapun bangunan moden perlukan kos senggaraan yang tinggi. Tetapi saya percaya, ia masih berbaloi disamping memberi peluang pendapatan kepada syarkat kroni untuk meraih rezeki. he..he..he..
Kutipan derma untuk blogger Aduka Taruna
Tetapi saya rasa, dia wajar menerima hukuman atas keceluparannya sebelum ini. Tak perlu ramai-ramai orang bantu dia. Kalau ramai sangat yang datang bantu, dia jadi selesa dan kurang ambil iktibar. Perlu ada orang bantu tetapi secara low profile sahaja. Tak payah hebohkan dan beri publisiti. Biar dia dihukum oleh Allah dengan sedikit kesusahan dan bantu lah dia kembali kepada cara yang Islami.
Tuesday, January 26, 2010
Blogger Aduka Taruna direman
Blogger yang pernah lancarkan projek langgar Hadi ini ditahan reman kerana tulisan yang didakwa menghina Almarhum Sultan Johor. Entah tulisan dia sendiri atau tulisan pengunjung blog, Wallahua'lam.
Tapi tulisan Aduka sebelum ini memang melampau-lampau. Kita orang Islam, ada etika sendiri dalam menulis. Dalam blog Aduka, dikatakan, dia hanya ikut contoh yang dibuat UMNO. Bila masa pula UMNO jadi ikon kita. Kenapa budaya UMNO yang menjadi ikutan kita ?
Aduka pernah menghina Hadi Awang. Lebih teruk lagi, dia menghina jemaah masjid Rusila dengan lawak memperbodohkan jemaah Rusila. Saya tertanya-tanya, apa dosa jemaah masjid Rusila kepada Aduka hingga dia sanggup menghina begitu. Dalam hati saya berkata, "Allah maha adil. Allah tahu apa balasan yang sebaiknya untuk Aduka, yang boleh menginsafkan Aduka dan mendidik Aduka kembali kepada cara Islam."
Saya hanya berdoa semoga Aduka mendapat keinsafan. Allah masih sayangkan dia. Dia kena minta maaf kepada semua ulama yang pernah dihina dan dimakinya. Tidak lupa kepada jemaah masjid Rusila.
Kepada kita semua, ingatlah Allah maha adil. Jangan terlalu angkuh bila berkata. Keangkuhan selalu dipercepatkan balasannya. Syukurlah kalau kita insaf dulu. Kalau kita mati dulu sebelum sempat insaf ?
Kesihan dengan keluarga Aduka. Isterinya turut menjadi mangsa. Ramai juga yang simpati dengannya. Sayangnya dia tak ingat nak simpati pada orang yang dimakinya.
Hadi Awang pernah sinis kat Kit Siang dan Karpal dengan mengatakan mereka ubat tamat tempoh. Sepenggal je Allah beri Hadi jadi MB Terengganu. Allah sayangkan Hadi.
Kita mahu orang bersikap terbuka menghadapai perbezaan pendapat tetapi kita tak habis-habis menyindir dan mempersendakan pendapat orang yang berbeza dengan kita. Kita katakan perbezaan pendapat itu satu rahmat tetapi sikap kita tak menunjukkan kematangan dalam menghadapi perbezaan pendapat. Dalam isu nama Allah pun, kita dapat lihat bagaimana Harun Din dihina kerana ketegasannya mempertahankan pendapatnya.
Masa untuk muhasabah.
Thursday, January 21, 2010
Undi Pos
Selepas berkajang-kajang memo di hantar menuntut supaya undi pos dimansuhkan, SPR bercadang supaya undi pos diperluaskan. Antara yang menjadi sasaran ialah jururawat, doktor dan wartawan.
Memandangkan ada cadangan supaya had umur mengundi diturunkan kepada 18 tahun, tak mustahil satu hari nanti ia akan diperluaskan kepada pelajar-pelajar pula. Bermakna pelajar juga layak undi pos.
SPR memang panjang akal. Saya sangsi, apakah dalam pilihanraya akan datang, PR boleh mencapai kemenangan lebih besar atau satu lagi keputusan yang mengejutkan akan berlaku.
Manusia hanya merancang, Allah menentukan. Allah maha adil. Pasti ada hikmah yang tersembunyi disebalik apa yang diatur.
Friday, January 15, 2010
Khutbah Jumaat hari ini
Sekali dengar, macam majlis penerangan Umno je. Nasihat seperti ini saya rasa tak perlu guna mimbar Jumaat. Di dewan serbaguna pun boleh cakap. Tak cukup lagi ke kempen di TV dan radio ? Di suratkhabar [un siar benda sama juga.
Memang elok masjid digunakan untuk beri nasihat kesihatan, nasihat isu keselamatan bahaya ragut, macam mana nak elak ragut, nak elak rogol dan sebagainya. Penyampaian boleh dibuat bukan hanya oleh imam tetapi oleh doktor termasuk doktor bukan Islam atau oleh anggota polis, bomba dan sebagainya.
Mimbar Jumaat sepatutnya menitik beratkan isu memantapkan akidah, memantapkan syariah dalam diri umat Islam, dalam keluarga dan dalam masyarakat. Masalah akidah dan syariah pun hancur, dok cerita pasal harga gula RM1.65 sen sekilo. Nasib baik tazkirah sebelum Jumaat cerita pasal solat. Rasionalnya, masih ramai umat Islam yang hadir solat Jumaat tetapi tak solat lima waktu.
Cerita bab solat, ancaman arak, judi, bomoh dan macam macam perkara yang mengancam akidah itu lebih penting daripada nasihat suruh jangan ambil banyak gula di atas mimbar Jumaat. Jemaah pun naik menyampah dengar harga gula kita murah sebab kerajaan beri subsidi.
Thursday, January 14, 2010
KUALA LUMPUR - Sekali pandang, bas Rangkaian Pengangkutan Integrasi Deras Sdn. Bhd. (RapidKL) memang canggih dan pasti selesa dinaiki.
Hakikatnya, kepincangan dalam perkhidmatan mereka, baik dari segi jaminan menepati masa, cara pemanduan, tahap keselesaan penumpang dan aspek keselamatan mengimbau kembali ingatan warga kota kepada era bas mini yang pernah menjadi 'raja jalan raya' satu ketika dulu.
Bagi Ketua Pegawai Eksekutif Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Mohd. Yusof Abdul Rahman, masalah yang membelenggu RapidKL itu perlu diatasi segera jika syarikat itu tidak mahu tahap perkhidmatan mereka dicap sama seperti era bas mini satu masa dahulu.
"Kita sokong RapidKL kerana mereka menjanjikan perkhidmatan lebih baik tetapi jika masalah-masalah ini tidak diatasi, kualiti mereka sama seperti zaman bas mini,'' tegas beliau.
Itu laporan akhbar Kosmo. Ini pula mengikut pemerhatian saya.
Kalau nak komplen perkhidmatan bas di KL, paling teruk ialah bas Metro dan SJ. SJ ni bukan bas Sri Jaya. Tapi entah kompeni mana yang dibawa masuk ke KL pada zaman Khalid Nordin jadi menteri yang jaga LPKP. Sebelum itu, bas di KL cuba diseragamkan pada era Mahathir dengan kualiti yang cantik, baru dan ada pendingin hawa. Cuma tang jadual bas je susah nak kawal.
Sekali pada zaman Pak Lah, bas-bas buruk dibenarkan semula beroperasi di KL. Pemandu bas-bas ini berlumba-lumba di jalan raya, macam bas mini dulu-dulu tetapi bezanya kini dengan bas panjang yang lebih membahayakan pengguna jalan raya yang lain.
Dan akhbar-akhbar melayu sibuk komplen pasal bas RapidKL. Bas Metro berlumba-lumba dengan bas SJ, tak pula dihebohkan. Ada pemandu bas siap guna alat walkie-talkie, bagi arahan gengnya supaya halang bas RapidKL dekat "bus stop" sementara rakannya jalan dulu untuk menyapu pelanggan di depan. Itu belum kira ekzos bas yang mengeluarkan asap hitam legam, menyesakkan dada penunggang motor di belakangnya.
Tak tahu lah saya pasal Rapid KL. Itu cerita kawan saya pernah naik bas panjang yang berlumba-lumba dalam perjalanan Rawang-KL. Sampai bas bergesel-gesel pun ada. Memang kecut perut dibuatnya.
Harap pegawai FOMCA tu siasat dan dedahkan sama sikap pemandu yang tidak mengutamakan keselamatan. Pernah saya nampak seorang penumpang (Mat Saleh) yang turun bas Metro dan marah-marah sebab bas tu tak melalui jalan yang ditetapkan sebaliknya melalui jalan alternatif yang tak sibuk. Akibatnya, Mat Saleh tu terpaksa menapak jauh.
Wednesday, January 06, 2010
Keadilan Allah
Diriwayatkan, seorang nabi sedang berzikir kepada Allah di atas sebuah bukit. Nabi tersebut dapat melihat apa yang berlaku di lembah bukit tersebut.
Seketika kemudian, datang seorang musafir berhenti rehat di bawah sepohon pokok. Musafir itu (M1) membawa bersamanya uncang berisi emas.
Selepas berehat, M1 meneruskan perjalanannya tetapi dia telah tertingal uncang emasnya.
Kemudian, datang pula musafir kedua (M2) dan berhenti rehat di tempat yang sama. Dia telah terlihat uncang emas itu lalu dia mengambilnya. “Ini rezeki aku !”, katanya. Dia kemudian meninggalkan tempat itu bersama uncang emas tadi.
Datang pula musafir ketiga (M3), sorang yang miskin lagi dhaif. Dia seorang pencari kayu api. Ketika sedang berehat di tempat tersebut, muncul M1 dan bertanya tentang uncang emasnya. M3 menjawab, “Saya tak tahu menahu. Tiada uncang emas di sini.”
M1 menjadi marah. Mereka terus bergaduh sehingga akhirnya M1 membunuh M3.
Nabi Allah itu lalu berasa gelisah melihat apa yang berlaku didepan matanya. Dia mengadu kepada Allah, kenapa berlaku perkara sebegitu di depannya. Sudahlah M3 miskin dan susah, ia mati dibunuh pula. Sedang M2 pula menjadi kaya kerana menjumpai wang emas yang asalnya bukan miliknya.
Lalu Allah menurunkan penjelasan melalui malaikatnya.
Wang emas itu sebenarnya bukan milik M1. Ia telah dicuri oleh bapa M1 daripada M2. Jadi M2 telah mendapat haknya semula. M3 pula sebenarnya adalah pembunuh kepada bapa M1. Jadi adillah, bila M1 membunuh pembunuh kepada bapanya dahulu.
Kesimpulannya, ingatlah bahawa Allah itu maha adil. Dia boleh menyegerakan balasannya di dunia atau menangguhkan ke akhirat. Hari ini kita menganiaya orang, memfitnah orang, mengejek orang lain, mengambil hak orang lain, kelak kita akan menerima balasan yang setimpal. Kita angkuh dengan kuasa kita, ilmu kita, hak kebebasan kita, kelak Allah boleh hinakan kita atau zuriat keturunan kita.
Semoga kita mengambil pengajaran daripada cerita di atas.
Tuesday, January 05, 2010
Isu nama Allah : PAS sokong ???
Beberapa laman blog dan portal berita internet melaporkan PAS menyokong penggunaan nama Allah oleh akhbar mingguan Herald. Lihat Greenboc, AlHusseyn dan TVSelangor.
Tetapi, selepas saya baca kenyataan rasmi PAS (bukan resmi tapi rasmi), ternyata ia tidak sama seperti yang dilaporkan.
Laporan yang menyebut PAS sokong guna kalimah Allah menggambarkan seolah-olah, PAS menyokong akhbar mingguan kristian tersebut untuk menggunakan kalimah Allah. Sedangkan maksud kenyataan rasmi itu ialah PAS setuju bahawa tiada larangan untuk pengikut agama samawi itu menggunakan kalimah Allah tetapi mestilah dalam konteks yang betul dan tidak digunakan secara salah, mengelirukan dan bersifat provokatif sekaligus bakal mengundang kemarahan umat Islam. Kedua-duanya amat berbeza. Membenarkan bukan bererti menyokong.
Seingat saya, Samy Vellu pun pernah guna perkataan Allah ketika menjadi menteri dulu, walaupun dia bukan penganut agama samawi.
Elakkanlah daripada membuat laporan yang mengelirukan dan bakal mengundang fitnah.